Rossa - Takdir Cinta

Wednesday, 15 June 2011

Bab 19


Selesai berurusan di kaunter, Musliha tercari-cari Syafik. Tangannya cepat mencari-cari telefon bimbitnya di dalam saku seluar. Rasa hampa datang menyelinap segenap hatinya sekali lagi. Sakunya kosong, tiada lagi telefon bimbit kesayangannya itu. Telefon bimbit itu telah banyak menyimpan kenangan dalam hidup Musliha. Bicara terakhirnya bersama Umi juga datangnya dari telefon bimbit itu. Tiada lagi kenangan itu dalam genggamannya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Realiti kehidupan tetap perlu dilayari mengikut haluannya.
“Ke mana lah perginya Fik ni? Dahlah susah nak contact, aduh!” Musliha mengomel sendiri.
“Mus!” Syafik datang menegurnya dari belakang.
“Fik! Terperanjat Mus.” Syafik tertawa melihat muka Musliha yang sangat terperanjat dengan kejutannya tadi. “Fik pergi mana?”
“Fik duduk di bangku tu je. Mus yang melilau ke lain,” Musliha mencebik mendengarkan jawapan Syafik. “Mus, Fik lapar lah, jom makan dulu, lepas makan, kita terus balik. Okay?” Musliha mengangguk.
Mereka memilih restoran makanan segera hidangan Indiana, Popeye’s. Musliha senang sekali dengan layanan yang diberikan Syafik kepadanya. Ternyata, Syafik ikhlas untuk berbaik dengannya. Di fikiran Musliha, mungkin inilah masanya untuk melupakan kisah lalu dan memulakan buku baru bersama Syafik. Namun, apakah dia memungkiri janji-janjinya dengan sahabat-sahabatnya yang tidak mahu dia berbaik dengan Syafik lagi? Sahabat! Musliha teringat bahawa dia belum menghubungi Yusuf untuk memberitahu tentang kehilangan telefon bimbitnya. Pastinya Yusuf sedang cuba untuk menghubunginya di saat ini kerana biasanya, inilah waktu mereka `bergayut’ di telefon atau chatting di alam maya.
“Fik, Mus nak ke wash room sekejap,ya” Syafik menganggukkan kepalanya.
Di luar kawasan tandas itu, terdapat beberapa telefon awam yang tersedia. Lantas jari-jemari Musliha menekan nombor telefon Yusuf untuk dihubunginya. Lama. Musliha masih menanti dalam keresahan.
“Helo,” suara Yusuf akhirnya kedengaran.
“Yusuf, kite ni, Mus,”
“Hah Mus! Awak ke mana? Kenapa kite call awak berkali-kali asyik engaged je? Kite risau tau tak?”
“Kite dekat Serdang ni. Handphone kite kena curi. Yusuf, kite nak cepat ni, nanti kalau ada masa, kite contact awak guna y.m ya. Bye!” talian dimatikan segera. Dia tidak mahu bercakap panjang dengan Yusuf kerana pastinya Yusuf akan bertanya, dengan siapa dia ke Serdang sedangkan dia tidak boleh begitu lama berbual kerana Syafik pasti dapat mengesyaki sesuatu. Musliha masak benar dengan sikap Syafik yang sangat mudah curiga akan sesuatu.
“Nah, ni Mus punya,” Syafik menghulurkan makanan yang dipesan Musliha sebaik Musliha tiba di meja.
Thanks,”
“Mus, macam mana handphone boleh kena curi?”
“Tadi, Mus tertinggal di kafe kolej masa Mus pergi beli air. Mus tertinggal di kaunter bayar tapi bila Mus pergi tanya makcik tu balik, katanya dah ada budak lelaki yang ambil, katanya tolong ambilkan untuk kawan. Makcik tu bagi jela kat dia. Masalahnya, ciri-ciri yang makcik tu bagitau Mus tadi, Mus tak boleh cam. Mus tak rasa Mus kenal orang macam tu di kolej. Senang cerita, Mus memang tak kenal mana-mana budak lelaki pun di kolej tu. Sah lah kena curi kan?”
“Ni yang Fik suka ni,”
“Suka? Kenapa? Oh, Fik suka lah kalau Mus dah tak ada handphone? Mus sayang handphone tu tau, banyak kenangan Mus dalam tu. Terutamanya kenangan arwah Umi,”
“Tak lah Mus. Fik suka bila Mus cakap, Mus tak kenal mana-mana lelaki kat kolej tu,”
“Eleh, kalau Mus kenal pun, bukan ada effect pun,” Musliha mencemekkan mukanya.
“Isy, siapa kata? Kalau Fik boleh jadi gila bayang kerana Mus, apatah lagi lelaki lain,”
“Mus ni bukannya cantik mana pun Fik. Fik tu yang tak ada taste,”
“Mus cantiklah. Mus tak ingat ke, Fik ni kan terkenal dengan sikap high taste masa kat sekolah dulu. Sebab high taste  lah Fik pilih Mus. Ramai budak-budak lelaki yang berputih mata tengok Mus dengan Fik tau,”
“Ya..ya je Fik ni. Tu dulu, sekarang tak lagi.” Musliha tidak selesa dipuji sebegitu sekali.
“Memang sekarang tak secantik dulu sebab Mus yang sekarang ni lebih cantik daripada Mus yang dulu tau. Masa first time Fik nampak Mus di kuliah dulu, rasa macam nak tercabut jantung Fik ni,”
“Dah lah Fik, Mus tak selesa lah dengan pujian Fik tu. Melambung sangat,”
“Okay..lepas ni, Fik puji dalam hati je,” Musliha hanya tersenyum mendengar kata-kata Syafik yang padanya sungguh mengharukan kerana sekurang-kurangnya dirinya masih ingin dipuji lelaki itu. “So, sementara ni, Mus nak berhubung dengan ibu macam mana?”
“Itu yang Mus tengah fikir. Mus ada simpan duit sikit-sikit. Bolehlah kalau Mus guna buat beli handphone murah kot,”
“Tak payah beli lagi. Mus pakai handphone Fik dulu,” Syafik menghulurkan telefon bimbitnya kepada Musliha.
“Habis tu, Fik?”
“Tak apa, Fik ada yang satu lagi di bilik. Lagipun, Fik bukan pakai sangat handphone ni. Fik lagi suka pakai yang satu lagi tu. Mus nak ambil terus pun tak apa,”
“Mus pinjam dulu lah ya. Nanti bila Mus dah beli yang baru, Mus pulangkan balik,” telefon bimbit yang dihulur Syafik tadi telah pun berada di dalam pegangan Musliha.
“Tak payah lah beli yang lain, guna je yang ni.”
“Tak nak lah. Mus nak handphone baru,” Musliha cuba berseloroh.
“Amboi, orang bagi free tak nak. It’s okay. You may use this sampai bila-bila pun. Asalkan, Fik boleh contact Mus.”
Thanks Fik,”
“Tak ada hal lah,” mereka berbalas senyuman sambil makanan di depan mata disantap. Syafik berasa sungguh gembira pada hari ini. Tidak disangka, saat-saat gembira yang pernah dikongsi bersama Musliha kini kembali. Syafik tekad, dia tidak akan mensia-siakan peluang kedua ini. Hikmah di sebalik kecurian telefon bimbit Musliha ialah peluang baginya untuk memenangi hati Musliha sekali lagi. Mungkin takdir telah menentukan pertemuan mereka di universiti impian mereka, dan mungkin takdir juga menentukan penyatuan hati mereka berdua.



