Rossa - Takdir Cinta

Sunday 19 June 2011

Bab 23


Masuk hari ini, sudah lima hari Yusuf mendiamkan diri. Musliha tetap cuba mencari Yusuf dengan bantuan Sofea. Setiap kali nombor telefon Yusuf dihubungi, suara yang sama menjawab panggilan itu bagi pihaknya. Suara operator rangkaian Celcom. E-melnya juga tidak berbalas. Bukan setakat e-mel dari Musliha yang tidak berbalas, bahkan e-mel yang dihantar oleh Hafizah juga tidak berbalas.
Musliha tidak mampu lena lagi. Fikirannya kian serabut memikirkan Yusuf. Saban malam, solat hajat ditunaikan agar keselamatan Yusuf terjamin. Selesai mengulangkaji, Musliha cuba untuk melelapkan matanya memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Esok, Musliha akan ke Bandar Sri Permaisuri untuk ke Vila Nuzila. Dia pasti, itu sahaja satu-satunya cara untuk mendapat tahu tentang Yusuf.
Mengikut kata Sofea, Yusuf langsung tidak hadir ke kuliah selama mereka sibuk menjejaki Yusuf. Tambahan pula, rakan sebilik Yusuf turut sama mencari Yusuf. Sofea sudah cuba untuk mendapatkan maklumat tentang keluarga Yusuf bagi mendapatkan nombor telefon kedua ibubapa Yusuf, namun gagal kerana segala maklumat pelajar adalah sulit. Ianya hanya untuk kegunaan pejabat dan pensyarah. Sofea sendiri tidak mengetahui sama ada pihak universiti sudah memulakan usaha mencari Yusuf ataupun tidak. Mungkin saja Yusuf sudah memberi alasan akan ketidakhadirannya.
Baru-baru ini, salah seorang rakan sekelas Yusuf ada ternampak Datuk Yunus di pejabat Hal Ehwal Pelajar. Namun, tidak sempat pula Sofea pergi bertanyakan hal Yusuf kepadanya. Tentunya Yusuf ada sebab kukuh untuk tidak menghadiri kelas selama seminggu.


