Rossa - Takdir Cinta

Sunday 5 June 2011

Bab 8


Yusuf berasa gembira berbaur hampa kerana tidak dapat memasuki institusi pengajian tinggi yang sama dengan Musliha. Musliha gembira dengan kejayaannya dalam mendapatkan tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah universiti yang sudah lama menjadi universiti impiannya. Perasaan kecewa turut bertandang tatkala mengingatkan Hafizah, sahabatnya yang terpaksa akur kepada kehendak bapa dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Australia.
“Nampaknya terpaksalah kita berpisah sekali lagi. Kite ingat, dapat lah pilihan pertama, tapi dapat yang kedua pula. Agaknya UKM dah tak boleh nak muat seorang lagi kot kan?” Yusuf berkata tanpa memandang Musliha sambil tangannya mengacau-ngacau jus tembikainya menggunakan straw.
“Nak buat macam mana, takda jodoh. Asalkan kita sama-sama dapat course yang kita sama-sama minat. UTM tu hebat tau. Bukan calang-calang universiti tu,” Musliha cuba menenangkan Yusuf. “Ada lah tu hikmah di sebaliknya. Dulu masa kolej matrik, awak dah dapat pilihan pertama awak kan? Kite yang dapat pilihan kedua, sekarang terbalik, kira adil lah tu,” Yusuf tersenyum mendengarkan suara Musliha yang lembut dan tenang dalam nada pujukan itu.
Civil Engineering. Awak yakin tak?”
Of course, I am. Don’t you?
“Kite yakin. Cuma kite terfikir, patutkah kite ambil Mechanical? Sebab arwah Daniel minat sangat Mechanical. What do you think?
“Kejarlah apa yang awak impikan dulu. I think, as long as awak ambil Engineering, it includes all of our ambition. Kalau ikutkan, kite pun nak ambil Chemical, mengenangkan arwah Umi minat sangat course tu. Kalau masa mengizinkan, kite nak sambung second degree untuk course tu, maybe you could do the same thing too,”
“Masa tak pernah ada keizinan sendiri,” Yusuf memberi pandangan kepada Musliha bagi menyambung ayat itu.
“Yang penting pada hati, I got it. Eh, jomlah, lambat pula nanti,”
Relax lah, kita kan pekerja senior. Apa nak takut?”
“Banyaklah awak punya senior. Discipline is still it,” mereka berlalu dari restoran Minang Sari dan bergegas ke Hotel Seri Kayangan. Selepas tamat pengajian di peringkat pra-universiti, mereka bekerja di posisi yang sama, di tempat yang sama sekali lagi. Bukanlah mereka tidak mahu menimba pengalaman lain, tetapi Puan Haiza yang terlebih dahulu menawarkan pekerjaan lama itu kepada mereka. Pastinya mereka tidak akan menolak rezeki itu kerana pendapatan yang mereka peroleh sepanjang bekerja di Hotel Seri Kayangan cukup berbaloi dengan kerja dan kelulusan yang mereka ada. Yusuf langsung tidak memikirkan soal pendapatan dalam mencari pekerjaan, namun dia tetap ingin bekerja kerana di situlah dia dapat berjumpa dengan Alia Musliha setiap hari. Oh Alia...
“Amboi, dua merpati sejoli ni, ke mana pergi pun berdua je kan? Langsung tak ajak aku,” Syila yang masih setia bekerja di situ gembira dengan kehadiran dua rakan sekerjanya itu.
“Taklah berdua sangat kalau nak lintas jalan ni, kau pulak muncul,” jawab Yusuf selamba.
“Eleh, kau tak payah nak coverline lah. Aku lupa nak tanya kau tadi, dapat course apa?”
Civil jugak. Alhamdulillah,” Syila sudah berjalan seiring dengan Yusuf manakala Musliha sudah jauh di hadapan.
“Korang ni, kalau tak sama universiti, sama course. Apa-apa pun mesti ada yang sama punya lah. Aku tumpang gembira dengan kejayaan korang. Belajarlah hingga ke puncak menara gading, jangan jadi macam aku ni, hari-hari hadap tetamu hotel je, dari dulu hingga lah sekarang ni,”
“Eleh, apa lah kurangnya kau, kerja pun bagus apa, gaji pun lumayan. Gaji kau mesti dah naik kan?”
“Bolehlah. Aku bukan apa, aku ni belajar tak pandai mana, aku tak nak lah habiskan duit parents aku. Better aku kerja, kurang-kurang, dapat jugak tolong diorang. Tak gitu?”
Yusuf mangangguk lalu membuka pintu kaca Hotel Seri Kayangan sambil tangan kanannya menunjukkan laluan kepada Syila. Syila membalas senyuman Yusuf dan terus berlalu ke meja penerimaan tetamu.



