Rossa - Takdir Cinta

Sunday, 12 June 2011

Bab 17


Kereta Mercedes hitam Datuk Yunus laju membelah jalanraya. Datin Fadzila dan Datuk Yunus asyik berbual sedari tadi namun Yusuf lebih selesa berdiam diri. Rancangan mereka untuk bermain golf pada hari ini ditukar oleh Datin Fadzila. Mereka menuju ke Seri Kembangan untuk aktiviti menunggang kuda. Kekecewaan yang menghimpit hati Yusuf membuatkan dia menyepi. Rancangan ibubapanya dituruti sahaja.
“Zim, kenapa Zim diam je?” sapa Datin Fadzila
“Tak ada apa nak cakap, mum. Lagipun, Zim focus ni,” Yusuf masih cuba berseloroh tangannya memegang stereng kereta dengan lebih kemas.
“Tak usah nak melawak, mummy pun pernah drive jugak tapi takdalah sampai membisu focusnya,”
“Sebab tu lampu depan tu dah dua kali pecah, kan?” sampuk Datuk Yunus. Yusuf tersenyum sendiri mendengarkan usikan bapanya. Seperti biasa, pantas sahaja tangan Datin Fadzila mencubit paha suaminya.
Sebaik tiba di Kelab Kuda Turf Club, Yusuf terpandang seorang lelaki yang dikenali sedang menunggang kuda. Datuk Yunus yang sedang bersalaman dengan seorang teman lamanya memanggil Yusuf.
“Zim, kenalkan, ni kawan lama daddy, Uncle Fuad.” Yusuf bersalaman dengan Encik Fuad sambil mengukir sebuah senyuman. “Uncle Fuad ni Zim, kawan sekelas daddy masa di MCKK dulu,”
Your son really looks like you,” ujar Encik Fuad.
Your daughter mana?” tanya Datin Fadzila yang sedari tadi hanya memerhatikan.
My daughter pergi outstation,”
Outstation? Dia kerja kat mana sekarang?”
“Alhamdulillah, Sime Darby. She works as a secretary.”
“Oh..dah besar dah..the last time kita jumpa, umurnya baru dua tahun kan?” Datuk Yunus menyambung.
Yes, right. This is the first time I meet your son.Tak silap I, masa kita berjumpa dulu, Hazim belum ada kan?”
Yes, you’re right. Kami dapat Hazim after five years of marriage.”
Oh, really? Means five years after kita jumpa dulu?” Datuk Yunus dan isteri menganggukkan kepala serentak. “By the way, I’m here with my son,my second daughter and my niece.
Niece?” Datin Fadzila cuba bertanya.
Yes, niece. I jaga dia sejak dia berumur empat tahun. Both my brother and sister meninggal last twelve years. So, I ambil dan jaga dia sampai sekarang.” Datuk Yunus, Datin Fadzila dan Yusuf hanya setia mendengar. Sedikit sebanyak, cerita Encik Fuad boleh melumpuhkan luka di hati Yusuf. “Mal, come here. Panggil Angah,” Encik Fuad memanggil anak saudaranya untuk dikenalkan kepada Datuk Yunus dan isteri. “Yunus, kenalkan, ni Amalina, my niece, this is my daughter, Diana, and this is the one and only son of mine, Syafik,” mereka semua bersalaman sesama sendiri.
Yusuf dan Syafik bersalaman sambil senyuman yang penuh dengan makna tersirat dilemparkan antara satu sama lain.
“Berjumpa lagi kita,” Syafik berbahasa basi.
“Hazim dengan Syafik dah kenal each other ke?” tanya Datin Fadzila.
“Kenal masa kami sama-sama berlawan bola hari tu,” Yusuf menjawab spontan. Syafik hanya diam sambil mengiyakan sahaja. Sebenarnya Yusuf tidak selesa jika ibunya mengetahui tentang perkenalan mereka. Dia tidak mahu nama Musliha disebut lagi kerana dia belum bersedia untuk menceritakan segalanya kepada Datin Fadzila.
“Baguslah kalau dah sama-sama kenal,” ujar Datin Fadzila.
Mereka semua berjalan bersama sambil beramah mesra kecuali kedua-dua teruna yang ada di situ. Kedua-duanya diam. Pada pandangan Encik Fuad, barangkali Hazim seorang yang pendiam juga seperti anaknya. Datin Fadzila asyik berbual dengan Diana yang pandai mengambil hatiya. Di matanya, Diana merupakan seorang gadis yang ramah dan bijak.
Yusuf sudah berlalu ke kandang kuda. Seperti biasa, Draco, kuda berwarna coklat yang selalu menjadi pilihan Yusuf dibelainya. Syafik pula memilih Markey, kuda putih yang ditempatkan bersebelahan dengan Draco. Yusuf tidak mengendahkan kehadiran Syafik yang sedang berada di sebelahnya kini. Lantas Draco dibawa keluar untuk ditunggang.
