Rossa - Takdir Cinta

Thursday 28 July 2011

Bab 38


Selama dua hari Hazim ditahan di dalam wad, selama itulah keretanya diamanahkan kepada Musliha. Kereta mewah itu dijaga rapi supaya dapat dipulangkan kepada tuannya dalam keadaan asal. Hari ini, mereka akan sama-sama pulang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan laporan tugasan yang telah diselesaikan di sini.
Musliha mendapatkan Hazim di balik tirai biru yang memisahkan katil-katil pesakit di wad berkenaan. Hazim yang sedang berbual di telefon memberikan senyuman kepada Musliha dan dibalas segaris senyuman pendek kepadanya. Beg pakaian milik Hazim yang diambil oleh Encik Isa di bilik hotelnya tempoh hari nampaknya sudah siap dikemas dan diletakkan di penjuru katil.
“Puan nak check out Encik Hazim ke?” tanya jururawat itu kepada Musliha. Anggukan kecil diberi lantas Musliha turut berlalu mengikut langkah jururawat itu.
Musliha tersenyum sendiri kerana hatinya tercuit mendengar panggilan ‘Puan’ yang digunakan jururawat itu kepadanya. Mungkin sahaja dirinya dianggap isteri si pesakit atau mungkin juga dia tampak matang sehingga difikirkan lebih baik dipanggil ‘Puan’. Musliha menelah sendiri dan pada perkiraannya, dia lebih suka andaian pertama. `Berangan!’ seperti ada suara yang terdengar sehingga mencantas anganannya lalu dia kembalikan diri ke realiti.
Selesai berurusan di kaunter, Musliha kembali mendapatkan Hazim. Perbualan tadi sudah berakhir namun fokus Hazim masih bersisa terhadap telefon bimbitnya. Skrin itu disentuh-sentuh menggunakan hujung ibu jarinya sehingga Musliha yang sudah kembali tercegat di hujung katil itu tidak dipedulikannya.
“Saya bawa beg awak masuk ke dalam kereta dulu ya?” menyedari dirinya tidak disapa, Musliha bersuara.
“Nanti,” jawab Hazim, bersahaja. Mukanya langsung tidak diangkat kepada Musliha sebaliknya skrin telefon bimbit itu sahaja yang memenangi tumpuannya.
Suasana kembali sunyi antara mereka. Hanya suara jururawat, pesakit dan pelawat di situ sahaja yang kedengaran. Musliha sudah mula merasa resah dalam penantian. Perutnya yang belum terisi seakan sedang cuba mengusir kesepian itu dengan bunyi-bunyiannya sendiri.
Akhirnya Hazim berdiri sambil telefon bimbitnya yang sedikit bercalar kesan kemalangan tersebut dimasukkan ke dalam kocek seluar. Pergerakan Hazim agak perlahan kerana kesakitan masih lagi terasa terutama pada bahagian kaki. Musliha mengambil beg pakaian tersebut lalu berjalan perlahan dan seiring dengan Hazim. Sekali lagi perasaan bersalah datang menerpa tatkala melihat keadaan Hazim kini. Hazim yang menyepikan suara membuat Musliha menjadi makin tidak keruan rasa. Perasaan bersalah dan simpati datang bersilih ganti hingga menghadirkan rasa sebak di dada.
Beg pakaian Hazim diletakkan di bahagian tempat duduk belakang sementara Hazim mengambil tempat sebagai pemandu. Musliha membuka pintu di bahagian pemandu itu sambil tangannya memberi isyarat meminta Hazim keluar dari tempat duduknya. Hazim yang enggan keluar, menadah telapak tangannya kepada Musliha, meminta kunci keretanya diserahkan.
“Awak belum sihat sepenuhnya. Bagi saya drive,” kata Musliha.
“Kaki je yang masih sakit. Tangan saya okay,” bidas Hazim.
“Hazim, please. Awak nak drive, nanti kaki awak pun akan terguna juga,” kata Musliha lagi.
Come on, Alia. I’m no a weak man,” bidasnya lagi, bersulam keegoan seorang lelaki.
If you’re a weak man, you wouldn’t have save me. I know that you’re a great man who allways know how to not to put others life in danger. Do you got what I mean?” Musliha berhujah lembut, sebagai langkah psikologi.
Sejenak berfikir, lalu Hazim beralih ke tempat duduk sebelah pemandu, memberi tempat kepada Musliha untuk memandu keretanya. Tangan Musliha yang sedang memegang brek tangan dicapai Hazim.
“Saya sayang awak,” ungkapan itu disertakan dengan elusan lembut di jemari runcing Musliha.
Musliha sekadar memberi senyuman mendengarkan ucapan itu. Enjin kereta dihidupkan lalu mereka kini menuju ke lebuhraya utara-selatan, pulang ke Kuala Lumpur.
Masing-masing hanya meladeni perasaan dan fikiran yang sedang menjalar. Musliha masih buntu dengan pilihannya walaupun diri sudah mengikat janji buat Hazim namun bagaimana pula dengan perjanjian di antara keluarga yang sudah diukir bonda. Hazim pula mengambil masa untuk merehatkan diri kerana badannya yang masih dalam kesakitan memerlukan rehat yang secukupnya. Mujurlah Musliha menghalang niatnya untuk memandu, jika tidak sudah tentu pilu yang terasa di kedua-dua belah lutut makin menjadi-jadi. Sejak kemalangan itu, dirinya kerap didatangi bayangan ngeri yang hanya datang bersinggah tika sedang lena ketiduran. Hal itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan emosinya. Seolah-olah ada makna yang terselit di balik bayang itu.
Papan tanda menunjukkan kawasan rehat lebuhraya sudah tidak jauh dari situ. Dua jam pemanduan cukup untuk mengisi angin dalam perut kedua-dua mereka.
“Kita singgah makan dan solat dulu?” kata Musliha sambil kereta itu sudah membelok ke perkarangan kawasan rehat tersebut. Hazim hanya akur sambil tali pinggang keledarnya dibuka.
Perut yang sudah lama berkeroncong membawa mereka ke medan selera terlebih dahulu. Sepanjang menikmati makan tengahari, mereka tidak banyak berbicara. Hanya sesekali bersuara tentang makanan yang mereka ambil dan apabila perlu sahaja. Hazim hairan dengan perubahan sikap Musliha. Di mata itu, Hazim dapat menangkap ada perkara yang sedang ligat bermain di fikiran Musliha. Walaupun pasti, dia tidak mahu menerjah masuk ke dalam fikiran Musliha lalu diberinya ruang kepada Musliha untuk melayan benak sendiri.
Usai solat jamak, mereka kembali meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Suasana masih tidak berubah dan hanya lagu-lagu yang dimainkan melaui cakera sahaja yang berkumandang. Sesekali siulan Hazim turut mengiringi namun ia langsung tidak menarik perhatian si gadis di sebelahnya.
“Alia, awak okay?” sapa Hazim, memecah kesunyian yang terbina seterusnya mengalih perhatian Musliha ke realiti. Musliha memandang Hazim di sebelahnya sekilas lalu segaris senyuman nipis diberi.
“Okay. Kenapa?” sebenarnya Musliha masih tidak tahu bagaimana harus dia membuka bicara mengenai Syafik. Yang pasti, Hazim harus tahu keadaan sebenar demi mengawal kasih yang kian melabarkan sayapnya.
“Kenapa diam je ni? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak?” suara Hazim bagai bayu yang menyapa lembut di pendengaran Musliha.
Kelembutan pada suara itu bagai membelai hati Musliha yang sedang berkecamuk dengan keresahan. Kelembutan itu jugalah yang tidak memungkinkan Musliha untuk melukakan hati lelaki itu. Pada perkiraannya, lebih baik hati itu dirusuh kini sebelum kasih yang disemai masih belum menggebukan cinta yang berputik.
“Ingat tak tentang seseorang yang dulu...” kata-kata Musliha terhenti. Deringan lagu di telefon bimbit Hazim meminta laluan dalam perbualan mereka.
Sorry, I need to take this for a while,” kata Hazim. Musliha pula sekadar mengangguk, memberi laluan kepada Hazim untuk menyambut panggilan tersebut.
Debaran di dada terasa bagai diberi peluang untuk reda seketika. Sememangnya kata-kata tadi diucap perlahan-lahan demi menjaga hati seorang kekasih. Dalam setiap kata, degupan jantung yang kencang setia menemani dan Musliha pasti Hazim yang mendengar sedikit sebanyak merasakan tempiasnya. Wajah Hazim dipandang sekilas. Memang saling tidak tumpah dengan wajah Yusuf.
Cinta yang kini dirasakan buat Hazim bukan kerana paras rupa mahupun harta tetapi keikhlasan dan mungkin keserasian mereka berdua. Musliha sebenarnya tidak pasti sejak bilakah hatinya sudah mula menyemai benih cinta buat Hazim. Yang pasti, perasaan itu memang sudah mekar di dalam hatinya ketika pertama kali Hazim menyatakan cinta. Oh Tuhan, mengapa engkau hadirkan cinta jika aku bukan untuknya? Hati Musliha merintih. Serasa dua tangkai hati yang tersimpul itu tidak dapat dileraikan lagi. Sungguh Musliha menyayangi Hazim.
“Okay, mum. See you tomorrow,” Hazim mengakhiri perbualan lantas talian dimatikan.
“Ibu saudara awak?”
“Haah. She will be coming tomorrow. So, esok saya akan pergi jemput dia. Dah lama dia tak balik Malaysia. Saya takut pemandu teksi bawa dia entah ke mana pulak sebab jalan KL sekarang ni dah banyak berubah kan?” Hazim bersuara ceria. Musliha yang mendengar turut terasa keceriaan itu.
“Sebelum ni awak pernah balik KL ke?” pertanyaan Musliha merujuk kepada soalan Hazim tadi.
“Tak pernah tapi itulah yang mummy saya cakap tadi. After several years leaving, of course there’s a different with the highways, doesn’t it?”
“Yup, true,” Musliha mengiyakan.
Back to the topic, where were we?” Musliha menyangkakan Hazim sudah terlupa topik perbualan asal namun sangkaannya ternyata meleset. Kini, debaran yang sama hadir lagi menyapa keresahan di hati.
Actually, I was thinking about us,” Musliha cuba pendekatan yang lain pula.
About us? Oh yeah, since my mum and dad both are coming here, jadi saya akan berbincang dengan mereka tentang hal kita secepat mungkin,” kata-kata Hazim sudah mematahkan tujuan Musliha yang sebenar.
Wajah ibu pula datang bermain di ruang mata Musliha. Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi sebenar kepada Syafik, Hazim dan tentunya Puan Husna.
It’s okay. Awak jangan bertindak terburu-buru. We have still not knowing each other well. I mean, it could be something about me that doesn’t up to your expectation. Don’t you think? Sebenarnya kalau boleh saya nak masa yang lebih panjang supaya kita dapat lebih mengenali.” Musliha sedar, kata-katanya hanya dapat menyelamatkan keadaan dalam tempoh sementara dan selebihnya hanya memakan diri.
“Okay. Anything for you. Tapi saya harap, awak tak buat saya ternanti-nanti ya? Awak tahu kan, saya amat menyayangi awak seluruh jiwa dan raga saya. Saya berjanji akan ambil awak sebagai suri dan saya akan jaga awak hingga akhir hayat dengan izin dan keredhaan Tuhan.” Janji dan ikrar sudah terukir. Sungguh syahdu kata-kata itu hingga Musliha dapat merasakan betapa bahagianya hidup melayari behtera perkahwinan `dia’ yang disayangi.
Kini, Musliha tekad untuk tidak melukai hati itu malah penyeksaan yang dirasakan Syafik selama menanti dirinya harus dinoktahkan walau dengan sebuah luka sekalipun. Itu janji Musliha.