Sofea memandang Yusuf dengan perasaan tertanya-tanya. Raut wajah Yusuf yang kelihatan makin runsing itu membuatkan dia kelu untuk bertanya. Yusuf sedar pandangan Sofea masih tertumpu kepadanya namun, dia tidak mengendahkan pandangan mata itu kerana apa yang ada di fikirannya kini hanya keselamatan Musliha. Suara Musliha yang agak termengah-mengah tadi membimbangkan Yusuf.
“Kenapa Yusuf?” Sofea tetap cuba bertanya walaupun reaksi Yusuf seperti tidak mahu menerima apa-apa soalan.
“Mus,”
“Kenapa dengan dia?” soalannya diajukan dalam tenang.
“Entahlah Fea. Cara dia cakap macam nak cepat tapi saya risau sebab manalah tahu kalau ada apa-apa terjadi kat dia,”
“Tak ada apa-apa kot, Yusuf. Mungkin dia ada hal penting?” Sofea masih memandang Yusuf yang pada ketika itu menghela nafas panjang.
“Yang menambahkan rasa bimbang saya ni, nombor yang dia gunakan tadi, bukan nombor telefon biasa. It’s a private number.” Raut wajah Yusuf jelas menampakkan kerisauan yang melanda dirinya.
Sofea hanya berdiam. Dia tidak mahu menganggu emosi Yusuf pada ketika ini. Sedikit sebanyak, Sofea turut merasa bimbang akan keselamatan sahabat Yusuf itu. Pelbagai perkara buruk sedang menerawang di benaknya.
“Fea, saya minta diri dulu. Dah lewat petang ni, saya nak balik dulu,” Sofea hanya mengangguk. Dia memerhatikan Yusuf dari belakang yang sudahpun beredar dari bangku itu. Sejurus bayang Yusuf tidak lagi kelihatan, pandangannya dilemparkan ke tasik hijau di hadapannya. Air mata halus mengalir lembut di pipinya. Hatinya sebak akan pemergian Yusuf. Dia merasakan pemergian Yusuf itu bukan pemergian biasa namun langkah itu seakan langkah Yusuf yang pergi meninggalkan hatinya. Hati yang senantiasa menantikan lelaki itu.


