Rossa - Takdir Cinta

Saturday, 11 June 2011

Bab 16


Vila Nuzila sunyi. Lampu halaman yang menghiasi terang dengan neonnya namun suasana yang menyelubungi banglo itu cuma sepi. Pembantu rumah yang setia menunggu kepulangan majikannya kelihatan terkocoh-kocoh mendapatkan fail-fail yang dipegang kedua-dua majikannya itu. Pasangan mewah itu kelihatan amat penat setelah seharian berurusan di luar. Sebaik Datin Fadzila menapak ke dalam banglonya, sebuah kereta MyVi masuk ke perkarangan rumah itu dan diparkirkan bersebelahan dengan Mercedes hitam milik Datuk Yunus.
My son! How are you young man?” Datuk Yunus yang masih tercari-cari telefon bimbitnya di dalam kereta menegur anak lelakinya yang baru keluar daripada kereta.
I’m fine, dad,” mereka berpelukan. Sudah lama mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada beberapa bulan yang lalu, iaitu ketika Datuk Yunus membuat permohonan kebenaran menggunakan kenderaan bagi anaknya di UTM. Tangan tua bapanya dikucup Yusuf. Mereka masuk ke dalam rumah seiringan. Sebaik berdiri di hadapan Datin Fadzila yang sudah mengukir senyuman, menyambut kepulangan anaknya, sekali lagi kucupan diberikan ke tangan Datin Fadzila.
“Kenapa anak mummy nampak tak berseri je ni? Penat drive ya,” pipi anaknya diusap. Yusuf hanya tersenyum.
“Tak lah mummy. Zim dah sampai KL dari pagi lagi. Tadi keluar dengan Mus kejap.” Datuk Yunus sudah melabuhkan punggungnya ke atas sofa mewah di ruangan menyambut tetamu.
“Laa..lain kali, kalau balik dari perjalanan jauh, rehatlah dulu. Ni tak, balik sini je, terus keluar dengan kawan. Berdua dengan Mus je ke atau ada Fiza sekali?” Datin Fadzila tidak menyenangi cara Yusuf yang terlalu memberikan perhatian kepada Musliha.
“Berdua,” Yusuf menjawab ringkas sambil air kopi yang dihidang pembantu rumahnya dihirup.
“Berdua? Kenapa tak cakap kat mummy dulu? Tak elok lah Yusuf bawa keluar anak dara orang malam-malam macam ni. Ni yang mummy tak berkenan ni,” suara Datin Fadzila mula meninggi.
“Zila ni. Anak kita baru je nak berehat. Biarlah dia nak keluar dengan siapa pun, asalkan dia tahu batas-batasnya dan satu hal lagi, dia berterus-terang. Cukup baik lah tu. Zim balik ni berapa hari? Daddy nak ajak Zim pergi main golf kalau berkesempatan,” Datuk Yunus cuba menukar topik perbualan mereka.
“Zim ingat nak bertolak esok pagi,”
“Kenapa cepat sangat? Esok kan pubic holiday. Tinggallah lama sikit. Hari Selasa ada class?”
“Takda. Class pagi dah cancel.”
“Haa...eloklah tu, esok kita pergi main golf, Selasa pagi Zim bertolak sana ya.”
“Alah abang ni. Dia rancang untuk dia je. Zila pun nak luang masa dengan Zim jugak.”