Hafizah menekan hon keretanya, sambil tangannya melambai-lambai ke arah Musliha.
Sorry, tak perasan,” suaranya masih dalam mengah setelah berlari anak mendapatkan kereta.
“Awak hantar siapa tadi?”
Officemate, Hazim.” Nama itu disebut perlahan kerana Musliha belum bersedia untuk memberitahu Hafizah tentang Hazim.
Engineer baru tu?” Hafizah sudah dapat mengagak gerangan si lelaki itu. Masakan tidak, kerap juga nama itu disebut Musliha. Terkadang, hujung minggu Musliha diisi di pejabat bersama lelaki itu sahaja tetapi Hafizah percaya mereka berdua sekadar membincangkan hal kerja, bukan selainnya. Walaupun Qayyum sering juga bercerita tentang keakraban Musliha dan Hazim di pejabat, namun dia pasti Musliha sudah mengikat janji dengan Syafik.
Yup. Fiza, kite ada problem sikit lah,”
Problem apa?”
“Ibu dah setuju nak tunangkan kite dengan Syafik bulan depan, nikah hujung tahun ni,” tiada riak ceria daripada suara Musliha dalam pengkhabaran itu.
“Baguslah. Syukur, akhirnya kite tak risau lagi nak tinggalkan awak kat rumah tu nanti,” jawab Hafizah, bersahaja tanpa menyangka ada kerumitan di sebalik berita Musliha.
Tanpa bertangguh, Musliha menceritakan masalah yang bakal timbul dan dengan perlahan-lahan rahsia hatinya diceritakan kepada Hafizah. Di saat genting begini, sahabatlah tempat baginya mengadu dan tempat untuknya mendapatkan pandangan. Sudah dia agak, respon Hafizah tentunya begini.
“Awak gila? Isy, kite rasa ada something tak kena lah dengan awak ni. Tak mungkin awak boleh jatuh cinta pada seorang lelaki yang awak belum sempat kenal selama setahun pun. Sedangkan Yusuf yang awak kenal sejak kecil pun awak tak rasa apa-apa, inikan pula pada dia? Awak mungkin keliru, Mus” panjang lebar leteran Hafizah. Sungguh dia tidak menyetujui perbuatan sahabatnya itu.
“Cinta itu datang tanpa diduga dan tak boleh dipaksa, Fiza,” jawab Musliha. Memang benar perasaan cinta yang hadir buat Hazim tidak pernah diduga dan walau berkali-kali dia cuba untuk mengembalikan rasa cinta buat Syafik, namun perasaan itu tetap tidak dapat menandingi perasaannya buat Hazim.
“Kite faham. Rasanya lebih baik awak buat solat Istikharah, minta petunjuk. Memang kite tak setuju tentang penyatuan awak dengan Syafik tapi kite tak pernah mengenali Hazim sebagaimana awak dah mengenali dia. Kite tak dapat beri awak pendapat yang terbaik. Hanya Dia yang Maha Mengetahui,” suara Hafizah mula reda. Tidak lagi dengan perasaan terkejut mahupun nada yang tinggi.
“Kite harap awak dapat tolong simpankan perkara ni sebagai rahsia buat masa sekarang. Kite perlukan masa untuk pulihkan keadaan,” pinta Musliha walaupun dia sudah pasti Hafizah tentu akan menyimpan kemas akan rahsia itu, tetapi dengan kata-kata tadi dia sekadar berpesan kerana dengan pesanan itu, pasti Hafizah tidak akan membuka mulut walau dengan Qayyum sekalipun.
“Hazim tahu tak yang awak tu dah nak bertunang?” tanya Hafizah sambil tangannya sibuk membuka pintu rumah.
Musliha yang sedang menjijit begnya hanya menggelengkan kepalanya perlahan lalu keluhan kecil dilepaskan Hafizah.
“Kite akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak,” hanya itu yang bisa terucap daripada Hafizah lalu kedua-dua mereka mengambil tempat di kerusi yang tersedia berdepan dengan televisyen. Masing-masing lemah memikirkan masalah yang melanda dan apa yang lebih merunsingkan adalah penerimaan Puan Husna kelak. Setujukah si ibu itu apabila bakal menantu pilihannya ditolak hanya kerana seorang lelaki yang baru sahaja dikenal Musliha?
Tubuh Hafizah dipeluk Musliha. Segala keresahan seolah-olah dilepaskan di dalam pelukan itu.
“Kalau Umi masih ada, tentu lebih seronok kan?” kata Musliha dalam pelukan itu. Itulah impian mereka sejak dahulu iaitu untuk sama-sama bekerja dan menghuni di sebuah rumah yang sama sebelum menjejak ke alam perkahwinan namun panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Hafizah meleraikan pelukan sambil airmata yang menitis diseka perlahan. Musliha terpempan seketika. Tidak dia menyangka kata-katanya mengusik perasaan Hafizah sehingga menitiskan airmata yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
“Fiza, ini kali pertama kite nampak awak menangis,” Hafizah tersenyum kelat mendengarkan kata Musliha. Dia tahu, inilah kali pertama Musliha dapat melihat airmatanya walaupun sebenarnya Musliha adalah orang kedua selepas Umi. Suatu ketika dahulu, tika kehilangan ibu tersayang, pada Umi lah dia melepaskan segala esakan rindu tanpa pengetahuan sesiapa pun. Kini, kerinduan itu kembali.
“Kite masuk dulu,” Hafizah meminta diri kerana menyedari waktu Maghrib sudah mula menjenguk mereka lalu tas tangannya dicapai.
“Kite `cop’ bilik air dulu!” Musliha melaung persis anak kecil yang menuntut gilirannya.
“Takda! Siapa cepat, dia dapat!” balas Hafizah pula.
Dengan serta-merta, Musliha bergegas ke biliknya tanpa membawa masuk beg pakaiannya terlebih dahulu demi mendapatkan kain tuala mandian sementara Hafizah pula tewas apabila pintu bilik air tertutup sebaik dia melangkah keluar dari bilik.
“Mus, awak main tak aci! Beg awak pun awak tak bawa masuk lagi. Mana boleh macam tu,” rengekan Hafizah melepaskan tawa Musliha hingga bergema di dalam bilik air itu.
“Nasiblah! Siapa cepat dia dapat!” Hafizah hanya mampu akur dengan ketewasannya.
Dengan luangan masa bersama Hafizah, keresahannya terubat jua. Itulah penangan seorang sahabat. Dia juga pasti kiranya Hafizah diketemukan dengan Hazim, tentu kerinduan buat Yusuf yang selama ini dikongsi bersama kembali menyesakkan dada dan lama-kelamaan, ia pasti terubat jua. Namun hingga kini, Musliha masih belum pasti masa yang paling tepat untuk menemukan mereka berdua. Biarlah segalanya berjalan mengikut haluannya sendiri.
Apa nak jadi pun jadilah! Hati Musliha membentak sambil matanya terpejam menikmati mandian hujan yang dingin dan menyegarkan itu.