Datuk Yunus termenung memikirkan tentang apa yang diperkatakan sahabatnya sebentar tadi. Tambah bingung apabila Datin Fadzila turut bersetuju dengan cadangan Encik Musa. Datuk Yunus terhimpit di antara sahabat sama sekolah dan anak terunanya.
“Apa yang abang fikirkan lagi? Betul kata Musa tadi tu. Zila pun tak sanggup nak berdepan dengan Husna kalau sampai dia tahu apa yang kita sembunyi daripada dia selama ini. Abang tahu-tahu je la Musliha tu macam mana, sampai sekarang dia masih cuba untuk jejak Zal. Macam mana kalau satu hari nanti dia tahu yang ibu tiri dia tu, rupa-rupanya Zal, adik Zila. Silap kite jugak dulu, kita temukan balik Zal dengan Musa,” panjang lebar bebelan Datin Fadzila.
“Abang kesian tengok anak kita tu, hubungan dia dengan Musliha dah makin rapat. Kadang tu, abang tengok, dia ceria semacam kalau tengah berbalas SMS dengan Musliha. Zila sanggup ke, jauhkan Musliha daripada Hazim seperti yang dikatakan Musa tu tadi?”
“Zila pun tak sampai hati, bang. Tapi ye lah, abang fikirlah balik, sanggup ke abang nak berdepan dengan Husna kalau dia tahu semua ni?”
“Tu lah yang abang tengah fikir ni. Naik kusut kepala abang memikirkan benda ni. Macam ni lah, kite tak payah nak kusut kepala sangat, sekarang ni, Hazim dengan Musliha dapat pergi ke universiti berlainan. Sah lah mereka susah nak berjumpa,” Datuk Yusuf memberikan buah fikiran.
“Dulu, kolej lain-lain pun mereka boleh berhubung. Sekarang ni, Facebook ada, email ada, telefon bimbit pun ada. Diorang boleh berhubung lah bang,”
“Dah tu, cuba Zila fikir, apa lagi cara untuk kita jauhkan mereka?”
Datin Fadzila cuma menghela nafasnya. Kusut. Tiada cara yang lebih baik untuk memisahkan mereka berdua. Bunyi ketukan di pintu kamar mereka menghentikan lamunan masing-masing.
“Masuk,” Datuk Yusuf membenarkan.
Dad! Kacau kejap boleh?”
Come. Ada apa Zim?”
“Zim nak minta izin daddy and mommy. Zim nak bawa Musliha keluar makan malam next week. Boleh tak?”
“Wah, anak daddy dah mula nak bawak anak dara orang keluar ni. Satu kemajuan,” Datuk Yunus tersenyum ceria manakala Datin Fadzila sedang ligat memikirkan alasan untuk tidak membenarkan Yusuf berbuat demikian.
“Saje je dad. Sebab Zim dah janji pada diri sendiri untuk belanja Musliha before masuk belajar nanti. Boleh lah ye, mom, dad?” walaupun sudah besar panjang, namun keizinan ibubapa tetap penting bagi Yusuf terutama apabila ia melibatkan aktiviti malam. Datuk Yunus mengangguk member keizinan.
Thanks dad. You are the coolest dad ever!” Yusuf berlalu dari kamar ibubapanya sebaik mendapat keizinan bapanya. Sementara Datin Fadzila mengerling ke arah suaminya.
“Abang tahu tak apa yang abang dah buat ni?”
“Takpa lah. Kita bagi peluang terakir untuk Hazim. Dah lah, abang dah mengatuk ni,”
Lampu katil dipadam. Kelam. Datin Fadzila masih bersandar di kepala katil memikirkan hal itu. Bagi menutup perkara sebenar, Datin Fadzila dan Datuk Yunus berpura-pura membuat pengintipan terhadap Encik Musa, sahabat mereka sejak di bangku sekolah. Zalina, adik Datin Fadzila merupakan kekasih Encik Musa semasa di sekolah menengah. Namun, cinta mereka terputus di tengah jalan apabila Encik Musa dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, Puan Husna. Takdir menemukan Encik Musa dan Datuk Yunus ketika Datuk Yunus mendiami rumah miliknya sendiri di Taman Cheras. Selang beberapa tahun selepas itu, Datin Fadzila menemukan Zalina dan Encik Musa kembali kerana mahu menamatkan episod duka yang dilalui Zalina selama hidup membujang. Zalina yang masih setia menanti kekasihnya nekad untuk memiliki lelaki itu buat kesekian kalinya. Mereka melangsungkan pernikahan di negeri sempadan tanpa perlu meminta keizinan Puan Husna terlebih dahulu. Selama tujuh tahun mereka menyembunyikan perkara itu dan kini, langkah seterusnya harus diambil demi menjaga rahsia Datuk Yunus dan Datin Fadzila.