Sayuran segar yang dijual di pasar pagi itu cukup mempesonakan mata-mata para pembeli. Sedang Puan Haiza asyik memilih sayuran mentah untuk dimasak bagi juadah malam ini, sepasang matanya tertancap ke arah seorang wanita berbaju kurung yang cukup dikenalinya.
“Assalamualaikum,” Puan Haiza menyapa sambil tangannya menepuk lembut di bahu wanita itu.
“Waalaikumsalam, siapa ni ya? Macam pernah kenal,” sepuluh jari mereka bertaut.
“Saya Haiza, adik Husna. Ni Datin Fadzila kan?”
“Ya, saya Fadzila. Husna? Datin Husna Razali?”
“Eh, tak. Maksud saya, Husna yang berpindah ke Subang Jaya tu. Anaknya, Musliha kawan rapat dengan anak Datin, Yusuf,”
“Oh, Kak Husna! Ya, ya saya ingat. Ni Haiza yang duduk di sebelah rumah Kak Husna kan?” Datin Fadzila sudah mula mengecam wanita yang menegurnya itu. Puan Haiza sekadar mengangguk. Walaupun rumah mereka tidak terlalu jauh antara satu sama lain, namun kesibukan menghalang mereka daripada bertemu mata. “Macam mana sekarang?”
“Alhamdulillah, semuanya okay. Datin?”
“Alhamdulillah. Tapi biasalah, kalau dah namanya hidup, kerja memang tak akan habis. Bak kata pepatah P. Ramlee, selagi hidup, kerja,kerja,kerja,” mereka sama-sama tertawa.
“Datin yang kuat sangat kerja. Pekerja kan ramai, bagi jela kerja-kerja tu semua kat diorang.”
“Pekerja ni Haiza, tak boleh diharap sangat. Kalau majikan ada barulah jalan kerjanya. Tapi kalau majikan tak ada, kerja jalan juga tapi banyak kali tekan brek,” sekali lagi mereka tertawa bersama.
“Datin ni pandai buat lawak lah. Yusuf tu mengikut ibunya lah ya?”
“Yusuf? Haiza pernah bercakap dengan dia ke?”
“Mana pulak tak pernahnya Datin, dia kan kerja dengan saya di hotel,”
“Oh, ya. Lupa pulak. Saya pun tak pasti apa yang menyebabkan hati Yusuf tergerak untuk kerja di hotel tu,”
“Agaknya sebab dia nak bekerja sama-sama dengan Musliha kot,” Puan Haiza cuba mengagak.
“Musliha? Musliha kerja di hotel tu jugak ke?”
“Haah. Saya yang tawarkan. Kemudian, dia recommend Yusuf untuk bekerja di hotel tu jugak. Kebetulan, hotel memang memerlukan pekerja, jadi saya pun terima lah,”
“Oh. Bukankah rumah Musliha jauh dari sini, macam mana dia pergi balik?”
“Sepanjang dia bekerja di hotel, dia tinggal di rumah saya. Lagipun, Musliha tu saya dah anggap macam anak sendiri dah, Datin. Sekarang ni pun, selalu jugak dia tinggal di rumah saya, sebab hujung minggu, Musliha masih bekerja di hotel tu. Kalau boleh, saya ni tak nak lah Musliha bekerja dalam tempoh belajar sebab takut jugak terganggu pelajarannya nanti. Tapi budak tu kan gigih, dia nak jugak kumpul duit sendiri untuk perbelanjaan dia sendiri di universiti.”
“Kesian dia adik-beradik ya. Tapi walau apa pun, saya cukup kagum dengan ketabahan Kak Husna. Walaupun suami dah tinggalkan dia sekeluarga, dia masih tabah meneruskan kehidupan macam biasa,”
“Mana Datin tahu Abang Musa dah tinggalkan mereka?” Puan Haiza musykil. Setahunya, kakaknya tidak pernah berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Apatah lagi, Datin Fadzila yang  tidaklah serapat mana dengan Puan Husna. Yang berkawan rapat itu adalah Encik Musa dengan Datuk Yunus. Itu pun, mengikut kata-kata Puan Husna, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak peninggalan Encik Musa.
“Oh, Yusuf selalu juga bercerita dengan saya tentang perkembangan keluarga Musliha. Tapi entah, dia tak cerita pulak tentang Musliha bekerja di hotel tu,” cepat-cepat Datin Fadzila menyembunyikan perkara sebenar. Hampir pecah temberangnya tadi.
Perbualan mereka berterusan selama 10 minit sebelum Datin Fadzila meminta diri atas urusan kerja. Sebaik Datin Fadzila beredar, Puan Haiza meneruskan pembeliannya bagi persiapan makan malam bersama kakaknya sekeluarga malam ini. Biarpun Musliha tidak dapat bersama mereka, namun majlis mereka tetap diteruskan juga kerana tujuan utamanya adalah untuk menceriakan kakak kesayangannya dan meluangkan sedikit masa besama anak saudara kembarnya yang sentiasa dirindui.