“Alia tu Musliha kan?” Syafik menyapa Yusuf dengan persoalan yang paling berat ditanggungnya sejak semalam. Yusuf hanya mendiamkan diri dan terus membuka langkah untuk ke gelanggang. “Diam itu tanda setuju, Yusuf.” Yusuf menarik nafas sedalamnya. Dia berpaling kepada Syafik untuk memberi jawapan.
“Angah, tolong Yana lepaskan Caramel, kakinya tersekat” Diana datang berlari-lari mendapatkan abangnya. Sebelum mereka ke kandang Caramel, senyuman manis sempat diberikan oleh Diana kepada Yusuf. Yusuf hanya menundukkan kepalanya sedikit, tanda menghormati. Yusuf terus berlalu ke gelanggang untuk meluangkan masa bersama kuda kesayangannya yang sudah lama tidak dia jumpa tanpa meninggalkan jawapan kepada soalan Syafik tadi.
Yusuf hanya melayani perasaannya sambil menunggang kuda. Sedikit pun dia tidak hiraukan kepada gelak ketawa yang meledak di antara ibubapanya dan bapa Syafik. Jauh di sudut hati, dia merindukan Alia Musliha. Jauh di sudut fikirannya pula, dia memikirkan jawapan bagi soalan keramat daripada Syafik tadi.
So, what’s the answer?” Syafik tiba dengan menunggang kudanya.
We’re friends. Nothing else I can say,
“Aku tahu tu. Apa yang aku tak tahu, betul ke Alia yang kau cintakan tu, adalah Musliha?”
“Ya, memang Alia yang aku maksudkan ialah Musliha tapi cuma aku yang ada perasaan tu pada dia. Hati dia cuma untuk kau. Kau sepatutnya rasa bertuah, bukan mensia-siakan. Kalau kau masih marahkan dia, bermaksud kau marah tanpa sebab.”
“Aku tak marah tapi aku kecewa. Dia sanggup menipu aku sebab kau,” mereka saling berbicara, namun, pandangan masing-masing tidak berlaga.
“Kau salah. Dia sanggup menipu kerana kau, hati kau. Hati yang paling dia sayang dan dia nak jaga. Dia tak nak kau kecewa kalau kau tahu dia keluar dengan aku.”
“Jadi kau dah tahu apa yang terjadi?”
“Aku tak tahu. Cuma aku faham. Semalam, dia sedih. Tersangat sedih sebab dah kecewakan kau. Sebagai sahabat, aku faham perasaan dia,”
Syafik tergelak kecil. Yusuf yang hairan menoleh ke arah Syafik.
Sorry. Aku kesian dengan nasib kau. Kau faham hati dan perasaan dia, tapi dia tak faham hati dan perasaan kau. Aku simpati. Aku faham apa perasaannya bila bertepuk sebelah tangan,” senyuman sinis dilemparkan kepada Yusuf. Sakit di hati Yusuf makin terasa-rasa.
Thanks for your sympathy and your sarcasm. Appreciate it. Cuma satu pesanan yang aku nak bagi. Jaga dan sayangilah hati dia sebaik mungkin kerana kau orang yang dia pilih,” lantas kudanya ditunggang laju ke arah hujung gelanggang yang luas itu. Syafik tersentuh dengan kata-kata Yusuf yang ditemani merah mata seorang lelaki. Tidak dia sangka, Yusuf terpukul dengan kata-kata sinisnya.
 Yusuf memulangkan Draco ke kandangnya semula. Diusap kuda itu bagai melepaskan rasa kecewanya lama matanya termenung sambil tangannya membelai Draco. Sebaik menapak keluar dari kandang, Diana sudah tercegat di depannya.
“Hai..sayang benar pada Draco ya,” senyuman manis diberikan lagi.
“Memang dah biasa dengan Draco. Sekolah lagi?” Yusuf sekadar berbahasa basi.
“Tak ada lah. Yana nampak macam budak sekolah ke?” Yusuf manganggukkan kepalanya. “Yana sekarang tengah ambil diploma di UiTM, Yana dengan Angah jarak setahun je”
“Oh..sounds good. Bidang apa?”
Accounts. Hazim study dekat mana? Sama umur dengan Angah ke?”
“UTM. Yup, we’re in the same age, hmm..saya minta diri dulu. Nice to talk with you,” Yusuf berlalu sambil senyuman nipis diberikan. Dia tiada mood untuk berbual lebih lama. Hatinya masih terusik dengan kata-kata sinis Syafik tadi. Namun, pada pandangan Diana, Hazim seperti malu-malu untuk berdepan lebih lama. Kekacakan dan keterampilan Yusuf Hazim cukup memikat hatinya. Malah lebih kacak jika dibandingkan dengan abangnya.



