Rossa - Takdir Cinta

Friday, 3 June 2011

Bab 6


Jari Musliha ligat menekan punat-punat telefon bimbitnya setelah talian tadi tidak sempat dijawabnya. `Ibu’ tertera di skrin telefon bimbitnya. Lantas dia membuat panggilan balas.
“Assalamualaikum, bu. Sorry tadi Mus tengah mandi. Ibu sihat?”
“Waalaikumsalam, Alhamdulillah ibu sihat. Ibu ingat, anak ibu ni tidur lagi. Hari ni kerja?”
“Kerja. Arif dengan Amir macam mana? Cukup ke duit belanja?”
“Cukup..cukup..jangan risau. Mus tak usah lah hulur banyak sangat. Mus kena ingat, nanti Mus pun perlu duit belanja juga nanti. Ibu takda duit lebih untuk tolong Mus sambung belajar,” suara Puan Husna tenang.
“Ibu jangan risau lah bu. Mus ada simpan untuk masuk universiti nanti. Mus dah bahagikan. Belanja Mus kat sini pun cukup,”
“Mus selalu buat overtime ke?” Puan Husna dapat menjangka kesungguhan Musliha. Kalau tidak, masakan dia mampu menampung perbelanjaan dirinya sendiri dan adik-adiknya yang bersekolah.
“Tak..Mus tak buat overtime tapi Mus kerja hari-hari. Tak ambil offday. Mus tak perlu offday pun. Lebih baik Mus kerja daripada cuti, tak buat apa-apa. Ibu nak cakap dengan Mak Su tak?” Musliha ternampak ibu saudaranya yang sudah berdiri di pintu biliknya, tersenyum.
“Boleh juga. Tak ganggu dia ke?”
“Takdalah. Jap ye bu,” Musliha menghulur telefon bimbitnya kepada Puan Haiza. Dia langsung menyisir rambutnya yang masih basah itu. Dikemasnya bilik tidur itu dan tidak menghiraukan perbualan adik-beradik itu. Baik sungguh Puan Haiza dan suami terhadapnya. Pasangan suami isteri itu tidak dikurniakan anak. Hal ini menyebabkan Puan Haiza menawarkan rumahnya untuk ditumpang Musliha sementara menunggu keputusan SPM. Kebetulan Hotel Seri Kayangan, hotel bertaraf lima bintang tempat Puan Haiza suami isteri bekerja terdapat beberapa kekosongan yang sesuai bagi lepasan SPM. Setibanya Musliha di kawasan perumahan itu, dia teringat akan zaman kanak-kanaknya. Di situlah tempat Musliha mengenali Umi dan Daniel. Rumah bersebelahan dengan rumah kediaman Puan Haiza menggamit seribu kenangan kerana rumah itulah yang pernah didiami Musliha sekeluarga. Atas sebab pekerjaan Encik Musa yang memerlukan mereka sekeluarga berpindah, mereka terpaksa meninggalkan rumah sewaan itu.
Tiada lagi kesunyian datang menjenguk Musliha. Dia kini dapat menerima takdir sepenuh-penuhnya. Yusuf yang sentiasa menceriakan hari-harinya juga banyak membantu bagi menghilangkan rasa rindu Musliha kepada arwah sahabat-sahabat mereka yang telah pergi menyahut seruan Illahi.


