Rossa - Takdir Cinta

Sunday 5 June 2011

Bab 9


Musliha keliru. Perlukah dia memberitahu Yusuf tentang Syafik? Selama ini, Yusuf lah yang menjadi tempat untuk dirinya meluahkan segala keluh kesahnya selama dilukai Syafik. Kini, setelah selama tiga bulan bertemu mata dengan lelaki itu setiap hari di kuliah, Musliha menjadi makin serba salah kerana merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Yusuf. Terkadang, panggilan dari Yusuf tidak dapat disambut kerana panggilan Syafik terlebih dahulu disambutnya. Dia kini sedar, di hatinya masih ada Syafik walau kata-kata benci yang selalu diungkap setiap kali nama itu terungkit.
Kasihnya pada Yusuf hanya sekadar sahabat dan dia juga yakin, kasih yang diberikan Yusuf kepadanya juga sebagai sahabat. Namun, rindu yang dirasakannya selama tidak bertemu dengan Syafik bukanlah rindu seorang kawan kepada kawannya. Walau Musliha berlagak seolah-olah tidak menghiraukan berita tentang Syafik, tetapi jauh di lubuk hatinya, hanya Yang Maha Mengetahui dapat menyelami perasaan ingin tahunya tentang perkembangan Syafik. Apakah cinta remaja yang disulam bersama itu masih mekar di hatiku? Bagaimana pula perasaan Syafik kepadaku? Adakah dia juga sering memikirkan aku sepertimana seringnya aku memikirkannya? Ya Allah, berikanlah aku jawapan yang sebenar.
“Mus, hujung minggu ni, kitorang semua nak pergi celebrate harijadi Syafik di Kampung Baru. Jomlah ikut sekali,”
“Nurul, awak tahu kan, saya tak suka keluar hujung minggu ni, sorry,”
“Ala, tak syok lah macam tu, sebab Syafik kata, kalau awak tak ikut, tak payah lah celebrate sebab dia kata, dia takkan rasa happy. Marilah, Mus,”
“Awak ni kalau reka cerita, nak cetus gosip memang pandai kan? Tak bolehlah, Nurul, saya kerja,”
“Ambil cutilah. Sekali je, please! Eh, kita tak reka-reka tau, Syafik sendiri cakap macam tu kat saya. Awak tak percaya, tanyalah dia sendiri,”
“Nanti lah, saya cuba tanya bos saya dulu. Kalau dia benarkan saya ambil cuti, saya ikut. One more, kalau ibu saya izinkan, confirm saya ikut korang. Okay?”
“Macam tu lah baru cool,”
Sebaik Musliha berpaling ke belakang untuk menuruni tangga, Syafik yang sedang berada di tengah tangga memberikan senyuman kepada Musliha. Senyuman itu hanya dibalas dengan pandangan kaku.
“Jom, makan. Fik belanja,”
“Takpa lah, Fik. Mus dah makan sebelum datang tadi. Fik pergi lah join Farhan. Dia dengan budak-budak lelaki semua pergi ke cafe tadi,”
“Fik tak nak makan dekat cafe. Fik nak makan di luar. Jomlah, ikut Fik. Kalau tak nak makan, teman Fik pun jadilah. Tapi kalau Mus tak sudi, takpa, Fik telan jelah apa yang ada di cafe tu,”
Sorry Fik, Mus nak balik bilik. Mus nak siapkan tutorial. Masih banyak yang Mus belum siapkan,” Musliha terus menuruni tangga. Syafik lantas mencapai pergelangan tangan Musliha namun, dengan pantas ditarik Musliha.
“Fik, jangan lah macam ni,”
“Mus marah Fik lagi?” Sayafik menyusuli langkah Musliha.
“Marah? Apa yang Fik cakap ni? Mus tak faham,”
“Tentang dulu,”
“Mus dah lupakan perkara tu. Tak usah lah kita ungkit lagi perkara lalu,”
“Tapi kenapa Mus bersikap tegang dengan Fik?”
“Entahlah Fik, janggal barangkali,”
“Janggal? Kenapa? Sebab Mus masih sayangkan Fik, kan?” Musliha membiarkan soalan Syafik begitu sahaja. Dia terus berlalu ke arah tempat menunggu bas. Sekali lagi, tangannya disambar Syafik. Kali ini, pegangan itu lebih kemas. Dia berpaling kepada Syafik dengan muka tegang. “Fik nak apa? Nak herdik Mus lagi? Nak hina keluarga Mus lagi? Nak hina Yusuf lagi?” kemarahan yang dipendam terhadap Syafik kini meledak apabila pegangan di tangannya itu seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
“Jom, Fik hantarkan Mus ke kolej,” Syafik lantas menarik Musliha masuk ke dalam keretanya. Musliha hanya menurut. “Fik tahu, Mus masih marahkan Fik tentang dulu tu. Fik juga tahu, dalam hati Mus masih ada Fik kerana Mus juga masih segar di hati Fik. Fik tahu, Mus dah tak duduk bersama ayah Mus. Itu salah satu bukti bahawa Fik ambil tahu tentang keadaan semasa Mus. Satu lagi bukti, Fik tahu Mus bekerja di Hotel Seri Kayangan di Cheras sebelum masuk belajar. Fik tahu, Mus rapat dengan seorang pekerja lelaki di hotel tu, tapi Fik tahu lelaki itu bukan seorang yang istimewa buat Mus kerana dari pandangan mata Mus, Mus hanya menganggap dia sebagai rakan Mus. Mus, percayalah, Fik rindukan Mus. Walaupun Fik tak mengendahkan Mus semasa di sekolah, tetapi sebenarnya Fik sedang cuba melupakan Mus ketika itu. Berikan Fik peluang untuk mengahargai kasih Mus pada Fik, dan berikanlah peluang untuk Fik tebus kesalahan Fik pada Mus dan keluarga, Fik ikhlas menyayangi Mus. Percayalah, Mus,” panjang lebar penerangan Syafik dan Musliha hanya mampu mendengar.
Musliha terkesima dengan kebenaran-kebenaran yang diperkatakan Syafik tadi. Tidak disangka, rupa-rupanya selama ini Syafik mengambil tahu akan perkembangannya.
“Mus, tolonglah, sekali je lagi peluang yang Fik rayu dari Mus,” Syafik bersungguh dengan rayuannya. “Mus, semua orang di dunia ni, berhak diberikan peluang kedua, bukan? Berilah Fik peluang tu, Mus,”
“Beri Mus masa,” jawapan Musliha ringkas namun, ianya memberi kelegaan yang besar kepada Syafik. Syafik kini mampu menghela nafas lega. Lantas, enjin kereta dihidupkan dan mereka mula beredar dari perkarangan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina itu.
“Terima kasih, Fik. Maafkan Mus kalau cara Mus tadi kasar,” Musliha memecah kesunyian yang melanda sepanjang perjalanan mereka dari fakulti ke kolej kediaman Musliha.
“Terima kasih pada Mus juga kerana sudi mendengar penerangan Fik. Malam ni, Fik datang kolej Mus lagi, kita makan sama di cafe kolej ni ya,” kata Syafik sambil mengangkat handbrake kereta.
“Maaf Fik, Mus nak berehat hari ni. Lain kali saja lah ya,”
“Okay then. Fik takkan berhenti memujuk Mus,”
Bye,” Musliha membuka pintu kereta dan jejak keluar daripada kereta Wira lusuh itu.
Bye” Syafik memerhatikan Musliha hinggalah tidak terlihat gadis itu walau bayangnya sekalipun. Musliha, Syafik rindukan Musliha.



