Rossa - Takdir Cinta

Tuesday 7 June 2011

Bab 11


Puan Haiza sungguh kagum dengan kesungguhan Musliha dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja berhemah. Disiplin dan kematangan yang dimiliki Musliha mengalahkan umurnya. Syila juga tidak kurang dalam melaksanakan kerja-kerja sebagai penerima tetamu. Puan Haiza dapat melihat sikap dirinya dalam diri Syila. Dia juga percaya bahawa satu hari nanti, Syila pasti dapat menduduki kerusi yang kini dijawatnya. Kejayaannya yang kini adalah seorang Pengurus Hal Ehwal Tetamu merupakan asas daripada kerajinannya sewaktu bekerja sebagai penerima tetamu. Hanya kursus-kursus pentadbiran yang ditawarkan Hotel Seri Kayangan kepadanya yang menjadi pelajaran Puan Haiza setelah tamat pengajian sekolah menengah. Berkat kegigihannya, kini dia bergelar salah seorang pengurus di hotel bertaraf lima bintang itu.
Ketukan di pintu mencabut lamunan Puan Haiza. “Masuk,”
“Puan, maaf, saya ganggu Puan ke?” Syila terjengul di pintu pejabat Puan Haiza sebaik pintu itu dibukanya.
“Ada apa, Syila? Come, have a seat,” Puan Haiza menjemput penuh tertib.
Thanks. Saya nak minta pulang awal hari ini, Puan,” Syila memberitahu tujuaannya seraya meletakkan punggung ke atas kerusi berhadapan pengurusnya.
Why? Do you have any problem? Tak sihat?”
No, I’m totally fine but not my dad. Abah demam. He needs me. Mak saya tak dapat balik malam ni. Saya nak bawa abah ke klinik secepat mungkin,”
I see...but how will you? Do you have any transport?
“Takda, puan. Nevermind, I’ll take cab there,” Puan Haiza menongkat dagunya pada pemegang di kerusi sambil kerusi itu digerak-gerakkan sedikit. Dia bimbang akan keselamatan Syila yang ingin membawa bapanya menaiki teksi pada lewat petang begini. Sepintas, dia terfikir akan suaminya.
Wait, let me call my husband first,”  Puan Haiza mengangkat gagang telefon lantas nombor telefon suaminya didail. Dr. Azmi, suami Puan Haiza juga seorang yang sangat baik hati. Puan Haiza yakin suaminya mungkin dapat membantu pekerjanya.
“Hello, abang, my staff’s father caught in fever. Would you come over and maybe give some treatment for him? She has got no transport and she needs to take cab to go to clinic. Could you?” Syila terharu dengan simpati Puan Haiza terhadapnya. Dia hanya diam mendengar perbualan Puan Haiza dan suami. “Okay, that’s great. See you, abang,” gagang diletak. Syila diam menanti susulan perbualan itu.
“Syila, you tunggu my husband. He will treat your father. Should he needs payment, it counts on me,” Puan Haiza memberikan senyuman yang penuh keikhlasan kepada Syila. Syila membalas senyuman itu dengan keceriaan yang jelas terpancar di raut wajahnya.
“Okay, Puan. Terima kasih banyak-banyak, Puan. Saya tak tahu nak balas pertolongan Puan macam mana lagi. Thanks a lot, Puan,” kepala Syila sedikit tertunduk menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Puan Haiza.
“Apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong. So, awak boleh balik awallah hari ni,” senyuman masih terukir di bibir Puan Haiza.
“Saya sambung kerja dulu, Puan. Thanks again,” Syila sudah berdiri.
You’re welcome,
Sebaik keluar daripada pejabat Puan Haiza, Syamil sudah terjengul di balik pintu.
“Eh, kau ni, buat aku terkejut je, kau nak balik awal juga ke?”
“Takda lah, aku cuma tunggu jawapan kepada permohonan kau tu. Malam ni, siapa akan ganti kau?”
“Mus. Dia dah sanggup tadi. Lagipun, Puan Haiza tak tanya pun siapa yang akan ganti, sebab sekarang kan dah ada Ayu, boleh lah kau mengurat Ayu malam ni kan?” dalam seiringan berjalan, sempat lagi Syila mengusik Syamil.
“Isyh, Ayu tu mana lah suka kat aku yang tak cukup inci ni, dia kan dah lama berkenan kat Yusuf,”
“Aik, sempat kerja seminggu pun dah sempat jatuh hati kat Yusuf? Budak-budak biasalah,”
