Sehelai tisu dikesat halus ke pipi gebu Alia Musliha setelah jemuran terakhir menyentuh ampaian. Sebaik menapak ke dalam, sebuah kereta Mercedes terparkir di luar pagar rumah.
“Assalamualaikum” di bawah terik mentari, wajah wanita itu sedikit berkerut sambil suaranya lantang melaungkan salam.
“Waalaikumsalam” jawab Musliha sambil cuba mengecam wanita itu.
“Mus ke tu?”
“Ye, Auntie Ila ek?” Musliha sudah dapat menangkap wajah yang sudah lama tidak ditatapnya itu, Datin Fadzila.
“Ya, Auntie la ni. Ibu ada?”
“Ada,ada..kejap ye, Mus bukakan pagar dulu” bakul kain yang dipegangnya diletakkan di tepi pintu sambil memberi isyarat kepada Amir untuk menyimpannya.
“Lama betul tak jumpa Mus. Last sekali Auntie tengok Mus, Mus paras dada Auntie,sekarang ni,dah sama tinggi.” Berderai ketawa Datin Fadzila dan Musliha. Musliha tunduk bersalaman dengan Datin Fadzila sementara Datuk Yunus hanya memberi senyuman manis kepada anak gadis itu. Walaupun harta segunung, adab dan batas pergaulan mengikut Islam, tidak pernah dia lupakan. Dari dalam rumah, Puan Husna menjenguk ke luar melalui tingkap sebaik mendengar beberapa suara asing sedang bermesra dengan anak gadisnya. Dia langsung mendapatkan tetamunya yang sudah lama tidak dijumpanya itu. Musliha mengalih pandangannya ke arah jejaka yang masih berada dalam kereta itu.
“Tak nak turun sudah, kite nak tutup pagar” Musliha menguatkan suaranya yang bernada serius.
Pintu kereta terbuka maka Musliha membatalkan niatnya untuk menutup pagar rumah.
“Kalau ye pun marah,janganlah macam tu” Yusuf Hazim menundukkan mukanya, melindungi wajah itu dari bahang kemarahan Musliha kerana bahang itu terasa lebih terik berbanding mentari yang tidak jemu-jemu menumpahkan sinarnya.
“Tau pun,masuk!”
“Baik, puan” gaya Yusuf persis seorang hamba di zaman dahulu kala yang hanya mampu patuh pada arahan tuannya. Walau zahirnya wajah Musliha masih tegas namun di balik wajah itu, hatinya sudah terubat dengan kehadiran lelaki itu. Diatambah pula dengan kekacakan Yusuf, hati gadis mana yang tidak terubat? Walau bagaimanapun karakter harus diteruskan supaya lelaki zaman kini tidak memandang enteng akan wanita.
“Awak marah lagi ke?” Yusuf bertanya dalam suara separuh bisikan.
“Awak rasa?” Musliha langsung tidak menoleh ke arah Yusuf.
“Macam marah lagi je,”
“Awak pasti?”
“Yup, 100% sure!”
“Nasib baik awak datang dengan parents awak, kalau tak, takda maknanya kite nak bukakan pagar ni untuk awak,” berbekalkan rasa marah yang bersisa, Musliha memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
“Wow, sampai gitu sekali?”
“Yelah, dah, masuk rumah cepat, nanti jiran-jiran kite tengok kite cakap dengan awak lama-lama kat luar ni, kecoh pulak, jadi gosip, kite taknaklah sampai ada abang rambut ketak terjah kite pasal gosip ni je,” Musliha bernada senda dalam rentak serius. Yusuf tergelak kecil mendengarkan senda Musliha.
Kedatangan Datuk Yunus sekeluarga sememangnya tidak dijangkakan keluarga Puan Husna kerana sejak mereka berpindah dari Cheras tujuh tahun dulu, inilah kali pertama mereka bertemu kembali. Musliha sedikit kaget apabila melihat Yusuf yang semakin kacak. Selama mereka berutus surat, tidak pernah sekalipun Yusuf menghantar kepingan gambarnya. Musliha kagum melihat penampilan sahabatnya itu. Mereka berdua mempunyai minat yang sama, iaitu menulis diari.