“Zila ikutlah kami main golf sama. Boleh kan?” Datin Fadzila hanya mencebik sementara fikiran Yusuf melayang. Hanya jasadnya berada di situ namun, fikirannya jauh entah ke mana.
Mum, dad, Zim naik dulu. Mengantuk lah,”
“Ya lah. Rehat cukup-cukup. Goodnight, sayang,”
Goodnight mum.” Pipi ibunya dikucup penuh kasih.
Langkah Yusuf diiringi dengan renungan mata seorang ibu yang amat merindukan anaknya. Sebaik bayang Yusuf hilang dari penglihatannya, Datin Fadzila merapati Datuk Yunus yang sedang menghirup minuman kopinya.
“Abang,” Datin Fadzila menyapa suaminya dengan nada suara yang perlahan dan lembut.
“Hai..Zila ni kenapa? Anak naik aje, terus datang rapat dengan abang. Nak bermanja ya?” Datuk Yunus tertawa sendiri lantas tangannya diletakkan ke atas bahu isterinya.
“Isy, abang ni. Ke situ pulak. Zila nak cakap hal penting dengan abang,” dahinya berkerut.
“Alah..kalau nak bermanja pun apa lah salahnya? Tak semestinya dah tua tak boleh bermanja kan?” sambil tangannya membelai bahu isterinya, manja.
“Abang ni, Zila nak cakap tentang Hazim lah,”
“Ya lah, anak dia dah balik, mana lah nak manja dengan abang kan?”
“Abang dengarlah dulu,”
“Ya sayang, abang dengar. Cakaplah, kenapa?”
“Abang tak risau ke Zim tu rapat semacam je dengan Musliha. Entah-entah, diorang dah berkasih tak?”
“Zila, mula-mula abang risau juga. Tak dinafikan, abang memang terkejut bila dengar dia keluar berdua je dengan Mus tapi cuba Zila fikir, dulu, lepas Zila jumpa abang, Zila sugul ke ceria bila balik rumah?”
“Ceria lah,”
“Tersenyum sampai ke telinga sambil meniarap atas katil, peluk-peluk bantal kan?” Datin Fadzila tersenyum malu. Paha suaminya dicubit lalu beraduh lah suaminya. “So, tadi tu, Zila tengok keadaan Hazim macam mana? Ceria ke penat?” matanya masih merenung sepasang mata hazel isterinya.
“Nampak macam penat je. Takda pulak tanda-tanda ceria,”
That’s the point. Kalau Zim berkasih dengan Musliha, tentunya dia balik rumah dalam keadaan yang tersangat ceria tapi memandangkan dia kelihatan penat, abang tak risau. Keluar dengan kawan, biasa lah, tentunya penat. Macam Zila keluar shopping dengan kawan-kawan Zila sekarang, mestilah penat kan?” Datin Fadzila yang sedang mendengar kelihatan lebih lega dengan penerangan suaminya. “Dah lah, abang nak naik, penat betul badan ni,”
“Abang naik dulu ya, Zila kemaskan meja ni kejap,”
“Okay, sayang. Abang tunggu,”
Datuk Yunus terus berlalu ke tangga sementara Datin Fadzila tersenyum sendiri mendengarkan kata-kata suaminya. Dia akui, sepanjang berumah tangga dengan suaminya, dia bahagia. Sikap penyayang dan romantis Datuk Yunus sering membungakan hatinya.



Jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Yusuf masih tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih kusut memikirkan dirinya yang bertepuk sebelah tangan. Hatinya remuk tatkala mengingatkan wajah Musliha yang sugul akibat dimarahi Syafik tadi. Tulus sungguh hati Musliha terhadap Syafik. Bahkan sehingga kini, Musliha masih bersungguh-sungguh menjaga hati lelaki itu. Tidak mungkin baginya untuk memenangi hati Musliha.
Yusuf bingung. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya bagi menghilangkan segala persoalan yang kian mengusutkan kepalanya. Yusuf membuka komputer ribanya. Niat asalnya ialah mengadu kepada Hafizah melalui e-mail namun matanya tertancap kepada gambarnya dengan Musliha ketika sama-sama bekerja di Hotel Seri Kayangan. Gambar itu diabadikan di dalam komputer ribanya sebagai imej layar. Hatinya bertambah sayu.
“Astaghfirullah hal azim. Ya Allah, kenapa aku terlalu lemah hanya kerana seorang wanita?” Yusuf berkata sendirian. Lalu dicapainya diari yang terletak bersebelahan dengan komputer riba itu. Segala resah gelisahnya kini dicurahkan ke dalam diari itu.

Alia Musliha,
Ku tahu hatimu masih bersama Syafik
Ku tahu cintamu masih pada Syafik
Namun hatiku ada bersamamu
Cintaku hanya padamu

Alia Musliha,
Ku menangis bila kau sebak
Ku meronta tatkala airmatamu tertitis
Maka aku serahkan kau pada Syafik
Jika itu yang memberikanmu bahagia

Alia Musliha,
Ku tak mungkin melupakanmu
Ku tak mungkin meninggalkanmu
Biarpun hatimu milik dia
Biarpun senyum tawamu hadir bersama dia

Alia Musliha,
Ku rela melepaskanmu
Walau hatiku kini parah kerana tak bisa mendapatkanmu
Mengenalimu ibarat memberi aku erti kehidupan yang sebenar
Menyayangimu bagai menakluki seluruh dunia.

Alia..Yusuf cintakan Alia...sepenuh hati.


Lantas Yusuf mengambil wuduk. Solat sunat dua rakaat ditunaikannya bagi meredakan segala perasaan yang mencengkam dada. Selesai memberi salam, matanya tertumpu kepada sejadahnya. Tidak semena-mena, air mata lelaki Yusuf Hazim tertumpah. Rasa hiba, sebak dan pilu dilepaskan sesungguh-sungguhnya. Dia seakan mencurahkan segala kesedihannya kepada Dia yang Maha mengerti. Sesekali nafasnya ditarik menahan sedu.
“Ya Allah, izinkan aku mencintainya.” Suara Yusuf perlahan ditenggelami sedu. Mukanya dibenamkan ke sejadah seakan-akan bersujud.
Cinta itu ibarat mawar. Baunya harum namun jika salah cara memegang, durinya bisa melukakan.  


Hafizah tidak menyangka, Musliha masih menyayangi lelaki yang pernah menghina sahabatnya suatu ketika dahulu. Dia mengeluh keras. Hatinya tidak puas selagi terpaksa mambaca kata-kata luahan Musliha berkaitan Syafik. Walaupun sudah mengetahui perkara yang terjadi, namun baginya, Musliha tidak perlu ada rasa bersalah terhadap Syafik. Mengapa perlu rasa bersalah dengan sekeping hati yang tidak punya rasa itu? Marahnya makin meluap-luap apabila diberitahu tentang kata-kata sinis Syafik ketika bertemu Musliha dan Yusuf. Memang dasar lelaki tak reti budi bicara! Otak pandai tapi tak ada akal! Bentak hati Hafizah. Amarahnya tertumpu kepada Syafik.

Mus,
Sebagai sahabat, kite nasihatkan awak untuk kawal perasaan awak. Kite faham, dia cinta pertama awak, tapi ingatlah, dia juga luka pertama awak. Awak pernah berjanji pada kite, Yusuf dan arwah Umi untuk tidak akan kembali ke sisi lelaki itu lagi. Walaupun sekarang, awak hanya dihimpit rasa bersalah, tapi kite takut perasaan bersalah itu hadirnya daripada kasih awak pada dia. Apa pun, kite tak paksa awak untuk menjauhi dia. Jika awak rasa maaf yang awak minta pada dia nanti berbaloi, silakan..tapi jangan menyesal kalau maaf yang awak minta, herdik yang awak dapat. Awak lebih mengenali dia dan awak lah yang lebih bijak menilai dia. Kite sebagai sahabat, sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk awak. Kite yakin, Yusuf turut merasakan hal yang sama.

Salam sayang,
Fiza

Hafizah benar-benar berharap agar Musliha dapat menunaikan janjinya dahulu. Apakah yang bermain dalam perasaan Yusuf kini? Apakah Yusuf juga tidak berpuas hati sepertiku atau sebaliknya? Hatinya berbisik.
“Aduh! Susah pulak duduk jauh ni!” Hafizah mengomel sendirian sambil kepalanya digaru-garu. Jika diikutkan rasa hati, mahu saja dia terbang pulang ke Malaysia  sekarang juga. Namun, apakan daya. Takdir sudah meletakkan dia jauh dari sisi sahabat-sahabatnya.








No comments:

Post a Comment