Rossa - Takdir Cinta

Tuesday, 7 June 2011

Bab 12


Badan Musliha masih terasa lesu. Barangkali kerana semalam dia terpaksa bekerja dari pagi hingga lewat malam bagi menggantikan tempat Syila. Walaupun masih kepenatan, Musliha tetap memaksa dirinya untuk menghiburkan keluarganya pada hari ini. Alif dan Amir yang sudah lengkap berpakaian membuatkan Musliha menjadi lebih bersemangat untuk menyiapkan diri. Musliha hanya bergaya santai pada hari ini. T-shirt lengan pendek yang diberikan Yusuf disesuaikan dengan seluar jeans muda. Kasut kanvas yang dibelinya sewaktu keluar bersama Hafizah dan Yusuf sebelum keberangkatan Hafizah ke New Zealand menambahkan gaya santainya yang bersahaja. Rambutnya yang melepasi bahu dilepaskan sahaja. Hanya beberapa klip rambut berwarna putih yang terselit di sudut kiri kepalanya, kemas.
“Cantik anak ibu. Dah lama ibu tak tengok Mus pakai santai macam ni. Kadang-kadang, ibu rindu juga anak ibu yang kasar dulu, sekarang dah tak kasar dah,” Puan Husna memgang bahu anaknya.
“Ibu nak Mus kasar macam dulu ke?” mulut Musliha sedikit muncung.
“Takda lah. Ibu lagi suka perwatakan Mus sekarang. Cuma ibu rindu dengan telatah Mus dulu tu,” Puan Husna mencuit hidung Musliha.
“Hari ni Mus kasar sikit ye, bu,”
Mereka saling berbalas senyuman. Musfira yang sudah keluar dari kamarnya tampil dengan corak penampilan yang seiring dengan adiknya. Apa yang membezakan hanya sepatu bertumit dan rambutnya yang diikat kemas. Anak-anak gadis Puan Husna sememangnya ada tarikan tersendiri. Walaupun Musfira lebih lemah lembut berbanding Musliha, tetapi kelembutan di wajah mereka tidak jauh bezanya.
“Semua dah siap?” Musfira bertanya sebaik mencapai sepatunya. Yang lain sudah pun berada di luar rumah menanti Musfira.
“Sepatutnya kami yang tanya kak Fira, bila nak siap?” Musliha berkata sambil tali tasnya yang panjang disilang ke bahu.
“Ye ke? Tak perasan pula semua dah ada di luar. Ampun!” Puan Husna hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Kak Mus, cuba teka n siapa?” seorang daripada diknya bersuara dengan mimic muka yang penuh helah.
“Alif dengan Amir ni kenapa pakai baju sama sebiji? Susah la kami nak cam yang mana satu Alif, dan mana satu Amir,” Alif dan Amir hanya tersengih mendengar pertanyaan Musliha. Mereka memang sengaja menyamakan diri mereka. Pasangan kembar itu ada-ada sahaja helahnya untuk mengenakan orang lain.
“Mus memang tak cam adik sendiri, ye lah, orang jarang balik rumah. Tengok akak, senang je nak cam mereka tau. Alif dengan Amir kena janji dengan kak Fira tau, lepas ni kena belajar rajin-rajin sebab kak Fira dah nak tunaikan janji kak Fira hari ni. Janji dengan kak Fira, mesti dapat 5A tau UPSR nanti?” Musfira berkata sambil tangannya ligat mengunci pintu rumah. Musliha hanya mencebik dengan kenyataan sinis kakaknya. Dia tahu, Musfira cuma bercanda. Memang benar, dia tidak lah rapat benar dengan adik kembarnya itu. Mungkin jarak usia yang terlalu jauh merenggangkan mereka. Akan tetapi, kasihnya kepada kedua-dua adiknya tetap utuh.
“Kak Fira, kita nak breakfast kat mana?” Musliha yang duduk di bahagian belakang sudah mula tertanya-tanya gerangan tempat yang akan mereka singgah. “Jalan ni jauh sikit dari KL, kak.”
“Awak penumpang kereta, diam je. Steering kereta ada di tangan akak. Tahulah akak ke mana nak bawa anda semua. Tungguuu..” Musfira mengenyitkan matanya kepada ibunya.
Sesudah kereta siap diparkir, Musliha turun dari kereta. Dia lihat sekelilingnya, tiada kelibat tempat makan yang sesuai. Yang ada cuma butik-butik dan kedai-kedai yang tampak mewah namun tidak sesuai dengan tujuan kedatangan mereka.
“Mana ada gerai kat sini. Akak ni biar betul?”