Yusuf menyuapkan makanan ke mulutnya tanpa selera. Hatinya masih marah pada ibunya yang telah merosakkan rancangan asalnya untuk keluar bersama Musliha memandangkan esok, mereka perlu mendaftarkan diri ke universiti masing-masing. Ajakan ibunya tidak dapat ditolak kerana majlis makan malam itu memerlukan Yusuf sebagai watak utama memandangkan majlis itu adalah sempena kejayaan Yusuf dalam menempatkan diri ke universiti mulai esok.
Excuse me for a while,” dengan penuh tertib, Yusuf memgelap mulutnya dengan napkin yang tersedia lantas berlalu dari meja makannya. Jarinya pantas menekan punat-punat telefon bimbitnya, mencari nama ‘Alia’.
“Helo, Mus,”
“Helo..majlis dah habis ke?”
“Belum. Awak marah ke?”
“Takda lah. Tak kisah pun. Cuti sem kan ada? Nanti kita jumpa lagi, awak belanja lah,”
“Kenapa awak tak reply SMS?
“Kredit habis lah,”
“Oh..Mus, sorry ya,”
“Kan kite dah cakap, kite tak kisah. Nanti dah sudah majlis, awak buka email tau. Ada something yang Fiza bagi. Kite pun ada bagi something jugak,” Musliha cuba membawa Yusuf ke topik lain.
“Okay. Nanti kite bagi kredit kat awak ya, anggap kite ganti janji kite pada awak,”
“Eh, tak payah lah susah-susah,”
“Kite ikhlas. Lagipun, kite nak awak reply SMS kite. Okay?”
“Okay lah. Yusuf, kite nak sambung packing lah, cakap lagi lain kali ye, kirim salam kita kat auntie. Bye,
Bye” sebaik sahaja talian dimatikan, “Sayang,” Yusuf menyambung sendiri. Kempunan lah Yusuf malam ini hendak melihat wajah kesayangannya. Dia benar-benar kasihkan Musliha. Kasihnya tidak dapat ditafsirkan oleh sesiapa pun. Tidak pernah Yusuf luahkan perasaannya itu kepada sesiapa kecuali kepada diari-diarinya sahaja. Diari Yusuf dihiasi kata-kata berbunga selama beberapa edisi. Baginya, kata-kata luahannya terhadap Musliha tiada penghujungnya. Yusuf sayang Alia.




No comments:

Post a Comment