Selain menulis, menghias dan mengumpul diari adalah di antara minat yang dikongsikan bersama. Syafik, lelaki pertama yang bertakhta di hati Musliha telah memahat namanya di dalam salah sebuah koleksi diari Musliha. Bahkan diari itu sendiri dinamakan sebagai Memori Syafik. Memori Syafik menjadi diari kesayangan Musliha kerana dari diari itulah Musliha dapat menggamit segenap memori bersama bekas kekasihnya itu kembali. Namun, memori pahit yang terukir di dalam Memori Syafik sering menitiskan air mata anak gadis ini.
Yusuf pernah menerima seutus surat daripada Musliha yang panjangnya luar biasa. Segala kesedihan dan kekecewaan diluahkan kepada Yusuf. Selama bersahabat, Yusuf sering menjadi tempat mengadu kerana hanya Yusuf yang bisa mengubat kedukaan Musliha. Yusuf telah menawarkan diri untuk menyimpan Memori Syafik supaya saat keluarga Musliha dihina oleh Syafik tidak akan mengusik luka di hati Musliha lagi. Utusan Yusuf yang terbaru mengecewakan Musliha kerana dengan secara tidak sengajanya, secawan Nescafe yang dibancuh Yusuf tertumpah ke atas Memori Syafik dan telah merosakkan sebahagian diari itu.
“Awak selalu ke datang sini?” Yusuf berlagak selamba, tanpa mengendahkan ketegangan di raut wajah Musliha.
“Selalu juga dengan adik-adik,” Musliha menjawab pertanyaan Yusuf sambil matanya tetap memerhati gelanggang badminton yang tampak aktif dengan perlawanan antara Alif dan Amir.
“Mus, kite minta maaf sangat. Kite tau awak sayang gile dengan diari tu, tapi kite tak sengaja rosakkan,” Yusuf mengalih perhatiannya dari perlawanan badminton di dalam dewan itu. Tanpa lengah, dia terus sahaja membuka topik sebenar.
“Kite bukan marah....”
“Tapi kecewa?” Yusuf mencelah tanpa sempat disambung Musliha.
“Taklah kecewa sangat tapi awak tau kan, diari tu ada kenangan yang paling bermakna dalam hidup kite,”
“Kenangan keluarga awak dihina? Kenangan bercinta dengan orang yang takda rasa hormat pada ayah awak?”
“Kite sayang die, Yusuf” Musliha tertunduk.
“Habis, keluarga awak?”
“Sebab itulah kite sanggup putus dengan die, and kite dah tak berpaling pada dia lagi walaupun dah berkali-kali die minta maaf,”
“Mus, tolong janji satu perkara dengan kite boleh?” nada Yusuf lembut.
“Apa?” Musliha mengalih pandangannya kepada Yusuf.
“Tolong janji dengan kite, jangan fikirkan die lagi, dan jangan balik pada die, tak kire bila pun, ok?”
“Ok” suara Musliha sayup kedengaran di cuping telinga Yusuf menunjukkan ketidakikhlasan Musliha.
“Ye ke ni?”
“Ye, kite janji,”
“Pandang mata kite sambil awak kata awak janji,”
“Wahai Muhamad Yusuf Hazim, kite, Alia Musliha, janji, tak akan balik pada dia, Ahmad Syafik lagi tak kire bile pun. Puas hati?” Musliha mengangkat tangannya persis berikrar sambil dua pasang mata itu bertemu.
“Allright. Macam itulah baru kawan kite,” segaris senyuman manis yang ditunggu-tunggu Yusuf sudah kelihatan di bibir Musliha.
“Kite nak tanya satu soalan boleh?” tiada lagi ketegangan pada nada itu.
“Satu je.”
“Hmm...awak jawab dengan jujur tau,”
“Baiklah tuan puteri,” Yusuf melontarkan pandangannya kepada perlawanan kanak-kanak itu sambil menanti soalan Musliha. Sejenak terdiam, Yusuf setia menunggu.