“Gerai? Siapa kata akak nak bawa kamu semua makan dekat gerai? Kita breakfast kat dalam tu,” jarinya ditudung ke arah bangunan yang direka dengan corak Parsi dan bentuknya persis piramid di Mesir. Ditambah pula dengan arca seekor singa, bangunan itu tampak unggul.
Sunway Pyramid? Akak tahu tak makanan kat dalam tu mahal-mahal? Lagipun, ni bukan KL. Kata nak pergi KL,”
“Kita breakfast, lepas tu kita main ice-skate, then barulah kita gerak ke KL,” Musfira memberitahu rancangan yang sebenarnya kepada Musliha. Mereka semua berjalan seiringan menuju bangunan itu. Alif dan Amir sudah pun mula menunjukkan rasa teruja mereka apabila langkah mereka berdua makin luas.
Walaupun sudah lama tinggal di Subang, namun inilah kali pertama Musliha menjejak ke dalam bangunan itu. Hatinya sungguh gembira. Dia bersyukur ke hadrat Illahi ke atas kesenangan yang dia rasakan kini. Sebaik melangkah ke dalam restoran Ole-ole Bali, Musliha ternampak seorang lelaki yang dikenalinya. Lelaki itu memberi senyuman kepada Musliha. Musliha pula hairan dengan kehadiran lelaki itu, pandangannya masih kaku. Musliha memandang Musfira, cuba untuk mendapatkan jawapan. Musfira hanya tersenyum, menambahkan lagi kehairanan yang membelenggu Musliha. Lelaki itu mempersilakan mereka sekeluarga ke meja yang berdekatan. Musliha masih tercegat di situ sementara keluarganya telahpun mengambil tempat masing-masing.
Please,” sambil tangan lelaki itu dihalakan ke meja yang dimaksudkannya.
“Pagi-pagi lagi dah di sini?”
“Sampai tadi, terus ke sini. Tak salah kan? Tengok Alif dengan Amir dah senyum ke telinga pun. Duduklah, mari,”
“Ibu, ibu kata kak Fira nak belanja, takkan nak belanja dia sekali?” raut wajah Musliha masih dalam keadaan keliru.
“Eh, memandai je Mus ni. Ibu tak kata kak Fira yang nak belanja. Ibu kata, ada `orang’ nak belanja kita. Dia lah orangnya. Kenapa, Mus tak suka ke?”
“Bukan tak suka, tapi serba salah,”
“Alah Mus ni, kesian Yusuf, sanggup datang sini dari Johor tau. Apa yang nak diserba-salahkan?”
Belum sempat Musliha menjawab, Yusuf sudahpun menuju ke meja setelah membuat pesanan makanan di kaunter. Yusuf memberikan senyuman kepada Musliha sementara Musliha hanya mengangkat kedua-dua keningnya. Yusuf berbual mesra dengan Alif dan Amir. Dia tidak sempat mengenali pasangan kembar itu dengan lebih rapat selama ini kerana semasa keluarga Musliha berpindah dari Cheras dulu, Alif dan Amir baru berumur setahun. Mereka bersenda tawa bersama. Puan Husna juga sungguh senang dengan kehadiran Yusuf. Yusuf bijak mengambil hati keluarga Musliha. Tidak dapat dinafikan, Musliha sebenarnya senang dengan kehadiran Yusuf kerana setidak-tidaknya keluarga mereka lebih ceria daripada biasanya.
Hidangan sarapan yang terhidang di depan mereka sungguh menyelerakan. Nasi Lemak Bali sememangnya ada daya tarikan tersendiri. Mereka menikmati hidangan itu dengan penuh selera. Yusuf senang kerana dapat mengukir senyuman seluruh keluarga itu. Biasanya, Alif dan Amir tidak dapat menghabiskan sarapan sepenuhnya tetapi tidak pada hari ini. Mereka dapat menghabiskan sarapan hingga suapan terakhir. Selesai bersarapan, mereka berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah itu.
“Yusuf, banyaknya duit yang awak habiskan? Malam ni kan awak janji nak bawa kite dinner. Kite rasa, tak perlulah. Cukuplah dengan sarapan tadi ya,”
“Awak tak sudi ke?” Yusuf bertanya kepada Musliha sambil pandangannya lembut ke arah mata Musliha. Musliha terasa panahan mata itu hingga terpaksa dialihkan matanya.
“Bukan macam tu, Yusuf. Cuma kite tak tergamak nak makan duit awak lagi. Tadi tu kite kira sebagai janji awak lah. Awak tak perlu lah berhabis banyak sangat duit. Kite tahu, awak anak orang kaya, tapi harta segunung kalau dikikis, lama-lama habis juga,”