Saturday 23 July 2011

Bab 37


Kesibukan dan kepenatan telah menghanyutkan soal hati sepasang jurutera itu yang kini masih bertugas di Ipoh. Tanpa disedari, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum mereka dijadualkan untuk berangkat pulang ke tempat asal. Segala tugas yang harus diselesaikan juga sudah hampir ke garisan penamat. Setelah selesai tugasan kali ini, bulan hadapan lah masa bagi mereka untuk melawat lokasi itu semula bagi peringkat pembinaan seterusnya.
Perbualan dalam telefon bersama Puan Husna semalam sedikit sebanyak merunsingkan Musliha. Ada sesalan yang terbit di dasar hatinya dek kerana tidak hadir bersama dalam perbincangan mustahak itu. Namun, dia pasrah. Jika memang itu yang menjadi keputusan ibunya, dia hanya mampu akur. Masih segar di benak fikiran akan apa yang sudah termaktub dalam madah janjinya pada si ibu.
“Ibu decide lah untuk Mus. Keputusan ibu, keputusan Mus juga,” itulah janji yang pernah diberikan kepada ibunya sebelum berangkat ke Ipoh. Nasiblah kau Mus, lepas raya nanti, orang dah panggil kau puan, dan kau sendiri pulak kena panggil Syafik dengan panggilan ‘abang’. Oh tidak! Detik hati kecilnya sambil matanya terpejam seakan sedang menjerit.
Sebelum sempat matanya tercelik, tubuh lampainya terasa ditolak dengan begitu kuat hingga dia rebah jauh dari tempat kakinya bertapak tadi. Matanya berpinar-pinar dan kepalanya terasa berpusing kerana tejatuh dengan begitu kuat. Dalam penglihatan yang samar-samar, matanya masih dapat menangkap gambaran batang-batang besi yang terjatuh dari pengangkutnya. Namun bukan besi-besi itu yang menarik perhatian Musliha tetapi suasana cemas di sekitar tempat itu yang menjadi tarikan.
Beberapa orang pekerja yang ada di situ sedang mengangkat besi-besi itu untuk menyelamatkan seseorang. Musliha menjadi hairan. Sedang dia berdiri berdekatan dengan lelaki-lelaki itu, mengapa pula mereka masih ingin menyelamatkan dirinya.
“Encik, jangan risau, saya selamat,” kata Musliha kepada salah seorang pekerja buruh warga Indonesia itu.
“Ada seorang bapak yang terjatuh di sini,bu,” kata pekerja buruh itu dengan dialeknya sendiri.
Barulah Musliha tahu mengapa tiba-tiba dirinya ditolak jauh dari tempat itu. Barangkali ada orang yang sudah menyelamatkan dirinya namun tidak sempat untuk menyelamatkan diri sendiri. Musliha jadi cemas. Batang-batang besi yang berat itu cuba diangkatnya satu persatu dengan bantuan beberapa orang lelaki di situ.
“Encik, Encik dengar suara saya?” Encik Isa yang turut membantu bertanya kepada lelaki yang terhempap di bawah timbunan besi itu. Buat masa ini, hanya separuh tubuhnya sahaja yang kelihatan manakala wajahnya masih tersembunyi.
Encik Isa mengulang soalan itu beberapa kali namun tiada respon yang diharapkan daripada si mangsa. Besi-besi yang berat itu masih diangkat lelaki-lelaki itu sementara Musliha cuba mendail nombor telefon kecemasan bagi meminta pertolongan. Selesai berbicara dengan operator bertugas, Musliha segera berpaling kepada lokasi cemas itu dan dalam sesaat, jantungnya bagai diragut sebaik lelaki yang teruk tercedera itu terlihat.
“Cik Mus, ambulans dah sampai?” tanya Encik Isa yang sedang cuba memapah Hazim sambil dibantu oleh dua orang buruh.
“Belum, dalam masa lima minit diorang datang,” jawab Musliha sambil matanya masih tertumpu kepada Hazim.
“Hazim, awak dengar suara saya tak?” Musliha mendekati tubuh yang lemah dipapah itu. Hazim masih sedar namun tidak dapat memberi sebarang respon kepada Musliha. Suara lembut Musliha terketar-ketar menahan sebak. Selang beberapa minit kemudian, siren ambulans sudah terdengar dan dengan segera mereka membawa Hazim ke dalam van tersebut. Musliha menemani Hazim manakala yang lain hanya akan menanti khabar berita selanjutnya daripada Musliha.

Suasana gelap yang hanya disinari neon jalanan yang samar dek titisan hujan renyai mengaburkan pandangannya. Kereta di hadapan pula bergerak dalam kelajuan tidak sekata. Sudahlah pemanduannya bagaikan hilang arah, ditambah pula dengan sinaran lampu merah di bahagian belakang kereta itu yang sering menyala. Hatinya mula tidak keruan.
Andai perjalanannya diteruskan dengan berpandukan pemanduan kereta di hadapannya kini, pasti maut yang ditempah. Barangkali pemandu itu sedang mengantuk atau mungkin ada masalah penglihatan. Lantas kereta yang dipandunya dibelokkan ke kiri, memasuki perkarangan restoran yang tersedia. Selang beberapa kereta selepas itu, dia kembali kepada jalan asal yang disusuri tadi.
Sebaik tayar kereta hadapannya menyusur kembali di atas jalan asal tersebut, ada sebuah kereta di belakang yang dipandu pecut membunyikan hon dengan sungguh kuat. Pedal minyak ditekan lalu keretanya kini di arah bertentangan dan sepantas itu juga sebuah lori besar yang juga dipandu laju datang ke arahnya.


“Ya Allah!” suara Hazim akhirnya kedengaran. Segala bayangan ngeri yang bermain di ruang fikiran sudahpun hilang. Hatinya berasa amat lega. Mujurlah bayangan itu sekadar mimpi yang bermain dalam tidurnya.
             Walaupun sepasang mata itu masih tertutup rapat, Musliha berasa lega kerana sekurang-kurangnya dia tahu Hazim dalam keadaan sedar.
“Hazim, awak dengar suara saya tak?” Musliha bertanya dengan nada yang sungguh lembut. Mata Hazim sudah terkedip-kedip, cuba dibuka.
Selang beberapa saat, anak mata Hazim sudah dapat ditatap. Pandangan Musliha masih tidak berbalas namun hati Musliha yang dari tadi diselubungi kerunsingan sudah mulai reda. Hazim kembali memejamkan matanya, mencari segenap kudrat untuk menggerakkan anggota tubuhnya.
“Hazim...Hazim..kenapa ni?” suara Musliha bertukar cemas. Tubuh lelaki itu digoncang-goncang sebaik mata Hazim sudah tidak lagi kelihatan. Yang tinggal hanya kelopaknya.
“Saya ada kat sini. Awak jangan risau,” suara Hazim masih lemah namun dia tetap menguatkan semangatnya untuk bersuara demi meredakan kerunsingan di hati gadis itu.
Dalam diam, hati Hazim berbunga kerana kini dia tahu betapa Musliha mengambil berat akan dirinya. Bukan hanya melalui pandangan mata yang diberikan Musliha, malah genggaman di tangannya juga jelas menunjukkan keprihatinan Musliha terhadapnya. Berbekalkan semangat yang teralir dari kehangatan sentuhan Musliha, genggaman itu dikemaskan seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.
“Awak okay?” tanya Hazim.
I’m totally fine.” Jawab Musliha. Hazim..Hazim..dia yang tengah sakit, aku yang dirisaukannya. Detik hati Musliha.Kenapa awak tak lari?”  tanya Musliha pula.
“Tak sempat,”
“Macam mana awak boleh perasan besi tu nak jatuh? Sedangkan awak tengah handle bahagian parit kan tadi?” seingatnya, bahagian parit yang sedang dikendalikan Hazim pada ketika itu agak jauh daripada bahagian bawah tanah yang dikendalikan Musliha.
“Saya rasa tak sedap hati, so saya pun pergi jenguk sekejap,” balas Hazim.
“Saya ni menyusahkan awak je kan? Sepatutnya saya yang tengah baring kat atas katil ni, bukan awak,” suara Musliha sudah bertukar sebak.
“Apa awak cakap ni? Musliha yang saya kenal takkan berfikir macam tu,” ujar Hazim.
Musliha menunduk, menyembunyikan linangan yang mula berkolam di matanya. Hatinya sebak tatkala mengingatkan kembali layanannya terhadap Hazim kebelakangan ini. Tidak dia menyangka lelaki itu masih sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan dirinya. Musliha terasa dirinya tidak layak dibantu sebegitu sekali. Tanpa dia sedari, air matanya sudah tertitik di atas tangan Hazim.
“Awak menangis?” soal Hazim setelah tangannya dapat merasakan beberapa titisan dingin yang hinggap di tangannya.
Dengan pantas, jarinya menyeka titisan air mata itu sambil kepalanya digeleng-gelengkan.
“Habis tu, ni apa?” soalnya lagi sambil kebasahan yang masih tersisa di jemarinya ditunjukkan.
Musliha hanya mendiamkan diri. Sudah tiada apa yang dapat membantu dirinya untuk menafikan titisan airmata yang sudah tertumpah. Perasaan malu datang menyelinap segenap sanubari Musliha kerana dia tidak betah menangis di hadapan orang lain.
“Awak jangan rasa sedih. Saya okay. Saya janji, saya akan sembuh dengan cepat,” tangan halus yang masih berada di dalam genggamannya masih dipegang kemas. Terasa hilang segala kesakitan saat tangan itu bertaut dalam pegangannya.
Sorry. Sepatutnya saya beri awak semangat,” suara yang bernada sendu itu masih dalam arus sesalan.
“Awak ada di samping saya pun dah lebih dari semangat, Alia,” senyuman pendek yang penuh keikhlasan diberikan kepada Musliha.
Inilah kali pertama nama ‘Alia’ digunakan Hazim dan ini jugalah kali pertama Musliha membenarkan nama kesayangannya itu digunakan Hazim. Senyuman Hazim berbalas. Apa yang dirasakan Hazim kini adalah kemanisan dalam kesakitan. Senyuman itu ibarat penawar baginya.
“Cik, minta maaf. Sekarang masa untuk pesakit ambil ubat,” kata jururawat yang tiba di balik tirai biru itu.
Musliha merenggangkan pegangan tangannya namun ia masih kemas bertaut dalam pegangan Hazim.
“Encik Hazim, awak kena makan ubat dulu. Nanti dah sembuh peganglah tangan isteri Encik ni lagi ya,” usik jururawat itu. Namun telahannya langsung tidak mengena.
Musliha tersenyum mendengarkan kata-kata jururawat itu. Hazim yang sedang terbaring sakit itu juga tersenyum malu. Malu dengan kelakuannya yang diperhatikan orang asing di situ.