Musliha tahu, Hafizah tidak menyukai Syafik sejak dulu lagi. Isi kandungan e-mel yang dikirimkan Hafizah juga jelas menunjukkan bahawa Hafizah tidak menyetujui cara Musliha yang terlalu menjaga hati Syafik. Itulah bezanya di antara Hafizah dan Yusuf. Namun, kedua-duanya sentiasa mahukan yang terbaik buat Musliha.
“Hoi! Asyik termenung aje kau ni? Rindu Yusuf lah tu kan? Eh, dia dah tak nak kerja sini ke? Balik-balik muka kau jugak yang datang kerja,” Syila memetik-metik jarinya di depan muka Musliha.
“Kalau dah suka Yusuf tu, cakap jela,”
“Ewah, aku pulak yang kena?”
“Ya lah, mana taknya, asal aku datang kerja, Yusuf yang kau fikir,”
“Aku bukan apa, Mus. Tiap kali aku tengok kau, aku teringat Yusuf. Nampak sangat memang korang ni berjodoh,”
“Ya ya je kau. Sudahlah.”
“Kalau malu, bilang malu dong!” Musliha hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil bibirnya sedikit tersenyum.
“Dah lah, aku nak balik dulu. Jumpa lagi kalau aku datang kerja.”
“Tak usah nak mengada, minggu depan majlis harijadi Yusuf kan? Kat sana nanti lah kita jumpa,”
“Oh ya. aku lupa nak bagitahu kau. Aku cuti minggu depan sebab aku balik kampung, pak cik aku sakit. So nanti minggu depan, bolehlah kau lepas rindu kat Yusuf ya?”
“Lepas rindu kau kat dia? Berat tanggungjawab yang kau bagi tu, Mus. Aku tak daya,” berderai tawa Musliha. Syila memang pandai menepis soalan. Reka gosip nombor satu, tapi tepis gosip pun handal juga. Syila..Syila..
Sedang Musliha menunggu di perhentian bas berseberangan dengan Hotel Seri Kayangan, dia terlihat Datuk Yunus yang berseorangan di Starbucks Coffee, tidak jauh dari tempat menunggu bas itu. Kakinya cepat sahaja membuka langkah menuju ke arah Datuk Yunus.
“Assalamualaikum, uncle,” sapanya lembut.
“Waalaikumsalam,” Datuk Yunus menjawab salam anak gadis itu dengan sedikit resah di hati.
Uncle buat apa sorang-sorang kat sini? Auntie mana?”
Uncle ada appointment dengan kawan tadi. Dia dah balik, uncle cuma nak habiskan kopi ni sambil ambil angin sikit. Auntie ada di rumah, maklumlah, anak terunanya dah balik kan? Mana lah nak teman uncle lagi,”
“Yusuf ada di rumah lagi? Katanya nak balik ke Johor semalam,”
“Memang dia nak balik semalam, tapi uncle mintak dia tinggal sehari lagi. Pagi tadi kami keluar bersama ke Seri Kembangan. Dalam perjalanan balik ke rumah tadi, uncle minta Yusuf drop uncle kat sini. Mus nak ke mana ni?”
“Rumah Mak Su,” jawab Musliha, ringkas.
“Haiza duduk di rumah tu lagi ke?”
“Ya, Mak Su tak pernah pindah pun. Rumah tu pun dah dibelinya. Nanti uncle balik ke rumah dengan siapa? Yusuf datang ambil?”
“Haah, nanti uncle minta Yusuf ambil uncle balik. Mus?”
“Mus tunggu Ayah Su datang ambil di bus stop tu,” sebaik jarinya dituding ke arah tempat menunggu bas tersebut, kereta Honda City berwarna putih milik Dr. Azmi sudahpun berada di situ. “Uncle, Mus minta diri dulu ya. Ayah Su dah sampai lah. Uncle tolong kirimkan salam Mus untuk Auntie ya,”
“Baik..baik..jalan elok-elok, Mus.” Musliha menganggukkan kepalanya sebelum berlalu ke perhentian bas tadi. Sebelum keluar dari kafe itu, Musliha sempat menoleh ke kanannya kerana dia seakan ternampak kelibat seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Kosong. Musliha hanya meneruskan langkahnya tanpa menunggu lebih lama lagi.
“Siapa tu, Mus?” Dr. Azmi bertanya sebaik Musliha melabuhkan punggungnya ke dalam kereta.
“Datuk Yunus, yang duduk di Vila Nuzila tu,” Dr. Azmi hanya mengangguk sahaja. Dia kenal siapa Datuk Yunus, seorang kaya yang baik hati dan tidak mungkin mempunyai niat buruk terhadap anak saudaranya.
Nama Yusuf bermain di fikiran Musliha. Dia jadi penasaran mengapa Yusuf tidak menghubunginya seperti sediakala. Biasanya, Yusuf pasti memberitahu Musliha kiranya dia mengubah rancangan perjalanannya. Bukanlah Musliha ingin mengawal pergerakan Yusuf, namun apabila perkara yang sudah menjadi kebiasaan tidak dilakukan, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Padahal, reaksi Yusuf pada malam itu seolah-olah tiada perasaan amarah yang bersisa di hatinya. Musliha bingung.