Musliha teruja untuk ke kelas hari ini. Teruja kerana hatinya kini berbunga tatkala bertemu mata dengan Syafik. Sehinggakan Nurul yang rapat dengannya di kuliah sudah mula merajuk hati dengan sikapnya. Bercintakah dia dengan Syafik sehingga hati rakannya tidak terjaga? Persoalan ini kerap mengunjung fikirannya namun dia tetap tidak ambil pusing pada soalan itu kerana kini, masanya hanya untuk Syafik.
Kenapa aku masih ego dengan perasaanku sendiri sedangkan ianya jelas di mataku? Kenapa harusku membiarkan rajuk Nurul tidak terpujuk? Sedangkan Nurul juga seorang kawan baik yang telah banyak membantuku. Begitu juga dengan Yusuf dan Hafizah. Aku lalai akan sahabat-sahabatku di saat cinta datang menjalar di segenap hatiku.
“Hai cik adik,” lantas Musliha menoleh ke arah suara itu.
“Eh, Fik buat apa kat sini? Kenapa tunggu bas pulak? Kereta mana?”
“Mus, boleh tak Mus jangan pakai terjah je?”
“Terjah? Maksud Fik?”
“Ya lah. Mana ada Fik kata Fik nak tunggu bas,”
“Habis tu kalau dah menunggu di bus stop ni, apa lagi?”
“Kereta Fik ada kat situ je,” jarinya dituding ke arah dataran kecil di hadapan perhentian bas tersebut.
“Kenapa parking kat situ?”
“Nak ambil buah hati Fik ni lah,” jari kasarnya pantas mencuit dagu Musliha.
“Isy, janganlah. Nanti orang tengok, diorang kata apa pulak,”
“Okay, sebelum Fik buat banyak lagi benda-benda tak senonoh, jom ikut Fik pergi kelas dan sekaligus, you have to go to class with me from now onwards. Okay?”
“Okay, Mus setuju tapi Mus tak nak Fik terlalu berharap pada Mus tau,” mereka sudah berjalan seiringan ke kereta Wira lusuh itu.
“Mus, Fik musykil lah. Kenapa Mus masih tak boleh terima cinta Fik? Eventhough I can see the same feeling inside you for me?” Syafik bertanya sebaik mereka sama-sama melabuhkan punggung ke dalam kereta. Musliha terdiam. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan tentang janji-panjinya kepada sahabat-sahabatnya dahulu.
“Entahlah Fik. Mungkin sebab Mus dapat rasa Fik belum dapat terima Yusuf sebagai sahabat Mus,”
“Haih..balik-balik Yusuf yang jadi penyebab. Perlu ke bagi Fik untuk terima dia? Kalau kita kahwin sekali pun, bukannya Fik kena kahwin dengan dia. Hilang tabiat ke apa?”
“Kalau katakanlah kita ada jodoh, memang lah Fik kena terima Mus seadanya sekaligus dengan sahabat Mus. Bukan setakat keluarga Mus je,”
“Okay, Mus. Untuk Mus, Fik akan pertimbangkan hal tu. Dah jom..cepat..nanti lambat pulak ke kelas,” mereka sama-sama menapak keluar dari kereta dan mengatur langkah ke kuliah. Musliha melangkah laju ke arah Nurul. Mujurlah Nurul masih bisa tersenyum kepada Musliha meskipun kebelakangan ini hatinya terusik dengan cara Musliha yang sudah tidak memberi perhatian seperti dulu. Jauh di sudut hati Nurul, dia lebih suka kiranya Musliha bersama dengan Yusuf yang sememangnya lebih kacak berbanding Syafik.

2 comments:

  1. thank y'alls!! tak suka Fik? tapi nak buat macam mana..Mus suka..hoho

    ReplyDelete