Tubuh Hazim yang masih terbaring di atas katil itu seperti meronta kecil. Dahinya yang berkerut juga berpeluh-peluh. Musliha tersedar dari tidurnya sebaik tangan yang dipegang Hazim digenggam kuat.
“Hazim,” Musliha memanggil-manggil Hazim sambil tubuh itu digoncang perlahan. Barangkali Hazim masih dalam keadaan trauma dengan kejadian yang menimpa drinya. Setelah beberapa kali dipanggil, akhirnya Hazim tersedar dari igauannya.
“Hazim, awak mimpi ya?” tangan Hazim diusap perlahan, meredakan kecemasan yang melanda dalam fikiran Hazim.
“Alia..saya bermimpi ngeri,”  kata Hazim dengan nada yang masih cemas.
“Dah..dah..jangan difikirkan sangat. Itu semua cuma mainan tidur. Awak rehat ya?” Musliha cuba untuk melepaskan tangannya namun sekali lagi, dia tidak berjaya mendapatkan tangannya kembali.
“Awak nak ke mana?”
“Saya nak pergi solat Isyak. Dah pukul 2 pagi ni,” jawab Musliha.
“Okay. Jangan lupa datang sini balik ya?” Hazim mengingatkan Musliha lalu dibalas anggukan kecil.
Pandangan sayunya mengiringi langkah Musliha. Mimpi ngeri yang sudah dua kali menerpa fikirannya menimbulkan rasa gundah di dada. Dia tidak faham akan maksud mimpi itu. Namun setiap kali mimpi itu menjengah, ianya selah-olah cuba menyampaikan suatu alamat buatnya.
“Ya Allah. Aku berlindung padaMu.” Hazim berbisik sendiri. Dalam keadaan badannya yang masih lemah, dia hanya mampu solat dalam pembaringan. Walaupun jerih menahan sakit, tanggungjawab pada Yang Esa tidak pernah terabai.
Hati lelakinya memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana akhirnya kasih yang diutus kepada Musliha berbalas. Biarpun Musliha pernah mengkhabarkan tentang soal perkahwinan dengan lelaki bernama Syafik namun dia pasti, itu semua sekadar alasan buat Musliha untuk menjauhinya. Kini, ada satu persoalan besar yang meniti ruang fikirannya saban masa. Gambar itu masih belum dipulangkan kepada Musliha. Apakah lelaki itu yang dikatakan Syafik?


Tangan lembut Musliha diraup lembut ke mukanya, mengaminkan doa yang  dipanjat kepada Dia Yang Maha Mendengar. Dalam telekunya di atas sejadah, fikirannya ligat memikirkan soal jodohnya dengan Syafik. Hatinya kini tidak dapat menolak kasih Hazim dan dia juga tidak dapat menafikan perasaan yang sememangnya sudah lama bertunas di dalam hatinya buat Hazim.
Mengapa baru kini Hazim muncul dalam hidupnya? Soalan demi soalan datang menerpa benak fikiran. Walau berjauhan dengan bakal suami, namun tiada rindu yang hinggap di tangkai hati walau sekelumit jua. Tidak sanggup rasanya untuk mengabaikan kasih yang diberikan Hazim buatnya kerana ketulusan yang tersemat amat jelas terasa tanpa perlu diselongkar lagi. Namun hatinya tidak sampai untuk meletak kasih suci Syafik yang sudah sekian lama bersemi .
Harapan Puan Husna tidak seharusnya disia-siakan. Suara Puan Husna yang bersungguh menceritakan hasil perbincangan itu masih terngiang-ngiang di telinga Musliha. Hati seorang anak itu tidak rela menoktahkan kesungguhan ibunya dengan sebuah titik yang tiada pasti. Belum tentu restu Puan Husna bakal mengiringi perhubungan Musliha dan Hazim kerana kesungguhan Puan Husna itu berpegang pada harapan penyatuan buat Musliha dan Syafik.
Kerinduan yang selama ini sentiasa hadir buat Yusuf kian menghilang saat hadirnya Hazim. Tatkala itulah keraguan terpagut di hatinya akan kasih yang dirasakan buat lelaki itu. Mungkin jua kemiripan rupa dua lelaki itu yang mengalirkan perasaan kasih dan sayang Musliha buat Hazim. Cinta yang tidak sempat dibalas kepada Yusuf membuatkan Musliha serba salah untuk menidakkan perasaannya buat Hazim.
Tiada apa yang dapat menafikan akan persamaan antara Yusuf dan Hazim. Bukan sahaja dari segi paras rupa, malah pendirian, kejujuran, dan keikhlasan yang terpamer turut berbaris dalam garisan yang sama. Panahan mata yang pernah dirasakan Musliha dari sepasang anak mata Yusuf tika berkongsi masa di Sunway Pyramid suatu ketika dahulu sama tajamnya dengan yang dipanah Hazim. Gaya percakapan yang agak berlainan itu tidak menyembunyikan persamaan cara pemikiran mereka.
Pada Yusuf, hanya kasih kepada sahabat yang terasa selama hayat lelaki itu masih ada. Perasaan cinta hanya hadir setelah lama kerinduan meniti pemergian lelaki itu. Kini, ketulusan cinta yang sama dirasakan buat Hazim. Kali ini Musliha tekad untuk tidak mengabaikan perasaannya sendiri jauh sekali mengecewakan sekeping hati yang lain. Antara Hazim dan Syafik. Musliha berserah sebulatnya kepada takdir, berarah cinta.



Tuesday 19 July 2011

Bab 36

Bunyi jam di telefon bimbit menyedarkan Hazim dari tidurnya. Tidur malamnya tidak begitu nyenyak seperti sediakala kerana penolakan Musliha malam tadi. Jam yang sudah menunjukkan 6.30 pagi memaksa tubuhnya untuk bingkas dari katil. Mata yang masih terpisat-pisat dipaksa untuk celik dengan seluas yang mampu.
Solat Subuh wajib ditunaikannya sebagai tanggungjawab seorang muslimin. Dirinya yang dibesarkan di Qatar tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menunaikan solat. Ibu saudaranya atau yang lebih mesra dipanggil mummy, sentiasa mengingatkannya akan kewajipan seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Sedang Hazim melipat sejadahnya, langsung wajah Musliha datang menyinggah ke benak fikiran. Tirai bilik dibuka, mendapatkan balkoni yang tersedia. Matanya tertancap pada tirai balkoni bilik yang didiami Musliha. Ia masih tertutup lagi sejak malam tadi. Pantas, telefon bimbit di atas meja kecil dicapai.
Nama Musliha dicari dan didail. Bunyi deringan dalam talian itu panjang berlarut. Selang beberapa minit, Hazim mematikan talian itu kerana panggilan hanya berbalas sepi tanpa suara Musliha. Masih marahkah Musliha padaku? Bisik hatinya. Sekali lagi nombor itu didail dengan harapan Musliha terbuka hati untuk menjawab panggilan itu.
“Helo,” suara serak Musliha terdengar. Hazim jadi penasaran. Apakah Musliha tidak sihat pada hari ini?
“Mus, awak tak sihat ke?” tanya Hazim.
“Hmm..pukul berapa ni?” soalan Hazim dibalas soalan yang bernada sungguh lemah.
“Dah nak dekat pukul 7.00 pagi. Lebih kurang 15 minit lagi pukul 7.00. Kenapa?”
“Alamak! Saya belum solat Subuh! Bye,” suara Musliha yang pada mulanya kedengaran lemah, bertukar cemas serta merta.
Hazim tersenyum sendiri. Dirinya dirasakan makin rapat dengan Musliha kerana dapat melihat sudut yang berlainan dalam perwatakan gadis itu. Ternyata, gadis pujaannya itu bukanlah seorang yang sentiasa serius namun tawanya mudah meledak kiranya ada jenaka yang hadir. Sikap gelabah Musliha juga jelas tatkala ada sesuatu yang tidak ditunaikan. Bukan sahaja insiden solat Subuh itu yang menampakkan sikap gelabah Musliha, bahkan kerja-kerja perjabat juga kadangkala menggelabahkan gadis itu. Semakin dirinya mengenali Musliha, semakin hatinya terpikat akan gadis itu.