Selesai menunaikan solat Asar, Musliha cuba untuk melelapkan mata. Panas petang yang memancar melesukan fikirannya untuk menelaah buku. Sebelum mata terpejam, matanya tertumpu ke arah siling namun, bukan siling yang ada di pandangannya. Wajah Syafik yang sentiasa dirindui bermain-main di ruangan matanya.  Sebaik mata terpejam, wajah Yusuf pula yang muncul tiba. Ya, benar kata Syafik. Yusuf dianggapnya semata-mata sebagai sahabat. Tiba-tiba, Musliha teringat akan panggilan Yusuf malam tadi yang tidak dapat disambutnya kerana sedang berbual dengan Syafik di telefon. Musliha bingkas bangun dan mencapai telefon bimbitnya dia atas meja belajar. Selang beberapa minit, panggilannya disambut.
“Helo, Yusuf!” sapanya ceria.
“Helo..ceria semacam je. Rindu lah tu kan?” Yusuf bahagia mendengarkan suara Musliha yang sungguh ceria.
“Haha...sorry, semalam tak dapat jawab call. Sedar-sedar je, ada missed call. Agaknya masa masuk incoming call awak tu, kite tak perasan kot,”
“Takpa. Tapi sejak akhir-akhir ni, selalu juga call dari kite masuk incoming call ya? Dah ada yang special ke kat sana?”
“Eh, takda lah. Biasalah, cakap perihal assignment. Memanglah lama sikit,” Musliha cuba menyembunyikan perkara sebenar. “Awak takda kelas ke hari ni? Ke ponteng ni?”
“Takda lah. Kalau hari Selasa petang, memang kite takda kelas. Awak yang ponteng kan?”
“Ponteng tidur. Biasanya, petang macam ni, kerja kite membuta je,”
“Isy, tak elok tidur petang, nanti mudah lupa. Hujung minggu ni kite nak bawa awak dinner. Nak tunai janji yang terbengkalai dulu,”
“Awak balik KL ke hujung minggu ni?”
“Haah. No excuse. By hook or by crook, you have to come with me. I’ll pick you up from hotel,”
“Okay. Excited! Tapi kite kena minta izin ibu dulu,”
“Tak payah, kite dah call ibu awak, dia izinkan,”
“Okay then, that’s cool! By the way, awak nak bawa kite dinner kat mana?”
“Itu surprise. Can’t tell you now but i’m pretty sure, u’ll like it. Jus tembikai dekat situ memang terbaik!”
Really?
“Yup. Mus, kite belum solat Asar lagi ni. Nanti kite sambung dekat y.m ya?”
“Okay, bye”
“Bye, sayang” Oops! Terlepas! Biasanya aku tunggu talian mati dulu. Aduh! Yusuf menepuk dahinya.
“Apa?”
“Ni ha, roommate kite tanya, nak lauk apa, kite kata, ayam,”
“Oh, dah, pergi solat. Bye!”
Bye” sebaik talian sudah dipastikan mati, seperti biasa, Yusuf menyambung perkataan keramat itu. “Yusuf..Yusuf..sampai bila lah kau nak simpan je perasaan tu? Luahkan je lah. Bukannya susah pun.” Yusuf bermonolog. Lantas punat-punat telefon bimbitnya menekan-nekan nombor telefon restoran ‘Chop & Grill’ dan mendail.
“Chop & Grill, Kampung Baru. May I help you?
“Saya nak reserve satu meja untuk dua orang, Ahad ini, pukul 8 malam.”
Yusuf memberikan butiran dirinya kepada penerima panggilan itu. Pada malam itu, dia merancang untuk meluahkan perasaan sebenarnya kepada Musliha. Yusuf yakin, Musliha adalah untuk dirinya.