“Awak single lagi ke?” akhirnya terpacul juga soalan cepumas itu.
Sebaik soalan itu teraju, pastas sahaja Yusuf ketawa berdekah-dekah tanpa menghiraukan air muka kekeliruan di raut wajah Musliha.
“Awak ni..macam tau-tau je,” jawab Yusuf.
Air muka kekeliruan Musliha berubah kepada sedikit kekecewaan sebaik mendengar jawapan Yusuf.
“Dia sama sekolah dengan awak ke?”
“Siapa?”
“Dia lah,”
“Ya la, siapa `dia’ maksud awak tu?”
“Girlfriend awak tu lah,”
“Owh, girlfriend..”
Musliha masih menanti jawapan pasti.
“Bila pulak kite ada girlfriend?”
“Laa..yang awak kata tadi?”
“Kite kata apa?”
“Awak kata ‘macam tau-tau je’”
Sekali lagi Yusuf ketawa dan menambahkan perasaan keliru Musliha.
“Kite belum sempat sambung, awak dah terjah. Tulah, sabar sikit. Kite mana ada girlfriend,”
“Dah, kenapa awak jawab macam tu tadi?”
“Maksud kite, macam tau-tau je kite nak tanya soalan yang sama kat awak,”
“Laa apa pulak kite? Kite kan baru je putus dengan Syafik,”
“Manalah tau dah jumpa pengganti,”
“Tak semudah tu lah. So awak ni single ke tak?”
“Kite Yusuf Hazim lah, tak main lah cinta-cinta monyet ni. Belajar dulu, PMR entah ke mana lagi, nak bercouple segala bagai. Idok le teman..”
“Awak perli kite ek?”
“Siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya. Mus, kite ada hal nak bagitau awak,”
“Apa?” dadanya terasa sedikit berdebar kerana dapat merasakan perkara yang hendak disampaikan Yusuf itu adalah sesuatu yang penting kerana dalam surat Yusuf sebelum ini, Yusuf pernah menyatakan bahawa dia akan sampaikan suatu perkara yang penting apabila sudah tiba waktunya.
“Jangan terkejut tau,” kata-kata Yusuf menambahkan kagi debaran yang mula terasa.
“Ok..ok..apa halnya?”
“Daniel..” Yusuf merenung ke dalam anak mata sahabatnya itu, dalam.
“Kenapa dengan Daniel?”
“Daniel sekarang dekat Hospital Pantai, dia dimasukkan ke dalam wad minggu lepas,”
“Hah! Kenapa? Dia sakit apa?”
“Kami pun baru tahu, dia menghidap paru-paru berair dan sekarang di tahap kritikal,” jawab Yusuf, dengan nada yang tenang agar tidak mencemaskan lagi perasaan Musliha.
“Astaghfirullahal ‘azim..bila awak tahu ni?”
“Minggu lepas, sejak dia masuk wad. Sebab masa tu, kami ada latihan kawad kaki. Dia pengsan lepas batuk teruk. Kite ikut ambulans ke hospital, sebab tu kite tau, kalau tak, kite pun tak tahulah sampai bila dia nak sorok benda serius macam ni,”
“Dan tak kita semua risaukan dia kot. Mudah-mudahan dia sembuh macam biasa” Musliha sudah mula membinbangi keadaan Daniel. Jika diikutkan kemahuannya, sekarang juga dia mahu terbang ke hospital tersebut untuk melawat Daniel. Namun apakan daya, keadaan keluarganya yang dalam kesempitan ekonomi mematahkan sayap Musliha kerana keluarganya sudah tidak mampu memiliki kenderaan lagi.
“Amin,” sahut Yusuf. Ketulusan mereka dalam persahabatan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimiliki sesiapa pun. Mungkin takdir telah menemukan mereka berlima bersama untuk menikmati kejujuran dan kesetiaan dalam persahabatan di dunia yang fana ini.
as salam... uwaa... terharu ada nama saya laa.. hehehe... nak baca.. ;)
ReplyDelete