Pintu bilik Musliha diperhatikan Hazim. Entah bila Musliha siap untuk ke tapak projek bersama. Walaupun sudah menunggu selama hampir dua puluh minit, Hazim masih setia menunggu tanpa mengetuk pintu bilik tersebut. Hazim sudah berkira-kira untuk menunggu Musliha di dalam kereta sahaja. Sebaik langkahnya bermula ke arah lif, pintu bilik Musliha akhirnya terbuka. Di balik pintu yang terkuak, wajah Musliha sudah terjengul dengan rambut yang terikat seperti biasa. Imejnya formal, tidak seperti semalam.
Morning,” sapa Hazim.
Morning. Dah lama tunggu?” Musliha membalas sapaan Hazim seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka malam semalam.
“Lama lah jugak, hampir dua puluh minit,” Hazim turut meneruskan sandiwara itu. Walaupun Musliha adalah gadis yang disayanginya, dua puluh minit tidak menjadi tempoh yang singkat sebaliknya dia masih berpijak pada realiti.
Sorry. Saya bangun lewat tadi,” ujar Musliha sambil menyarung kasut pada kedua belah kaki.
“Saya tahu. Tu pun nasib baik saya call kan?” kata Hazim sambil mengiringi langkah Musliha ke dalam lif.
Thank you,” senyuman manis diberikan sebaik menoleh kepada Hazim.
“Awak tidur lewat ke semalam?” tanya Hazim, sinis. Dia dapat merasakan kejadian malam tadi turut mengganggu tidur Musliha.
“Tak lewat pun. Tapi saya bangun lewat sebab selesa sangat tidur kat hotel ni kot,” jawab Musliha, menepis maksud sebenar yang disiniskan oleh Hazim. Memang benar, tidurnya terganggu dek kerana kejadian yang berlaku antara mereka berdua semalam.
Hazim sekadar mengikut rentak Musliha yang mungkin sudah melupakan hal itu. Langkah mereka seiringan ke kereta Hazim dan dalam setiap langkah itu, seraut wajah Musliha asyik diperhatikan Hazim. Tidak mungkin bagi Musliha untuk melupakan segenap memori yang tercipta bersama walaupun lagak yang ditunjukkan sangat selamba tanpa menghiraukan mata Hazim yang merayap di wajahnya.
Namun, ada satu hal yang dia terlupa iaitu soal perbincangan perkahwinannya dengan Syafik. Dalam fikiran Musliha langsung tidak terlintas nama Syafik walaupun semalam, matanya payah dilelapkan dek kerana mindanya yang ligat berfikir.
“Nak singgah breakfast dulu?” tanya Hazim yang sedang kekosongan perut. Pemanduannya perlahan sahaja sambil matanya melilau ke sekeliling kawasan itu, mencari tempat yang sesuai.
“Kalau awak lapar, singgahlah tapi saya dah makan roti tadi,” jawab Musliha. Hatinya berat untuk makan berdua sekali lagi dengan Hazim.
Kereta yang dipandu perlahan dihentikan di hadapan sebuah gerai yang tidak banyak mejanya. Hazim lantas membuka tali pinggang keledar, berkira-kira untuk keluar. Sebelum membuka pintu kereta, Hazim masih sempat menoleh ke arah Musliha yang sedang sibuk memeriksa telefon bimbitnya lalu tangan Hazim spontan sahaja menekan kekunci tali pinggang keledar yang dipakai Musliha.
“Kenapa ni? Saya tak nak turun,” kata Musliha yang terkejut dengan tingkah spontan Hazim membuka tali pinggang keledar yang dipakainya.
“Awak kena turun, sebab saya tahu awak belum sarapan kan?” Hazim sekadar serkap jarang.
“Kan saya dah cakap, saya dah makan roti tadi,” ujar Musliha pula.
Come, lets go. Kalau tak, nanti lambat,” tegas Hazim lagi.
“Hazim!” Musliha tidak berpuas hati. Suaranya seakan anak kecil yang sedang merengek tidak mahu bersarapan. Hazim sudah membuka pintu kereta di sebelah Musliha.
“Saya tak nak turun,” Musliha cuba bertegas.
“Saya janji, saya takkan cakap macam semalam. Okay? Saya cuma risau, kalau awak tak sarapan, it might cause you problem. Kalau awak sakit, siapa yang susah? Saya juga,” terang Hazim.
Musliha yang masih setia duduk di dalam kereta mendengus perlahan sambil kakinya sudah menapak keluar. Mudah sungguh hatinya terpujuk dengan kata-kata Hazim. Kekebalannya hilang sama sekali.
“Okay,” Musliha akur seraya keluar dari isi perut kereta. Hazim tersenyum kerana dia berjaya memujuk gadis degil itu dengan jayanya.
Now, tell me frankly. Have you had your bread?” tanya Hazim sambil mengambil tempat di meja plastik yang disediakan.
“Dah., secubit,” Musliha menjawab perlahan.
“Kenapa secubit je? Kenapa tak habiskan terus satu roti?” soal Hazim lagi.
“Tak sempat. Bila tengok jam, dah nak dekat pukul 8.00 pagi, menandakan masa sudah tidak mengizinkan,” terang Musliha, panjang.
“Masa tak pernah ada keizinan, yang penting pada hati,” kata Hazim. Sepantas kilat mata Musliha terhenti pada sepasang mata jejaka di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang. Serasa kata-kata itu bagai merentap ketenangan di hati. Dadanya terasa bagai dipukul ombak rindu. Musliha terkesima dengan kata-kata Hazim kerana kata-kata itu hanya pernah didengarinya daripada suara yang sama seperti Hazim, suara yang dirindukannya.
Dua pinggan nasi lemak dan teh o panas sudah tersedia di atas meja namun Musliha tetap membatu. Kekeliruan mula melanda. Tidak mungkin ada dua insan yang mirip rupanya dan berpegang pada prinsip yang sama.
“Mus, makanlah,” pelawa Hazim memandangkan Musliha masih terdiam. Dipanggilnya gadis itu berkali-kali sehinggalah wajah Musliha terangkat semula.
“Ya?” Musliha sudah kembali dari lamunannya.
“Makanlah. Tak elok termenung depan rezeki. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke?” tanya Hazim, penuh prihatin.
I wonder. Where did you hear those words from?” tanya Musliha. Dia tidak mahu ditimpa kekeliruan lagi.
Words?” Hazim tidak jelas dengan pertanyaan Musliha.
“Yang tentang masa tadi,” Musliha kelihatan sungguh beriya ingin mengetahui jawapannya.
“Oh..that one. I don’t know. I mean, I just say it spontaneously. Why?”
Are you sure?”
“Yes. I’m sure. Kenapa? Ada mana-mana tokoh negara pernah cakap macam tu ke?” tanya Hazim sambil menyuapkan sarapannya.
No. I’m just curious. It sounds good to me,” Musliha masih sukar untuk mempercayai apa yang baru sahaja didengarinya. Namun, dia masih tidak mahu membiarkan persamaan antara Hazim dan Yusuf diketahui Hazim kerana dia tidak mahu perasaan yang sudah mula berputik di dahan hati Hazim kian menghasilkan buahnya.
Sounds good? Kalau macam tu, saya akan pegang kata-kata tu sebagai kata azimat saya. Boleh?” ujar Hazim. Langsung dia tidak menyangka kata-kata spontannya disukai Musliha.
Up to you,” Musliha hanya menjawab ala kadar kerana dia tidak suka kiranya Hazim berasa selesa di sampingnya.
“Awak tak sihat ke?” Hazim dapat menangkap tindak tanduk Musliha pada pagi ini yang tampak tegang berbanding semalam.
“Sihat je. Kenapa?” soalan Hazim dijawab ringkas sambil matanya hanya ditumpukan pada pinggan nasi lemak sahaja.
“Saya nampak awak macam lain sikit hari ni.” Ujar Hazim.
“Tak adalah. Saya biasa aje. Makanlah cepat, takut lambat pulak nanti.” Ujar Musliha pula.
Beberapa minit berlalu sepi hanya ditemani desiran angin pagi di pekan kecil itu. Suapan demi suapan dinikmati keduanya sambil sepasang mata arjuna masih mencari ruang di hati kebal itu. Tiada pandangan yang bertaut. Si gadis nampaknya langsung tidak memberi peluang buat si jejaka yang bagai mengemis sekelumit kasih.
“Awak marah saya ke?” Hazim memberanikan diri mengeluarkan persoalan paling besar dalam benaknya.
“Hazim, lets not to talk about personal matter.. I’m professional and I hope you know that,” tegas Musliha.
I’m professional too. Sebab tu saya takut kalau awak masih terganggu emosi gara-gara marahkan saya. Of those, kita tak akan dapat cooperate profesionally,” kata Hazim dengan nada yang sungguh lembut, penuh ketegasan.
“Saya memang macam ni, Hazim. Mungkin awak tak kenal saya lagi.” Nada tegasnya tadi sudah mula redup.
“Dan mungkin awak yang tak bagi saya peluang untuk kenali awak dengan lebih baik,” tambah Hazim lagi.
“Boleh kita pergi sekarang? Saya dah siap,” Musliha bingkas dari kerusinya lalu terus membuka langkah ke arah pekedai yang sedang membungkus makanan buat pelanggan yang sedang beratur.
Hazim menghabiskan sisa minumannya yang masih tertinggal lalu segera membayar makanannya. Dengan pantas, langkahnya disusun ke arah kereta memandangkan Musliha sudahpun berdiri bersebelahan kereta, menunggu Hazim.
“Nanti, saya akan deal dengan Encik Isa, awak deal dengan manager dia. I’m not sure who is the manager but what you need to discuss with him is about their budget. Saya rasa kalau dia nak tinted mirror untuk the whole bangunan, budget diorang akan lari sebab kita tak boleh luluskan simen yang lain lagi. Awak tahu kan tentang simen ni?” kata Musliha.
