Rossa - Takdir Cinta

Saturday, 4 June 2011

Bab 7


Pandangan mata lelaki itu tidak menyenangkan Musliha. Geraknya tidak keruan. Sesekali Musliha mengerling ke arah lelaki itu, renungan tajam masih tertumpu kepadanya. Walaupun lelaki itu segak bergaya, penuh lagak dan gaya, namun Musliha tidak cair dengan semua itu. Dia tidak suka direnung begitu. Musliha masih meneruskan kerjanya seperti biasa. Sebaik tamat panggilan tadi, sekali lagi dia mengerling ke arah lelaki itu. Tiada. Huh! Lega! Hati Musliha senang dengan ketiadaan lelaki itu. Panggilan diterima di meja gagang Syila.
“Hotel Seri Kayangan. May I help you? Musliha? Yes sure,” Syila menghulur gagangnya kepada Musliha. Musliha memberi isyarat pertanyaan tentang si pemanggil kepada Syila sementara Syila hanya mengangkat kedua-dua bahunya.
Yes? May I help you?”
“Hai Musliha,” suara garau tetamu itu langsung tidak dikenali Musliha.
“Hai, tuan perlukan apa-apa bantuan?” Musliha masih memberi reaksi biasa meskipun hatinya kini tertanya-tanya akan gerangan si pemanggil.
“Syila, siapa tu?” Yusuf bertanya kepada Syila memandangkan raut bimbang Musliha.
“Entah. Tapi tadi dia kata, dia nak cakap dengan receptionist bernama Musliha. Aku pun bagi jela. Yusuf, tak payah lah cemburu segala, dah sah-sah yang call tu tetamu kita. Apa la kau ni. Nak bercinta pun cool la,” Syila mengusik Yusuf yang sudah seperti cacing kepanasan. Muka Yusuf merah padam diusik begitu.
“Mana ada bercinta lah. Kau ni, nak serkap jarang pun agak-agak lah. Ni Yusuf lah,”
“Mungkin korang tak bercinta, tapi aku boleh agak kau ada hati kat Mus kan?” Syila seakan berbisik kepada Yusuf supaya tidak didengari Musliha.
“Syila, kau ni kalau dilayan, takkan pernah habis,” Yusuf memulakan langkah untuk berlalu dari meja penerimaan tetamu itu. Namun, terhenti sebaik gagang yang digunakan Musliha diletak.
“Mus, siapa tu? Apa dia nak? Ada masalah ke?” Syila tersenyum melihat telatah Yusuf yang sudah gelabah menantikan jawapan Musliha.
“Dia minta tolong ke bilik dia kejap. Katanya ada problem. Awak tolong pergi tengok kejap, boleh? Kite mana boleh tinggal meja ni. Peraturan tu,” Musliha berlagak selamba walaupun diasak soalan-soalan Yusuf yang bertubi-tubi.
“Okay, no problem,” Yusuf berlalu ke bilik tetamu itu selepas mendapatkan nombor bilik.
“Eh Mus, kenapa guest tu nak mengadu kat kau? Aku musykil lah” Syila mula sangsi.
“Tu yang aku tengah check ni,”
Check apa?” Syila memerhatikan Musliha yang sedang membelek-belek senarai pendaftaran bilik mengiut masa.
“Haa..confirm! Syila, dialah lelaki yang pandang aku macam nak minta hutang tadi tu,”
“Oh, yang tadi tu ke? Aku rasa dia suka kat kau lah. Bertuah la kau, orang kaya tu. Sewa suite pulak tu. Kau tak nak, aku nak!”
“Kau ni, kalau bab gosip, berangan, bukan main lagi kan? Dahlah. Abaikan aje. Dia dah tua lah, aku ni, SPM pun tak tahu apa jadi lagi,”
Musliha lantas meneruskan kerja-kerjanya tanpa menghiraukan angan-angan yang sedang dicipta rakan sekerjanya itu. Dari awal lagi, dia tidak menyenangi kedatangan lelaki berkumis itu tadi. Mahu saja dia mencungkil mata gatal lelaki itu. Kau belum tahu aku siapa. Kau ingat, aku pakai skirt paras lutut begini, tak pandai menendang? Silap besar lah kau jantan, kalau itu yang kau fikir! Getus hati Musliha sambil matanya tertancap kepada skrin komputer di hadapannya.