Encik Musa mengurut dadanya perlahan. Debarannya reda sebaik sempat menyembunyikan diri daripada penglihatan Musliha. Perasaan rindu tiba-tiba datang menggamit naluri seorang bapa. Dia rindu akan isterinya yang begitu taat sepanjang perkahwinan mereka, kedua-dua anak gadisnya yang bijak pandai dan anak kembar lelakinya yang sungguh mencuit hati. Namun semuanya hanya kenangan. Tidak mungkin keluarganya dapat menerima dirinya yang terlalu banyak menanggung dosa akibat perbuatannya selama ini.
“Nasib baik kau datang lambat, Musa. Anak kau, Mus, datang tegur aku tadi,”
“Aku nampak,” nada suaranya sebak. Inilah kali pertama dia melihat anaknya yang sudah dua tahun ditinggalkan tanpa berita.
“Bersabarlah, Musa. Aku faham perasaan kau sebagai bapa. Tentunya kau rindukan anak-anak kau,”
“Yusuf dengan Musliha masih rapat macam dulu?”
“Aku rasa tak rapat sangat dah. Sebab tadi bila aku bercakap dengan Musliha, dia tak tahu pun yang Yusuf ada di KL lagi. Biasanya, Musliha tahu semua benda yang kami berdua tahu tentang Yusuf. Aku rasa kau dah boleh tarik nafas lega dengan apa yang aku cakap ni. Satu hal lagi, minggu depan, kami nak buat majlis harijadi Yusuf, Musliha tak dapat datang. Katanya, ada hal. Jadi, memang jelaslah yang Musliha dengan Yusuf sekarang ni dah tak rapat mana,”
“Baguslah. Memang aku rasa lega,”

2 comments:

  1. berlagak nye Syafik! nyamoah tol..adk gedix,abg bongkak,mmg kene la tue!

    ReplyDelete