“Tahu. Tapi saya belum tengok lagi jenis-jenis yang diorang nak,” balas Hazim.
“Tak apa, nanti saya bagi handout tu,”
Regarding the manager, is there something that I must not discuss with him? Well, some words might be sensitive for some people,” soal Hazim pula. Sebagai jurutera baru, dia perlu berguru dengan Musliha yang sudah berpengalaman mengendalikan projek.
Sorry. I don’t know either. Saya tak pernah lagi deal dengan dia. Ataupun nak lagi senang, awak deal tentang load test and let me handle the budget part.” ujar Musliha sambil kertas-kertas kerja di tangannya diperiksa dan disemak dengan penuh teliti.
Wah, Musliha dah kembali serius. Sekejap je aku boleh tengok dia tersenyum. Bisik hati Hazim. Sangkanya Musliha akan menjadi lebih mesra tetapi ternyata meleset. Mood serius Musliha sudahpun kembali dan samada mahu atau tidak, dia terpaksa mengikut rentak gadis itu demi menjaga perhubungan mereka berdua. Tumpuannya kembali kepada pemanduan untuk menyelesaikan kerja pemantauan pertama di tapak projek tersebut.
Sepanjang pemantauan, Musliha hanya memberi fokus kepada penerangan dan penjelasan Encik Isa berkenaan dengan kerja-kerja dalaman yang mencakupi perwayaran elektrik, perpaipan dan perangkaan besi bangunan. Lakaran demi lakaran dilakukan bersama demi mencapai kehendak bagi kedua-dua belah pihak. Perbincangan mereka juga terkadang agak tegang kerana pihak Encik Isa hanya menyediakan bajet asas bagi sebuah pembangunan projek sedangkan apa yang dimahukan mereka memerlukan bajet lanjutan. Setelah diteliti, rekaan dan material yang diinginkan mereka tidak mungkin dapat terlaksana jikalau bajet itu kekal.
Ketegasan Musliha jelas dalam setiap hujahnya. Namun ketegasan itu tidak sedikitpun meninggikan suara Musliha sebaliknya, dia bercakap dengan lebih matang dan penuh diplomatik. Itulah yang menaikkan lagi rasa hormat pihak pemaju terhadap jurutera wanita ini. Ketelitiannya juga tidak kurang hebat dalam setiap kerja yang dilakukan. Dengan saranan dan hujah yang diberikan Musliha, akhirnya pihak pemaju bersetuju untuk mengusulkan penambahan bajet atau pengurangan rekaan ke atas projek tersebut.
“Kalau tak dapat dua-dua, saya terpaksa berbincang sekali lagi dengan pihak atasan saya sebab kami hanya menerima arahan untuk ke lokasi tetapi bukan kami yang memproses kertas kerja dan mencari projek. Saya yang bertanggungjawab dalam construction ni tak berani untuk meluluskan material macam ini untuk rekaan sebegini. Saya harap Encik Isa faham dengan kerja saya,” terang Musliha.
“Saya faham tu. Apa-apa hal nanti, saya akan update Cik Musliha,” kata Encik Isa yang mula sependapat dengan Musliha.
“Terima kasih. Mari ke sana pula, dengar apa yang mereka bincangkan,” kata Musliha sambil pandangannya dilemparkan sudut di mana perbincangan antara Hazim dan pengurus projek, Mr. Leung. Sambil kertas putih di tangan digulung kemas, mereka sama-sama melangkah ke arah tersebut.
“Mr. Leung, this is Musliha, my colleague,” kata Hazim yang pada ketika itu sedang berbincang dengan Mr. Leung. Sebaik Musliha bersalaman denagn Mr. Leung, perbincangan tadi disambung semula.
Pada pandangan Musliha, Hazim adalah seorang yang berkaliber dalam mencapai hasil rundingan. Dengan mudah dan lancar, Mr. Leung bersetuju untuk memanjangkan lagi tempoh penumpatan tanah demi kestabilan tapak bangunan dan mulai esok, proses penumpatan tanah itu akan disambung lagi. Sebaik segalanya selesai, hasil rundingan juga sudah terperoleh, Hazim dan Musliha meminta diri untuk pulang dan merehatkan diri terlebih dahulu.
Walaupun kerja-kerja untuk hari ini sudah selesai, Musliha masih berasa berat hati untuk menaiki kereta bersama-sama dengan Hazim. Namun, berbekalkan profesionalisme yang ada dalam diri, Musliha tetap mengebalkan hatinya daripada disusuri segenap perasaan yang cuba menjelajah perasaannya.
“Kita ronda-ronda Ipoh dulu ya?” Hazim bersuara setelah beberapa minit kedua-dua mereka menyepi.
“Saya penatlah Hazim, nak rehat,” kata Musliha sambil suaranya terdengar sayup perlahan.
“Tak apa. Tak payah jalan-jalan pun sebab saya nak bawa awak dalam kereta aje. Awak duduk je, tak payah guna tenaga pun,” ujar Hazim pula. Dia tahu, Musliha sebenarnya tidak mahu menghabiskan masa untuk berdua-duaan bersamanya.
“Saya rasa nak tidur kat bilik,” ujar Musliha, ringkas dan dia pasti Hazim sudah dapat memahaminya.
“Sekejap aje,” balas Hazim lagi. Jalan yang dimasukinya sudah jauh dari kawasan hotel.
“Hazim, saya tak suka dipaksa. Boleh tak awak ikut aje apa yang saya nak? Saya cuma nak rehat,” suara Musliha sudah mula meninggi sedikit, menahan kemarahan.
“Saya pun tak suka dipaksa,” balas Hazim, pendek.
“Saya langsung tak paksa awak,”
“Awak paksa saya suruh balik hotel tu? Tak nak mengaku?” soal Hazim.
“Suka hati awak lah,” Musliha sudah mula berasa malas untuk melayan kerenah Hazim.
“Kenapa awak macam ni?” tanya Hazim, meneruskan perbualan.
“Macam mana?”
“Macam layan saya acuh tak acuh je,” sambung Hazim.
“Saya dah cakap tadi, saya penat.” Jawab Musliha, dengan nada yang masih sama.
“Penat? Setahu saya awak ni kental. Kadang tu kalau di pejabat, malam-malam baru balik. Ni, baru sampai tengahari dah penat?” soal Hazim.
Musliha hanya mendiamkan diri, mengambil zon selesa dengan hanya menyepi kerana pada sesuatu masa, diam itu lebih baik.
“Awak nak jauhkan diri dari saya kan?” tanpa meleretkan perbualan dengan lebih lama, Hazim langsung menanyakan soalan sebenar.
“Tak ada sebab,” Musliha hanya memberi jawapan ringkas.
“Awak nak jauhkan diri dari saya, betul?” Hazim mengulang soalannya.
I’ve told you, I’m professional,” jawab Musliha.
“Ya, tapi waktu kerja kita dah habis. So I need an exact answers for the repeated question,” jawab Hazim.
“Saya bukan nak jauh. Tapi tak nak dekat,” balas Musliha.
“Kenapa? Sebab awak sukakan saya juga kan? Awak ada perasaan yang sama macam saya kan?” Hazim cuba menemba hati Musliha.
“Apa awak cakap ni Hazim? Awak jangan jadikan saya sebagai sasaran awak sebab saya bukan dalam medan tembakan awak,” jawab Musliha dengan tenang.
“Kenapa? Awak belum termilik lagi kan? Tak salah rasanya kalau saya letak awak dalam medan saya,”
“Saya akan berkahwin tak lama lagi dengan Syafik,” jelas Musliha tanpa sedikitpun memikirkan perasaan Hazim ketika itu.
Di saat Musliha berkata, dada Hazim terasa seperti ditusuk dengan sebilah belati yang cukup asahnya.
“Saya cuma ikut nasihat awak,” kata Hazim dengan nada suara yang mula berubah namun masih cuba dikawalnya agar kehampaan yang dirasa tidak begitu jelas.
“Nasihat saya? Maksud awak?” Musliha kurang jelas dengan kata-kata Hazim.
“Awak menasihati saya untuk cuba mendekati perempuan yang saya suka tu. Ingat tak?” Hazim cuba mengingatkan Musliha akan nasihat yang pernah didengarinya beberapa hari yang sudah.
“Awak maksudkan saya?” tanya Musliha. Langsung dia tidak menyangka bahawa dirinya lah yang dimaksudkan Hazim ketika dalam perbualannya tempoh hari.
“Memang awak, tiada yang lainnya,” jawab Hazim, sungguh tenang dengan satu pandangan sekilas yang diberikan kepada Musliha.
“Awak silap. Saya bukan untuk awak dan saya pasti awak keliru dengan perasaan awak,” Musliha bersuara lembut.
“Kalau saya kata awak yang keliru?” Hazim masih cuba mengasak Musliha.
“Saya tak keliru, Hazim. Tak ada sebab untuk awak kata saya keliru,” jawab Musliha.
“Ada sebab. Betul tak kalau saya katakan yang awak dapat rasa renungan mata saya pada awak?” soalan Hazim seakan tusukan yang dalam di dada Musliha.
“Saya dah tak larat nak cakap tentang ni. Saya harap awak dapat menghormati saya dengan tidak menyentuh soal ni lagi. Kita datang kerana kerja, so I hope that we could be professional to each other,” Musliha mengelak untuk menjawab soalan Hazim dengan berlembut lidah menyatakan hasratnya.
“Kalau itu yang awak nak, saya akur tapi saya nak awak tahu yang saya tak akan pernah abaikan perasaan saya,” kata Hazim.
Musliha hanya mendiamkan diri sambil mendengar hujah terakhir Hazim. Walaupun hati mengakui kebenaran di sebalik perasaannya namun Musliha tidak mahu membenarkan Hazim menakluk perasaannya sedang Syafik telah diterimanya. Hazim sudah terdiam seribu bahasa sambil fokusnya langsung tidak teralih daripada pemanduan kereta. Kesepian itu menyenangkan hati Musliha kerana sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi berbahas dengan jejaka itu berkenaan soal hati dan perasaan. Mungkin hubungan Musliha dan Syafik sudah tersurat dalam takdir.