“Kau kata dia budak? Kau pun apa beza, setakat tua setahun dari dia, pantang tengok tetamu handsome sikit, kaya sikit, mulalah kau berangan mengalahkan Mat Jenin,”
“Dah lah, baik kau pergi sambung kerja kau. Kesian kat Abang Am tu aku tengok. Tu lah kau, suka sangat curi tulang,”
“Korang ni, kalau tak bergaduh sehari tak boleh?” Musliha mencelah sebaik mereka berdua muncul di meja penerimaan sambil diperhatikan Ayu dan Elina.
“Eleh, kau kata aku, yang kau tu, kalau Yusuf ada, kau pun jadi kaki gaduh juga kan?” Syamil sudah beredar dari meja itu sebaik terlihat wajah Ayu. Hatinya tidak keruan sejak kehadiran gadis itu.
“Kak Mus selalu gaduh ke dengan dia?”
“Selalu tu tak, Yu. Kerap tu ada lah, tak gitu Mus?” Syila menjawab soalan Ayu yang sebenarnya diajukan kepada Musliha.
“Apa-apa lah Syila, malas aku nak layan becok kau tu. Ayu, jangan ikut cara Kak Syila awak ni. Nanti takda orang nak masuk minang sebab mulut laju sangat,” Ayu dan Elina tergelak kecil mendengar usikan Musliha kepada Syila.
“Main sedap mulut kau je nak kata mulut laju ya, takpa kau Mus, tengok lah nanti. Kau jangan ternganga bila tengok aku bersanding dalam Dewan Astana tu,” Dewan Astana sememangnya adalah dewan yang penuh berprestij. Manakan tidak, anak raja juga memilih dewan tersebut sebagai tempat persandingan mereka.
“Alah, kalau dewan bukan main, tapi pasangan kau naik pelamin guna tongkat, buat apa?”
Mereka semua tergelak besar mendengar kata-kata Musliha. Pergaduhan begitulah yang membawa kepada perasaan sayang mereka terhadap kerja yang mereka lakukan. Beberapa saat kemudian, mereka semua terdiam sebaik melihat seorang lelaki tampan dalam lingkungan umur 30-an. Lelaki itu memberi senyuman kepada kesemua mereka.
Excuse me, boleh saya jumpa dengan Puan Mak Su?” soalan itu ditujukan kepada Musliha.
“Ayah Su ni, terkejut Mus tengok Ayah Su kat sini. Kenapa nak jumpa Mak Su? Dinner ke?” mereka yang lain bungkam mendengarkan bahasa panggilan yang digunakan Musliha semasa berbicara dengan lelaki tampan itu.
“Haah, katanya ada ayah pekerja kat sini yang demam. Mak Su minta Ayah Su ke sini,” Syila kini faham, ayahnya lah yang dimaksudkan itu, namun dia hanya diam. Syila, Ayu dan Elina bertambah kaget apabila secara tidak langsung, mereka mengetahui bahawa Musliha sebenarnya ada pertalian saudara dengan pengurus mereka sebaik Musliha berjalan ke arah pejabat Puan Haiza sambil menyambung bual dengan lelaki yang dipanggil Ayah Su itu. Jelaslah `Puan Mak Su’ yang disebut lelaki itu ialah `Puan Haiza’.
“Syila, this is my husband.” Puan Haiza memperkenalkan suaminya kepada Syila. Dr. Azmi hanya memberikan senyuman kepada Syila.
Let’s go, I have a patient to catch,” Syila mengambil tas tangannya dan berlalu mengikut Puan Haiza serta suami ke kereta mereka tanpa suara yang terbit dari mulut becoknya.
“Kak Mus, Puan Haiza tu, ibu saudara Kak Mus ke?” Elina bertanya kepada Muslha dengan perasaan ingin tahu yang memuncak. Musliha hanya mengangguk, tidak berkata apa-apa.
Sungguh mereka tidak menyangka hubungan di antara Musliha dan Puan Haiza yang dekat itu. Nasiblah selama mereka bekerja, tidak pernah satu perkara buruk pun tentang Puan Haiza yang disebutnya. Suatu ketika dahulu, Dr. Azmi juga pernah bekerja di Hotel Seri Kayangan selepas dibuang kerja dari salah sebuah hospital swasta kerana hospital itu mengalami muflis. Sebelum membuka kliniknya, Dr. Azmi terpaksa bekerja di bawah isterinya bagi menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun, berkat doa dan usaha mereka, kini Dr. Azmi telah berjaya memiliki klinik sendiri. Walaupun mereka tidak dikurniakan zuriat, Allah memberi mereka rezeki dengan corak yang berlainan. Itulah kuasa Yang Maha Pemurah.