Sedang Syila asyik memasang angan-angannya untuk menjadi pengapit Musliha, Yusuf sudah berdiri di sisi meja penerimaan tetamu. Musliha hanya memandang sekilas tapi dia masih ternampak raut wajah mencuka itu.
What’s up? Settle?” sambil matanya masih tertumpu kepada skrin komputernya.
“Entah dia tu. Bukannya ada apa pun. Buat penat kite je,” Yusuf menjawab sambil jarinya mengetuk-ngetuk meja itu.
“Hah, kenapa? Betul ke guest tu lelaki tadi?” Syila mencelah. Musliha member isyarat mata kepada Syila supaya tidak menyebut tentang perkara itu.
“Lelaki mana?” Yusuf jadi penasaran apabila melihat gelagat Syila yang sedang mencari helah lain untuk menjawab soalannya. “Mus, kenapa? Kenapa dengan dia?” Yusuf bertanya lagi, tidak puas hati.
“Entah Syila ni. Agaknya dia berkenan dengan guest tu kot,” Musliha cuba berlagak selamba untuk tidak membangkitkan perkara itu. Namun, Yusuf dapat menangkap cara Musliha. Pasti ada udang di sebalik batu.
“Erm..Yusuf, apa masalah kat suite tu?” Syila cuba menenteramkan keadaan.
“Takda apa pun. Aku sampai sana, dia tanya aku, kenapa? Saya tak panggil room service pun. Aku cakap lah balik, aku datang sebab bahagian reception terima panggilan daripada dia. Lepas tu, dia kata, I call your receptionist because I want her to come over, not you. I thought I spoke to someone with lady voice, not this type of voice,” Yusuf mengetap giginya hingga rahangnya yang tertekan jelas kelihatan di sudut pipinya. Marah. “Tak boleh cakap elok-elok ke? Sah gatal!” bentak Yusuf.
“Tulah Mus, aku dah cakap, dia nak jumpa kau lah. Sebab tu dia pandang kau macam tu tadi,” Syila meneruskan tanpa teringat dia sepatutnya merahsiakan perkara itu daripada Yusuf. Musliha mengerling ke arah Syila dengan isyarat yang hanya Syila bisa memahami.
“Kenapa? Dia pandang awak ke Mus? Bila? Macam mana?”
“Takda apa-apa lah, awak pergi sambung kerja awak. Kesian Syamil dengan Hafiz tu,” Musliha tidak mahu amarah Yusuf bertambah kerana takut kalau perkara yang tak diingini pula yang bakal berlaku antara mereka berdua. Dia tahu betapa kuatnya Yusuf melindungi dirinya.
“Lebih baik awak bagitahu, dia pandang awak macam mana, kalau tak, sekarang juga kite pergi tumbuk dia. Kite dah tahu bilik dia di mana,”
“Tak payah la. Malu la kite, nanti apa pula kata Mak Su, kite yang recommend awak untuk kerja sini, tapi awak buat hal pula. Cukuplah, dia sewa sehari je. Esok dia baliklah tu,”
“Alia, bagitahu sekarang,” Yusuf cuba guna taktik lain pula.
“Yusuf..tak payah la panggil kite Alia. Tak suka lah,”
“Macam tu juga kite rasa bila awak tak nak bagitahu perkara sebenar,”
“Dia cuma renung biasa je. Cuma renungan dia tu lama lah. Mungkin dia tak berniat apa-apa, kite je yang rasa tak selesa,”
“Dasar lelaki tak tahu jaga mata!” Yusuf sungguh tidak puas hati dengan sikap tetamu itu. Jika tidak kerana maruah Musliha dan Puan Haiza, pasti lelaki itu telah dibelasahinya. Ditambah pula dengan cara pertuturan lelaki itu tadi, memang rasa marahnya tidak hilang. Yusuf berlalu ke pintu hadapan Hotel Seri Kayangan bagi meneruskan kerjanya. Musliha hanya membiarkan sahaja kerana dia tahu, Yusuf perlu bersendirian bagi meredakan perasaan marah tadi. Syila yang sedang melayan tetamu diperhatinya dan Syila faham akan cara Musliha. Amaran barangkali. Sorry Mus!