Wednesday 6 July 2011

Bab 35


Restoran yang tersedia di aras bawah hotel bertaraf empat bintang itu cukup mempesonakan Musliha. Rambutnya diikat satu, membiarkan sedikit rambutnya terjurai di bahagian kanan kepalanya. Baju lengan pendek yang sekadar menutup bahu berwarna putih susu dipakainya dengan seluar coklat gelap, ringkas namun masih sesuai digayakan untuk satu temujanji makan malam. Solekan nipis dikenakan, menaikkan lagi seri di wajahnya.
Hazim sudahpun menunggunya di ruangan lobi lengkap berjaket. Gaya Hazim tidak ubah seperti Yusuf yang suka menyinsingkan lengan baju hingga ke paras siku. Segaris senyuman dihulur buat si gadis yang baru sahaja tiba.
“Saya lambat ke?” Musliha bertanya sambil senyuman tidak lokek dari bibir.
“Tak lah. Saya baru je duduk. Tak sempat henyak elok-elok lagi sofa empuk tu,” Hazim juga tidak membuang senyuman dari bibirnya.
Shall we?” kematangan dan sikap profesional Musliha makin jelas dengan cara pertuturannya. Ini membuatkan Hazim jadi lebih terpikat dengan Musliha. Tangan Hazim dibuka, sebagai tanda mempelawa Musliha untuk melangkah terlebh dahulu.
I’m sorry because this dinner is just an ala-carte dinner which you need to order for the meal.” Kata Hazim seraya merapatkan kerusi yang diduduk oleh Musliha.
It’s okay, Hazim. I understood as we just arrived..I mean..we both..just arrived..together,” Musliha tidak betah bertutur dengan lancar apabila dipandang begitu. Hazim pula tampak makin selesa dengan cara Musliha yang jelas dengan perasaan gementarnya.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?” tanya Musliha ditemani dengan darah gemuruh yang kian menakluknya.
You look so pretty. Saya tak pernah tengok awak secantik malam ni,” pujian Hazim tampak tulus dan ikhlas. Sungguh dia terpegun dengan seri di wajah Musliha hari ini. Walaupun rambut Musliha tetap berikat seperti biasa, namun wajah cantik yang disolek nipis itu tampak menyerlah.
I think it is better if kita order sekarang,” cadang Musliha. Dia tidak selesa dipandang begitu oleh Hazim. Hazim yang akur pantas sahaja memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan makanannya.
Menu makanan diperhatikan Musliha. Perutnya yang berkeroncong menambah selera Musliha terhadap semua makanan yang tersenarai. Keasyikannya memilih makanan memberi peluang kepada sepasang mata di hadapannya merayap di seraut wajahnya. Tidak begitu lama memilih, Musliha langsung memesan makanan dan minuman pilihannya lalu buku menu tersebut diambil pelayan tersebut.
Hazim yang masih asyik menatap wajah berseri Musliha belum membuat pilihan lagi. Sebaik mata Musliha tertancap ke arahnya, pantas sahaja nama makanan yang muncul di depan matanya dipesan bersama dengan jus tembikai. Musliha sudah dapat menangkap perbuatan Hazim namun wajahnya dibiarkan diratah oleh renungan Hazim. Walaupun tidak selesa dilakukan begitu, Musliha tetap membiarkan sahaja.
Jauh di sudut hati, walaupun dia tidak selesa dengan renungan mata Hazim, sebenarnya masih ada suatu perasaan kagum dengan cara lelaki itu. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Hazim terpegun akan penampilannya pada malam ini.
“Mus, saya dah lama tertanya-tanya. Kenapa awak tak suka dipanggil dengan nama Alia? Pada saya, nama itu lebih cantik. Sesuai dengan awak.” Akhirnya dia berani bersuara namun pandangan matanya masih tidak teralih.
“Sebab nama tu terlalu istimewa. Setakat ni, baru ada seorang yang berani panggil saya dengan nama tu. Walaupun saya tak benarkan, dia tetap panggil saya Alia. Orang itu tersangat istimewa di hati saya.” Walaupun sebab asalnya berlainan namun kini dia merasakan nama itu hanya kenangan di antara dirinya dengan Yusuf.
“Kalau saya nak panggil awak Alia? Boleh?”
“Kenapa awak nak panggil saya Alia pula? Panggil macam biasa aje lah. Saya tak selesa lah,” wajah Hazim memang serupa dengan Yusuf tetapi nama `Alia’ sudah lama diabadikan bersama memori Yusuf.
“Tak selesa? Kenapa?” soal Hazim pula. Belum pun soalan Musliha terjawab, Hazim menyoal Musiha lagi.
“Entah. Macam mana kalau saya nak panggil awak Zakwan?” Musliha cuba meletak Hazim di situasi yang sama dengannya.
“Maknanya awak panggil arwah ayah saya,” Hazim tidak terkena dengan soalan Musliha.
“Oh..saya ingat Zakwan tu nama awak?”
“Tak..tak..saya memang suka memperkenalkan diri saya sebagai Hazim Zakwan tapi nama sebenar saya Muhd Hazim bin Muhd Zakwan,”
Musliha mengangguk kecil, tanda faham. Kini soalannya terjawab. Benarlah jejaka di hadapannya kini bukan anak lelaki Datuk Yunus. Musliha bertambah yakin.
Hidangan makanan sudah tersedia. Mereka menikmati santapan makan malam itu dengan penuh tertib, sesuai dengan tempatnya. Sesekali mata mereka bertaut apabila sama-sama mencuri pandang. Namun, dalam kes curi pandang itu, Hazim lah yang selalu menang. Dia pandai mencari kesempatan untuk mengamati wajah kesayangannya itu. Sungguh manis dan lembut.
Walaupun mata Musliha tidak memandang tepat ke arah Hazim, namun ekor matanya dapat menangkap renungan mata lelaki itu yang kerap menghinggap di raut wajahnya. Suapan demi suapan dijaga penuh sopan.
“Sedap juga masakan dia kan?” kata Hazim sambil mulutnya dilapkan dengan napkin yang tersedia. Musliha mengangguk, mengiyakan kata-kata Hazim.
Selesai segalanya, Musliha meminta diri ke bilik terlebih dahulu. Hazim akur akan kehendak Musliha meskipun dia masih ingin meluangkan lebih masa bersama Musliha. Dengan pantas, kakinya mengejar langkah Musliha yang sudah melangkah keluar dari restoran itu.
“Mus,” panggilannya menghentikan langkah Musliha, memalingkan muka gadis cantik itu ke arahnya.
“Kalau awak sudi, teman saya jalan-jalan dekat luar kejap?” tanpa lengah, pelawaannya langsung disuarakan.
“Tapi saya nak tidur awal, esok kita kena pergi site, remember?” Musliha tidak sampai hati menolak pelawaan Hazim biarpun masanya sudah terluang bersama lelaki itu.
I would be happy if you would like to,” Hazim masih tidak berputus asa dengan ajakannya. Musliha kalah. Dia membuka langkahnya ke arah pintu luar yang mengarah ke kawasan kolam.
Hiasan landskap nan indah itu masih dapat dilihat dalam cahaya samar lampu hiasan sekitar kolam itu. Itulah yang menjadi salah satu tarikan bagi Impiana Casuarina Hotel di Ipoh ini. Pemandangan bukit batu kapur yang mengelilingi kawasan hotel itu menambahkan lagi kedamaian dan ketenangan buat si pengunjung.
“Awak tak selesa ke jalan dengan saya ni?” Hazim cuba untuk memulakan perbualan.
“Kenapa awak tanya macam tu?” soalan berbalas soalan. Musliha senang untuk menemani Hazim tetapi perasaan tidak selesanya hanya timbul tatkala terpanah dengan renungan mata lelaki kacak itu.
“Ya lah. Sebab saya nampak awak macam terpaksa je,” terang Hazim akan soalannya sambil langkah mereka masih perlahan dan seiring.
“Tak adalah. Saya okay je.” Jawab Musliha, cukup ringkas. Jawapannya seolah-olah mematikan bicara antara mereka berdua apabila Hazim sekadar mengangguk dan turut mendiamkan diri. Sebenarnya, sang kumbang masih ligat terbang mengelilingi sang bunga, mencari kata meneruskan bicara.
“Saya nak duduk kat situ,” kata Musliha, memecah kesepian yang mula terbina. Gazebo kayu dengan hiasan nipah di atas atap menarik perhatian Musliha. Memandangkan ianya kosong menanti diduduk, Musliha dan Hazim sama-sama melangkah ke dalam gazebo itu untuk menikmati keindahan malam yang terdampar di hadapan mata.
Rambut Musliha yang diikat satu itu ditenung Hazim. Alangkah indahnya gadis itu jika rambutnya dilepaskan dari genggaman ikatan itu. Pantas, jarinya menangkap ikatan rambut itu lalu ditarik, melepaskan rambut Musliha sambil harumannya menyinggah ke hidung Hazim. Musliha terkejut dengan tindakan Hazim yang sungguh pantas dan tidak disangkanya itu. Dia menoleh ke arah Hazim dengan perasaaan berbaur.
“Kenapa ni Hazim?” ada sedikit nada marah dalam soalannya.
“Saya lagi suka kalau awak lepas rambut macam ni. Cantik sangat,” jawab Hazim, lembut. Berderau darah Musliha mendengarkan pujian Hazim kepadanya.
“Tapi saya lagi suka ikat. Bagi balik getah rambut saya!”
No. I wont allow you to do so,” getah rambut yang dipegang Hazim disorokkan di belakang agar tidak dapat dicapai Musliha.
“Sini lah Hazim,” Musliha mendesak namun masih tidak berjaya.
“Saya dekat sini lah ni. Awak nak suruh saya dekat lagi ke?” Hazim sudah mula menunjukkan belangnya.
“Gatal lah awak ni. Saya nak getah rambut saya. Saya tak selesa lah,” suara marah tadi sudah mula menjadi suara rajuk seorang gadis. Hazim senang sekali mendengarnya. Hatinya terusik melihat wajah Musliha yang mula menunjukkan riak rajuk.
No way!” katanya sambil tangannya masih disorok ke belakang.