Orang pertama yang dihubungi Yusuf sebaik kertas peperiksaan SPM yang terakhir berakhir tentunya adalah Alia Musliha. Entah mengapa, Musliha seakan ada di dalam benak fikirannya pada setiap saat yang dilaluinya sehari-hari.
“Assalamualaikum, cik Alia Musliha. Saya, Muhd Yusuf Hazim ingin mengucapkan selamat hari terakhir bersekolah!” tawa halus Musliha kedengaran di dalam talian.
“Terima kasih banyak-banyak. So, nak buat apa kat rumah nanti?” suara Musliha sungguh ceria dan suara itulah yang membuat hati Yusuf lega tatkala mendengarkannya. Tidak lagi diselubungi kesedihan.
“Kalau boleh kite nak cari kerja. Awak?”
“Kite memang nak kerja. Tapi dah tak payah susah-susah nak cari dah sebab Mak Su kite dah bagi offer. Yang bestnya sebab Mak Su kite kan duduk kat sana. So, bolehlah kite jumpa dengan Fiza selalu. Cuma yang tak bestnya sebab kite akan selalu berjauhan dari ibu. Awak rasa macam mana?” Musliha menanti suara Yusuf namun hanya sunyi kedengaran.
“Yusuf Hazim, awak dengar tak?” Musliha masih menanti sahutan.
“Hmm..dengar..” jawab Yusuf, hambar.
“Kenapa ni? Macam ada yang tak kena je. Awak tak suka ke kite kerja kat area Cheras tu?”
“Awak happy tak?”
Of course. Kite rindu nak lepak-lepak dengan Fiza tau,” suara Musliha masih ceria.
“Oh, Fiza je la kan?”
Tawa Musliha meledak di dalam talian. Sementara Yusuf masih diam seolah-olah beriak rajuk.
“Itu ke sebabnya yang buat mood awak hilang tak semena-mena ni?” suara Musliha masih dengan tawa yang berbaki.
“Okay lah. Kite rindu nak melepak dengan awak juga. Janganlah macam ni. Tak macho lah kalau merajuk macam ni. Sorry ya,” Musliha cuba menghilangkan rajuk Yusuf.
“Mana ada merajuk. Cuma terkilan lah, rumah Mak Su awak tu lagi dekat dengan rumah kite. Tapi yang terlintas di fikiran awak tu cuma Fiza. Kite ni beriya-iya je call awak bila habis exam. Awak first person yang kite call tau hari ni,” Yusuf berkata dengan sikap yang penuh keanak-anakan. Musliha tersenyum sendiri mendengarkan telatah pertuturan Yusuf.
“Bukan apa, kite memang boleh jumpa awak juga tapi tak bolehlah sekerap jumpa Fiza sebab awak tu lelaki. Kita kan dah besar Encik Yusuf, mana boleh rapat sangat. Nanti jatuh lah maruah Mak Su kite yang akan jaga kite kat sana nanti,”
“Laa..apa pulak? Nanti, kita lepak bertiga lah. Takdalah orang nak mengata. Kenapa, awak ada hati nak lepak berdua dengan kite ya?” Yusuf cuba memancing hati sahabatnya.
“Eh, nanti awak tolong bagitahu Fiza ya tentang ni. Tentu dia gembira,” Musliha menukar topik perbualan dan membiarkan soalan Yusuf begitu sahaja kerana dia sendiri tiada jawapan yang sesuai untuk soalan itu.
“Tak. Dia tak gembira tapi dia akan rasa lebih sedih,”
“Kenapa? Awak ni saja nak buat kite sedih kan?”
“Tak lah. Kite nak bagitahu benda penting tentang Fiza. Fiza yang suruh kita bagitahu awak sebab dia tak sampai hati,” Yusuf bernada serius. Musliha tidak bersuara dan terus menantikan berita penting itu. “Ayah Fiza nak bawa Fiza ke New Zealand,”
“Wow, bestnya! Dia pergi bercuti ke? Lama ke?”
“Bukan bercuti cik adik, tapi jadi akauntan untuk pejabat ayah dia kat sana. Uncle nak bawa dia berjinak-jinak dengan dunia bisnes agaknya. Mungkin juga sambung study kat sana,”
Serius?”
“Yup. Jangan lah sedih nanti hujung minggu ni, kita lepak sama-sama dengan Fiza ya,” Yusuf cuba memujuk, lembut.
“Okay. Kita bual lagi lain kali ye. Kite ada kerja sikit nak disudahkan. Bye
Bye
Musliha sedikit kecewa dengan berita tadi. Dia benar-benar berharap untuk dapat meluangkan lebih masa bersama sahabat-sahabatnya.
Yusuf termenung sendirian memikirkan perasaan Musliha terhadap berita yang disampaikannya tadi. Dia tidak ingin membuat Musliha berasa sedih. Apa yang Yusuf ingin cuma untuk menghiburkan hati gadis itu. Sejak awal remaja lagi, utusan Musliha lah yang senantiasa dinantinya. Alia Musliha...namamu sentiasa meniti di benakku. Yusuf tersenyum sendirian di jendela kamar terunanya.