“Mus, pandang sini,” Musliha cuba untuk memandang mata Yusuf, namun pandangannya hanya sekejap-sekejap. Entah mengapa, perasaannya bersama dengan Yusuf hari ini berbeza daripada kebiasaannya.
“Satu sen pun kite tak guna duit parents kite. Apa yang kite guna tadi dan malam ni adalah hasil titik peluh kite sendiri selama bekerja dengan awak. Tolonglah, kalau awak sayangkan sahabat awak ni, sudilah makan malam dengan kite. Okay?” panahan mata Musliha menggetarkan perasaan Yusuf dengan dahsyatnya. Walaupun pandangan itu tidak tajam, namun jantungnya tetap berdentum laju. Tangannya disorok ke dalam saku seluar selama matanya asyik memanah mata Musliha. Digenggam tangan itu bagi menahan getaran di jiwa yang kian memuncak.
“Yusuf..Yusuf..susah kite nak bagi jawapan tau,” Musliha tertunduk sambil rambutnya disisip rapi ke sisi telinganya.
“Mus..Mus..apa yang susah? Ni belum lagi lamaran tau?”
“Apa?” Musliha mengerutkan dahinya.
“Tak..hmm..Jangan sampai kite bagi amaran,” Yusuf menyembunyikan apa yang sebenarnya terkeluar dari mulutnya sebentar tadi. Sabar, Alia, malam ini akan kau tahu apa yang selama ini aku sembunyikan dalam hatiku.
“Okay lah. Kite pergi. Tapi ingat, kali ni je. No more belanja lepas ni. Okay?” pandangan Musliha dilemparkan kepada gelanggang ice-skate di hadapannya. Gelagat Alif dan Amir yang gayat berjalan dia atas lantai licin itu sungguh menggelikan hatinya hingga membuatkan Musliha tersengih sendiri.
“Belanja tu tak lah, tapi nafkah tu wajib,” Yusuf berkata dalam nada yang sangat perlahan.
“Apa awak kata? Sorry, wasn’t focus to what you just said,” Musliha berkata sambil senyuman terukir di bibirnya.
Nothing. Kite cakap pasal adik-adik awak tu, lucu. Jom, kita main sama?” Yusuf cepat mengalih topik perbualan.
“Tak nak lah, nak pergi duduk dengan ibu kat sana. Awak pergi lah main,” bibirnya dimuncungkan ke arah ibunya yang sedang duduk berdekatan dengan tempat Alif dan Amir bergantung.
“Jom lah main sekali. Bila lagi kan?” Yusuf masih mengaharap. Dia tahu Musliha selalu kalah dengan rayuannya.
“Okay..okay..count me in” Yusuf tersenyum mendengar jawapan Musliha. Lantas Yusuf berlalu ke kaunter penyewaan but.
Senyuman tidak lekang dari bibir Musliha sepanjang bermain bersama adik-beradiknya serta Yusuf. Alif dan Amir yang pada mulanya gayat berjalan di atas lantai itu sudah boleh meluncur di tengah-tengah gelanggang hasil latihan Yusuf. Setelah itu, Musliha yang masih gayat dipandang dan didekatnya. Yusuf menghulurkan tangannya kepada Musliha. Musliha hanya memandang sepasang mata bersinar dimiliki Yusuf dengan pandangan yang sukar diertikan. Yusuf mengelip matanya tanda dia memberi keyakinan kepada Musliha. Lantas, tangan yang dihulur itu disambut Musliha, lembut. Berderau darah kedua-duanya saat mereka berpegangan tangan. Yusuf dan Musliha meluncur bersama sambil pegangan di tangan semakin erat. Sesekali rambut Musliha yang melayang melepaskan harumannya. Yusuf bahagia saat haruman rambut itu hinggap ke deria baunya. Tak akan ku lupakan haruman ini. Detik hatinya yang kian menggetar.
Puan Husna mengerti akan layanan yang diberikan Yusuf. Pandangan mata yang diberikan kepada anak gadisnya menyimpan segenap rahsia. Dia senang melihat keakraban Musliha dengan seorang sahabat yang terhebat. Sahabat yang mampu menyayangi Musliha dan memimpin Musliha hingga akhir hayat mereka berdua. Tambahan pula, keluarga Yusuf adalah sebuah keluarga yang baik dan pemurah. Puan Husna senang hati jika keluarga itu sudi bersatu dengan keluarganya. Namun, tahukah dia, ibu saudara Yusuf merupakan madunya? Apakah perasaannya di saat rahsia itu terbongkar? Masihkah ada restu pada hubungan Musliha dan Yusuf? Takdirlah yang menakluk segalanya.

No comments:

Post a Comment