“Hazim!” Musliha masih mencuba untuk mencapai getah rambutnya yang disorokkan Hazim. Mereka kelihatan seperti dua anak kecil yang sedang berebut mainan di dalam gazebo itu. Suasana gelap di dalam gazebo menghalang penglihatan jelas oleh pengunjung-pengunjung lain yang turut berjalan-jalan di sekitar kolam.
“Okay..okay..awak menang. Saya dah kesian tengok awak,” Hazim menyerahkan getah rambut itu kepada Musliha semula. Hatinya tercuit melihat telatah Musliha.
“Tau pun!” getah rambut yang diserahkan diambil kasar sekadar menunjukkan kekuatannya sebagai seorang perempuan. Namun tangannya pantas digenggam Hazim. Musliha terkesima. Sentuhan tangan Hazim seakan menyelinap ke seluruh kalbunya.
Tangan kanan Hazim pula sudah mula merayap ke anak rambut Musliha. Helaian rambut yang halus itu dibelai lembut sambil genggaman tangan Musliha di sebelah kiri dikemaskan lagi. Musliha hanya membiarkan rambutnya dibelai lelaki itu kerana dia sudah tidak berdaya menarik tangannya. Walaupun tangan kiri Musliha masih bebas, belaian lembut dari jemari lelaki itu menenangkan jiwanya yang selama ini resah dalam kerinduan kepada Yusuf.
“Hazim, tangan saya,” suara Musliha sekan merayu kerana pegangan Hazim sudah mula memedihkan pergelangan tangan Musliha. Tambahan pula, dia tidak mahu berlama-lama begitu kerana dia masih sedar, dirinya bukan muhrim dengan Hazim.
“Saya akan lepaskan, tapi janji dengan saya, awak tak ikat rambut awak balik,” wajah Musliha yang menunduk dek memandang tangannya yang kepedihan diangkat oleh Hazim, lembut. Begitu jugalah kelembutan pada nada suaranya. Kelembutan suara itu memaksa Musliha untuk patuh pada janji yang dipinta.
Pegangan di pergelangan tangan Musliha sudah mula direnggangkan. Dahi Musliha berkerut menahan kepedihan yang terasa. Hazim mencapai tangan itu kembali lantas diusapnya perlahan. Perasaan bersalah mula mencengkam diri. Dia tidak menyangka perbuatannya sudah menyakitkan gadisnya.
“Sakit sangat ke?” tanya Hazim sambil tangan itu masih diusapnya. Musliha mengangguk tanpa mengangkatkan wajahnya kepada Hazim.
Sorry,” katanya, penuh keikhlasan. “Saya tak sedar yang saya pegang tangan awak kuat sangat.” Hazim makin dihimpit rasa bersalah melihatkan Musliha yang masih mendiamkan diri.
“Mus,” Hazim mengharapkan Musliha dapat menunjukkan wajah lembut itu buatnya. Namun dia hampa. Musliha masih tidak memberi respon.
“Mus, saya minta maaf sangat. Sakit lagi ke?”
“Awak percaya ke?” Musliha bertanya dalam nada yang sungguh perlahan persis menahan kesakitan.
Hazim terpinga-pinga dengan soalan Musliha. Kekosongan respon dari Hazim menggerakkan hati Musliha untuk mengangkat wajahnya, mendapatkan wajah Hazim pula. Ternyata Hazim masih percayakan helahnya. Musliha tersenyum sambil melepaskan tawa kecil. Dengan tawa itu, Hazim sudah mulai faham akan helah Musliha. Tangan lembut Musliha yang tadi diusap Hazim sudah menekup mulut sambil menutup tawanya dengan sopan.
“Oh..nakal eh?” Hazim turut tersenyum melihat Musliha.
“Padan muka awak,” kata Musliha, bersulam dengan tawa bersisa.
“Saya ingat awak sakit betul-betul,”
“Pandai tak saya berlakon?” nada Musliha sudah mula ceria. Tidak lagi sayu seperti tadi.
Thumbs up!” kata Hazim, sambil dua ibu jarinya diangkat. “This is the first time I see another side of you. Pandai juga awak bergurau ya?”
“Kenapa? Awak ingat saya ni jenis yang macam mana?”
“Saya fikir, awak ni jenis yang serius je. Honestly, saya tak pernah tengok awak ketawa macam tadi. Kalau awak senyum pun, hanya bila awak happy sebab kerja awak diluluskan.” Jelas Hazim akan pandangannya selama ini terhadap Musliha.
“Ya ke? Biasanya saya ni boleh tergelak bila luang masa dengan Fiza, kawan baik saya. Dulu, dengan Yusuf pun saya selalu gelak juga. Tapi akhir-akhir ni saya kurang ceria sebab saya sedih. Fiza dah nak kahwin hujung tahun ni. Walaupun sekarang saya masih serumah dengan Fiza, saya dah dapat rasa kehilangan dia.” Luah Musliha.
“Siapa Yusuf?” nama lelaki yang terpacul dari mulut Musliha menarik perhatiannya berbanding dengan keseluruhan cerita Musliha.
“Arwah kawan yang saya cerita kat awak petang tadi tu lah,” Musliha baru teringat, dia masih belum menyebut nama Yusuf kepada Hazim. Walaupun nama itu telah diperkenalkan kepada Hazim, namun dia tekad untuk tidak memberitahu Hazim tentang persamaan-persamaan yang ada pada dua lelaki itu.
“Oh..hmm..” bibir Hazim diketap, memikirkan susunan ayat yang betul untuk meneruskan bicara yang sudah dirangkakan dalam benaknya. Tanpa disedarinya, kesepian Musliha sebenarnya merupakan penantian buat ayat seterusnya dari Hazim.
What is your first impression about me?” Hazim masih ingat pandangan pertama yang diberikan Musliha. Sungguh dalam menusuk matanya.
First impression?” giliran Musliha pula untuk menyusun kata yang sesuai demi jawapan yang sememangnya ada dalam ruang minda.
“Err..awak okay. Saya boleh nampak kebolehan awak sebagai jurutera yang hebat.” Menolak elemen peribadi, Musliha menggantikan ia dengan profesionalisme dalam jawapannya.
“Selain itu?” Hazim pasti pandangan yang sungguh dalam itu bukan sahaja kerana keyakinan Musliha terhadap kebolehannya malah lebih dari itu.
“Tak ada dah kot,” Musliha masih setia untuk menyembunyikan perkara sebenar.
First impression awak terhadap saya pula?” soalan yang sama diajukan kepada Hazim pula demi menepis soalan Hazim.
“Terus terang, saya terpegun dengan kelembutan wajah awak. That is the first time saya tengok awak lepaskan rambut. Plus, awak nampak macam seorang yang serius and yes, you are. Satu lagi, awak nampak macam seorang yang kesunyian, yang sedang mencari cahaya dalam gelap. Kadang-kadang, saya pun jatuh sayu bila tengok mata awak yang penuh kesedihan.” Panjang lebar penjelasan Hazim. Ya, itulah yang difikirkannya tentang Musliha ketika kali pertama melihat wajah itu.
“Mula-mula dulu, saya fikir, saya cuma suka tengok wajah awak je. Tapi makin lama, saya rasa nak kenal awak dengan lebih dalam. Frankly speaking, saya tak pernah rasa ada kehadiran seorang perempuan dalam hati saya sehinggalah saya kenal awak.” Hazim sudah mula menyusun kata untuk meluahkan rasa yang terpendam. Musliha masih diam dengan dahi yang sedikit berkerut, seperti tidak bersedia mendengar luahan Hazim yang seterusnya.
“Saya mula tahu apa perasaan kasih dan sayang sejak mengenali awak. Setiap kali awak pergi site, saya resah kat ofis. Selalu risau dengan keselamatan awak. Ya lah, dekat site kan ramai lelaki, buruh-buruh semua tu. Saya bimbang sangat-sangat. Kebimbangan tu luar biasa tau. Even kalau awak keluar makan lambat sikit pun saya risau.saya tak nak awak sakit sebab bila awak sakit, awak tak dapat datang ofis. Pernah sekali masa awak ambil cuti, saya rasa rindu nak tengok wajah serius awak. Saya rasa sunyi. Saya selalu teringin nak call awak tapi saya takut awak tak suka pulak. Setiap kali awak ada di depan mata saya, saya bertambah ceria walaupun awak tak tegur saya dengan sepatah kata pun. Asalkan saya boleh nampak awak, saya dah rasa cukup. Saya rasa semangat nak buat kerja-kerja saya. Saya rasa...saya...” keluhan berat dilepaskan Hazim. Sementara Musliha pula masih menanti kata Hazim yang terhenti.
Payah baginya untuk meluahkan kata cinta buat Musliha walaupun dia yakin dengan perasaan itu. Mungkin juga reaksi Musliha yang menyukarkan lagi luahannya. Musliha tidak pernah menyangka bahawa selama ini dirinya menjadi perhatian Hazim.
“Saya yakin yang sebenarnya saya...” terhenti lagi. Kini dia tahu, bukan mudah untuk menyapa hati gadis itu.
“Dah lah. Saya rasa awak dah mula keliru, Hazim. Saya balik bilik dulu,” Musliha tidak mahu mendengar kata-kata Hazim seterusnya. Dia mencapai tas tangan lalu berdiri untuk membuka langkah, meninggalkan Hazim dengan seribu satu kata yang tidak terluah.
“Nanti dulu. Saya belum habis cakap. Saya tak keliru dengan perasaan saya, Alia.” Ujar Hazim.
Nama yang digunakan Hazim menggamit perasaan Musliha. Dia segera menoleh kepada Hazim yang turut berdiri di tempat yang masih sama.
“Jangan gunakan nama tu,” ujar Musliha, lembut dalam tegas.
Why not? Saya dah berazam untuk jadi orang kedua yang boleh panggil nama tu.”
“Hazim, tolong jangan keliru dengan hati awak sendiri. Kita baru kenal, tak mungkin awak dah mula rasa semua tu. Maaf, saya balik dulu. Saya nak rehat. Jumpa pagi esok.” Musliha membuka langkahnya keluar dari dalam gazebo, meninggalkan Hazim sendiri.
Bangku yang tadi ditemani dua insan kini hanya ditemani seorang lelaki sahaja. Hazim meraup mukanya berkali-kali. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk mengulang kembali saat-saat manisnya bersama dengan Musliha tadi. Nafasnya turun naik dan adakalanya melepaskan dengusan kasar. Hatinya tidak puas selagi tidak dapat menyatakan perasaan sebenarnya buat Musliha.