Musliha terkejut dengan berita yang disampaikan Puan Husna tentang keadaan bapa saudaranya yang kini sedang terlantar sakit di hospital. Musliha sudah menganggap Pak Lang seperti bapanya sendiri kerana Musliha lebih manja dengan Pak Lang berbanding ayahnya  sedari kecil lagi. Ya Allah, kau kuatkanlah semangat Pak Lang dalam menghadapi ujianMu. Sesungguhnya hanya doa yang dapat diberikan kepada bapa saudaranya. Tiadalah upayanya untuk membantu memulihkan penyakit yang sedang diahadapi bapa saudaranya.
Jari-jemari Musliha ligat menekan papan kekunci komputer riba miliknya. Rasa resah gelisah akan keadaan Pak Lang nya diluahkan kepada Yusuf melalui Yahoo! Messenger. Yusuf setia memberi semangat kepada Musliha dan segala kata-kata semangat diberikan sepenuh hati. Keluarga Musliha akan ke Pahang untuk menjenguk bapa saudaranya dua minggu lagi atas sebab keperluan kenderaan. Dengan ini, tidak dapatlah Musliha menghadiri majlis hari jadi Yusuf yang akan diadakan di rumah mewah Datuk Yunus. Yusuf berasa sedikit hampa kerana tidak dapat mengenalkan ‘teman wanita’nya kepada Datuk Yunus dan Datin Fadzila pada majlis hari jadinya itu nanti. Ya, dia yakin benar, Musliha akan menerima cintanya dan dia juga yakin, pada majlis hari jadinya itu, Musliha telahpun menjadi teman istimewanya.




No comments:

Post a Comment