Musliha menyandarkan tubuhnya ke kerusi sebaik menjejak ke dalam rumah ibunya. Puan Haiza dan suami telah menghantar Musliha pulang ke Cheras memandangkan Musliha tidak bekerja pada keesokan harinya. Puan Husna sungguh gembira dengan kepulangan Musliha. Adik-beradik Musliha yang lainnya telah pun masuk tidur. Musliha menyalami tangan tua ibunya sebaik Puan Husna melabuhkan punggung di sebelahnya. Lantas, kepalanya dilentokkan ke atas riba Puan Husna. Sudah lama dia tidak dapat bermanja dengan ibunya.
“Isyh, janganlah tidur macam ni, pergi mandi, tidur. Esok pagi, kita nak keluar, Mus ingat tak tu?” Puan Husna mengusap anak rambut Musliha, lembut.
“Kenapa mesti pagi? KL tu tak lari dikejar pun, bu. Kita keluar lah lepas Zohor ke?”
“Mana boleh macam tu, Kak Fira kamu dah janji nak bawa budak-budak ni keluar pagi-pagi lagi. Kita sarapan kat luar. Ada orang nak belanja, tau?”
“Eloklah Kak Fira belanja kita semua, sejak naik gaji ni, tak pernah sekali pun lagi dia belanja kita, kan bu?” Musliha bangkit dari kerusi empuk itu dan membuka langkah ke kamarnya.
“Ye lah. Jangan lupa, solat Isyak dulu sebelum tidur tu tau?”
“Beres, bos! Goodnight, bu,”
Puan Husna tersenyum melihat lagak Musliha yang melangkah longlai itu. Penat agaknya. Detik hati Puan Husna. Kedua-dua anak gadisnya sungguh gigih bekerja. Musfira juga fokus pada pekerjaannya. Tidak hairanlah pangkatnya dinaikkan lagi. Itulah namanya rezeki. Mungkin berkat kesabaran Puan Husna menghadapi dugaan rumahtangga menjadikan rezeki keluarga itu kini kian bertambah. Hatinya kini telah tutup buat seorang lelaki. Jika hidupnya bersama Encik Musa hanya dibelenggu kedaifan sambil kecurangan Encik Musa berleluasa, biarlah dia hidup serba sederhana dengan mutiara-mutiara hatinya. Kebahagiaan sudah mula menjenguk hati Puan Husna sejak berpindah dari rumah itu.
Ya Allah, jika inilah hikmahnya di sebalik kecurangan suamiku, aku redha. Sesungguhnya aku lebih bahagia hidup bersama anak-anakku berbanding dulu. Kiranya sudah sampai jodoh bagi anak-anakku, sampaikanlah wali bagi mereka, janganlah Kau sekat aliran hidup mereka, Ya Allah. Sudah terlalu banyak kesusahan dan kesengsaraan yang terpaksa mereka lalui. Cukuplah bagi mereka, Ya Allah. Dalam hati yang penuh dengan naluri keibuan, Puan Husna memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Hati Musfira yang kini sudah termilik membuatkan Puan Husna terfikir soal wali. Tindak-tanduk Yusuf yang mula menunjukkan rasa minat terhadap Musliha juga membuatkan Puan Husna berfikir hal yang sama sekali lagi. Jika benar Yusuf menaruh perasaan terhadap Musliha, tentunya dia sedia memberikan restunya kerana dia yakin, Yusuf bisa menjaga hati anak gadisnya dengan baik. Namun, terlalu awal untuk dia menakwil perkara itu. Biarlah takdir yang menentukannya.
Aku berserah, Ya Tuhan.

No comments:

Post a Comment