Musliha memandang siling biliknya dengan pelbagai soalan yang sedang bermain di fikiran. Patutkah aku minta maaf pada Yusuf? Tapi mengapa perlu sedangkan aku tidak membuat apa-apa salah pun? Atau apakah perlu aku berterima kasih kepada Yusuf atas sikap keprihatinannya padaku? Aargh, call jela. Bukannya susah pun, Mus! Hatinya berkata-kata sendirian.
“Assalamualaikum, kite ganggu awak ke?” suara Musliha perlahan, lembut.
Yusuf tersenyum sendiri. Hatinya cair mendengarkan suara Alia Musliha yang lembut dan jarang didengarinya itu. “Waalaikumsalam, ganggu la juga, kenapa call ni?” Yusuf masih dengan egonya.
“Hmm..takpa lah. Jumpa esok je. Sorry ganggu. Bye.” Musliha mematikan talian. Jelaslah Yusuf marah padanya.
“Err..Mus!” malangnya talian sudah dimatikan. Aduh! Silap besar! Padan muka kau, Yusuf, ego lah lagi! Getus hatinya. Sememangnya, dia hanya mahu mendengar kelembutan suara Musliha lebuh lama lagi. Dia tahu, jika tiada lagi riak kemarahannya di dalam talian tadi, pasti Musliha juga bercakap seperti biasa, tiada lagi kelembutan itu. Yusuf membuat panggilan kepada Musliha. Tiada jawapan. Merajukkah dia? Selang beberapa minit, panggilan yang sama diberi lagi.
“Mus, kenapa tak jawab tadi?” nadana masih tegang namun lega dengan jawapan panggilan daripada Musliha.
Sorry, kat bawah tadi. Awak marah kite lagi?” nada Musliha masih lembut.
“Tak lah, awak tak salah apa pun,”
“Habs tu, kenapa cara awak cakap macam marah je?”
“Marah dengan jantan tu! Berani ambil peluang cuci mata pulak,”
“Yusuf, thanks,”
For?”
“Kite tak sangka awak prihatin pada kite. Terharu sangat,” Yusuf meletakkan lengannya di bawah kepala, tersenyum mendengarkan pujian Musliha.
“Awak nak tahu sebab apa kite concern pada awak?” nadanya kini lembut berbaur romantik.
“Sebab kite ni sahabat awak lah kan?” suara Musliha kedengaran manja di telinga Yusuf.
“Dan?”
“Entah, ada sebab yang kedua ke?”
“Ada, dan sebab yang kedua nil ah sebab utama tau. Nak tahu tak?”
“Beritahu lah,”
“Sebab kite sayangkan awak,”
“Oh..yang tu dah lama tahu,” Musliha cuba bernada selamba walau ada perasaan janggal yang bertandang tatkala mendengarkan kata-kata Yusuf itu. Manakan tidak, dalam utusannya terdahulu pun, tidak pernah diungkap Yusuf.
“Dah tahu? Maksud awak?”
“Ye lah, kite kan sahabat baik, takkan tak sayang kan?” Aduh, janggalnya aku nak sebut perkataan ‘sayang’ tu! Bisik hati Musliha.
“Maknanya awak pun sayang kite lah?” Alamak! Apa aku nak jawab ni? Apa nak jadi, jadilah, Musliha!
“Hmm...” Musliha mengiyakannya.
“Apa hmm..hmm..cakaplah, sayang ke tidak?” Yusuf mengasak lagi.
“Ye lah. Takkan tak pulak,”
“Ye apa?”
“Yusuf, apa kena dengan awak ni?”
“Jawab dulu!”
“Ok..ok..ye, memanglah kite sayang awak, sahabatku,” Yusuf tersengih sendiri. Matanya bersinar tatkala mendengarkannya.
“Macam tu lah Aliaku,”
“Yusuf, janganlah panggil Alia,”
“Kata sayang, tapi nak panggil Alia pun tak boleh. Kite suka lah nama tu,”
“Kan kite dah cakap, orang yang betul-betul special je yang boleh panggil kite ‘Alia’”
“Mus, satu hari nanti, mesti awak suruh kite panggil awak Alia,”
“Kenapa pula?”
“Sebab masa tu, awak dah jadi suri kite,”
“Hah! Mulalah nak berangan tu kan? Tak nak lah, kite nak orang lain. Yang lebih tegap, handsome, bekerjaya, berkarisma dan romantik. Macam guest tadi tu,”
“Alia!”
“Ok..ok..sorry saja je nak usik. Tu pun tak boleh. Okay lah Yusuf, jumpa esok, dah mengantuklah. Goodnight!
Goodnight. Have a nice dream,
You too. Bye”
“Bye
Alia Musliha. Mimpiku pasti dihiasimu. Sekurang-kurangya aku berjaya meluahkan rasa yang kian menyesakkan nafasku. Apakah perasaan ini? Tidak pernah ada gadis yang bisa menerbitkan perasaan sebegini di hatiku. Alia! Jerit hati Yusuf. Yusuf..Yusuf..apakah itu cinta? Hanya Dia yang tahu.


No comments:

Post a Comment