Jus tembikai yang dipesan Yusuf sampai ke meja mereka. Seperti biasa, menu pilihan Yusuf ialah Mihun Kari. Itulah makanan ghalib Yusuf jika dibawa ke mana-mana kedai makan sekali pun. Sementara menu Musliha pula sentiasa bertukar mengikut seleranya namun air minuman pilihan mereka berdua sama iaitu jus tembikai. Mereka menggemarinya sejak di zaman kanak-kanak lagi.
“Awak tak nak balik rumah ibu awak ke hujung minggu ni?”
“Kehendak tu ada, cuma masa tak mengizinkan,”
“Masa tak pernah ada keizinan sendiri. Yang penting..” Yusuf menghirup minumannya sebelum menyambung ayatnya.
“Pada hati” mereka menyambung ayat Yusuf serentak. Musliha sudah dapat mengagak kesudahan ayat Yusuf itu kerana ayat itu sudah selalu dibacanya dalam utusan Yusuf terdahulu dan kerap juga didengarinya melalui talian.
“Tahu pun,” Yusuf memberi senyuman kepada Musliha. “Baliklah, masuk minggu ni, dah tiga minggu awak tak balik rumah. Tak kesian ke pada ibu awak tu? Kerja tu kerja juga, Mus. Tapi ingatlah orang tersayang,”
“Takda orang nak ganti kite lah. Lagipun Mak Su sendiri pun ada bagitahu ibu. Ibu faham keadaan kite. Mak Su pun satu, hari tu ada dua orang perempuan datang hantar resume untuk jadi receptionist tapi Mak Su tak nak ambil mereka bekerja. Kite pun tak faham kenapa,”
“Ada lah sebabnya kot. Kite ni mentah lagi mana tahu apa-apa. Mak Su awak yang dah jadi manager selama lima tahun, tentu dia lebih tahu. So, awak confirm tak baliklah minggu ni?”
Just consider that it is under confirmation,
“Kalau macam tu, kite pun tak cuti lah ahad ni. Nanti kesian pula kat Syamil dengan Hafiz kena angkat beg tetamu berdua je. Hari Ahad biasanya ramai orang. Orang-orang kaya pula tu. Beg kecil pun nak suruh kami yang bawakan,” Yusuf mencebik sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.
“Jangan asyik nak mengata je. Awak tu pun apa kurangnya, anak Datuk juga. Uncle tak kisah ke awak kerja angkat beg orang lah, tolong parking kereta lah. Awak kan satu-satunya anak dia,”
Come on. My dad don’t even borther. Asalkan kite buat benda yang berfaedah, timba pengalaman, then it is fine with him
“Kadang-kadang kite terfikir, macam mana kalau arwah Daniel dan Umi masih ada? Tentu dia bekerja tempat yang sama dengan kita kan?”
“Alia..” belum sempat Yusuf meneruskan kata-katanya, Musliha mencelah.
“Hey! Kite dah cakap banyak kali kan? Jangan panggil kite Alia,” raut Musliha tegas.
“Habis tu, bila nama tu nak digunakan?”
That is only for special person.” Musliha berkata sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
“Eleh..tak kira, kite nak panggil awak Alia juga. Tapi kenapa Syafik tak panggil awak Alia pun?”
“Cukuplah. Awak ni, kite tak suka lah kalau awak ungkit pasal tu lagi. Dah la, kite nak ciao dulu. Dah nak pukul dua dah ni. Nanti terlebih masa rehat pula,” Musliha menunjukkan jam tangannya kepada Yusuf yang masih tersengih melihat telatah manja Musliha. Kemanjaan Musliha benar-benar mencuit hatinya.
“Okay..okay..tunggu I habiskan jus ni dulu ye, Alia” Yusuf tambah usikannya lagi. Kali ini dengan bahasa diri yang berlainan pula.
“Yusuf!” Musliha menjeling sementara Yusuf makin ketawa. Aduh..Alia, jelinganmu menggetarkan perasaanku. Detik hati kecil Yusuf.


No comments:

Post a Comment