Musliha berjalan sendiri di tepi pantai. Sesekali angin yang menghembus melayangkan rerambutnya.
“Alia!” Musliha menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. Kosong. Tiada sesiapa di arah itu. Musliha ligat mencari gerangan si pemanggil itu.
“Alia!” suara itu kedengaran lagi. Kali ini bayang seorang lelaki datang dari arah depan. Musliha mendekati lelaki itu. Sebaik tubuh lelaki itu benar-benar berada di hadapannya, Musliha meneliti wajah lelaki itu. Kelam. Wajah lelaki itu tidak dapat dilihatnya. Namun dia dapat meneka siapakah gerangan lelaki itu.
“Yusuf?” sebaik nama itu disebut, wajah Yusuf mula terang, tersenyum. “Yusuf, awak pergi mana?” tanyanya dalam sendu.
“Maaf, Alia. Saya tak dapat jumpa awak untuk seketika tapi saya janji, saya akan bawa awak bersama dengan saya.” Wajah tenang itu ditatap Musliha.
“Saya tak nak ikut awak, saya tak sanggup tinggalkan Fik,”
“Maknanya saya hanya akan pergi seorang diri. Awak tak perlu cari saya lagi. Tapi saya janji, saya akan kembali pada awak kalau awak dah bersedia untuk tinggalkan Fik. Selamat tinggal, Alia,” Yusuf melangkah pergi dari Musliha. Musliha terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan. Dia tidak mahu Yusuf pergi meninggalkannya sendiri di pulau itu.
“Yusuf! Jangan pergi! Saya perlukan awak!” Musliha memanggil Yusuf. Lelaki itu cuba dikejarinya. Namun, dia sudah terlambat. Yusuf sudah manghilang pergi. Pergi meninggalkannya sendiri di pulau yang tidak dia kenali itu.
“Yusuf!” Musliha masih cuba memanggil Yusuf meskipun Yusuf tiada lagi di situ.
“Mus..” kakinya terasa digerak-gerakkan. Dalam gelap, wajah Nurul masih jelas di pandangannya. Musliha melihat sekelilingnya. Rupanya dia berada di dalam biliknya bersama Nurul. Ternyata itu semua hanya mimpi. Syukurlah. Sekurang-kurangnya Yusuf pergi meninggalkannya di dalam mimpi sahaja.
“Awak okay?” Nurul bertanya sebaik melihat mata Musliha yang sudah terbuka.
“Nurul..saya mimpi Yusuf. Dia pergi tinggalkan saya,”
“Sabar..awak mimpi je tu,” belakang tubuh Musliha digosok Nurul.
“Saya rasa tak sedap hati dengan mimpi tu, Nurul. Saya dapat rasakan something buruk dah jadi pada Yusuf,” suara Musliha makin cemas. Nurul yang berada di sampingnya cuma mampu mendengar.
Lantas komputer ribanya dicapai. Musliha mengaktifkan profilnya di Skype. Panggilan video dibuat kepada Hafizah. Dia tahu, Hafizah ada di hadapan komputer ribanya di waktu ini.
“Mus!” Hafizah melambai-lambai Musliha melalui kamera web itu, ceria.
“Fiza..tadi kite mimpi,” keceriaan yang ditunjukkan Hafizah tidak disambut. Serta-merta, senyuman di bibir Hafizah turut pudar.
“Mimpi? Mimpi apa?”
“Yusuf..dia pergi tinggalkan kite. Lepas kite panggil dia berkali-kali pun dia tak menyahut dah. Yang peliknya, kite cakap dengan dia guna `saya’ dan `awak’. Mimpi tu pelik sangat Fiza,” dahinya berkerut-kerut sambil menceritakan hal mimpinya kepada Hafizah.
“Mus, mimpi tu mainan tidur. Jangan difikirkan sangat lah,” Hafizah cuba menyedapkan hati Musliha biarpun hatinya makin runsing.
“Tapi mimpi tu macam ada makna. Mana lah tahu kalau ada apa-apa yang buruk dah jadi pada Yusuf? Kite risau lah, Fiza,” kerisauannya tidak reda kerana dia pasti, mimpinya sebentar tadi penuh dengan maknanya sendiri.
“Awak jangan lah doakan macam tu,”
“Tak, Fiza, kite sentiasa doakan yang baik untuk Yusuf,”
“Habis tu, kenapa awak cakap macam tu? Awak tahu kan, setiap kata-kata tu adalah doa. So, you better go get your sleep now.
“Awak sure ke awak tak simpan nombor telefon parents Yusuf? Nombor telefon rumah yang awak bagi tu, tak berjawab,” Musliha cuba mencari kepastian.
“Tak ada, Mus. Kite tak simpan nombor diorang. Kite pun risau jugak. Kalau boleh kita nak balik Malaysia sekarang jugak,” Hafizah sudah mula meluahhkan kerunsingannya.
“Fiza, kite tak sanggup nak kehilangan sahabat lagi. Terlalu banyak kenangan kite dengan Yusuf kat sini. Tak mungkin dia pergi macam tu je, Fiza,” suaranya kini makin dihanyut kesedihan namun masih tiada airmata yang meniti walau setitis jua.
“Tak ada lah. Cukup lah tu, jangan fikir bukan-bukan lagi. Okay?”
“Okay. Kalau ada apa-apa yang awak tahu, bagitau kite tau,”
“Okay..okay..pergi tidur,”
“Okay, goodnight Fiza!”
Goodnight.” Segera talian itu dimatikan.
Nurul yang masih belum dapat menyambung lenanya masih setia menemani Musliha di sisi.
“Dah lah tu Mus. Tak usah difikirkan sangat. Esok, saya temankan awak ke rumah dia ya. Biar saya drive.” Nurul menawarkan pertolongannya kepada Musliha.
“Nak drive apa? Mana ada kereta,” Musliha bingung dengan cadangan Nurul.
“Kita pinjam kereta Syafik lah,” Nurul cuba memberi idea. Namun Musliha menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak menyetujui idea Nurul.
“Jangan! Kita tak pernah bagitau dia tentang hal ni. Boleh tak saya nak minta tolong awak?”
“Apa?” Nurul menanti ayat Musliha seterusnya.
“Tolong jangan bagitau Syafik tentang esok dan jangan sesekali sebut nama Yusuf depan Syafik. Boleh?”
Sure. But why?” Nurul teragak-agak mendengarkan permintaan Musliha itu.
“Entahlah. Syafik tu memang dari dulu pantang dengar nama Yusuf, kalau dia dengar je nama tu, mulalah angin satu badan.”
“Agaknya sebab dia terlalu sayangkan awak kot,”
“Mungkin jugak.” Musliha menjawab hambar. Baginya, walau sehebat mana pun rasa sayang Syafik padanya, tidak semestinya sahabat Musliha diabaikan begitu sahaja.
“Esok kita sewa kereta lah. Okay tak?”
“Boleh jugak tu. Tapi nak sewa dari mana?”
“Saya ada nombor sorang senior ni. Dia memang ada sewakan kereta. Esok saya call dia,” suara Nurul ceria.
“Thanks Nurul. Awak dah banyak tolong saya.” Nurul hanya memberikan senyuman manis tatkala mendengarkan ucapan Musliha itu. Hatinya ikhlas membantu. Tiada sedikit pun balasan yang diharapkan. Sesungguhnya budi yang dicurahkan Nurul kepada Musliha tidak mampu dibalasnya. Sudah terlalu banyak pertolongan yang dihulurkan oleh Nurul.


Sebaik sampai di Bandar Sri Permaisuri, Musliha semakin berdebar untuk berjumpa dengan Datuk Yunus mahupun Datin Fadzila. Dia sendiri tidak mengerti mengapa rasa debaran itu kian memuncak. Yang pasti, ada suatu rasa yang kurang senang sedang bertapak di dasar hatinya sejak menyedari kehilangan Yusuf.
Vila Nuzila tampak sunyi. Sebaik kereta yang dipandu Nurul diparkir di depan perkarangan Vila Nuzila, Musliha segera menapak keluar dari pintu kereta itu.
“Assalamualaikum!” salamnya dilaung setelah berkali-kali loceng ditekan.
“Nak, anak ni cari siapa?” Pekebun Vila Nuzila yang sedang berlegar di kawasan kebun itu menyapa Musliha.
“Pak cik, saya Musliha, kawan Yusuf. Boleh saya jumpa Datuk Yunus ataupun Datin Fadzila?” tanyanya lembut.
“Datuk dengan Datin tak ada di sini, nak. Katanya ada hal penting nak diselesaikan di luar negara.” Pekebun itu menjawab dengan tenang.
“Luar negara? Kat mana pak cik?”
“Pak cik tak tahulah pulak kat mana. Tak ada pulak diorang bagitau pak cik,”
“Yusuf ikut diorang ke? Lama ke diorang ke sana?” soalan Musliha mula ditubi.
“Eh, tak. Masa diorang pergi tu, Yusuf tak ada sama. Pak cik ni tak tahu sangat lah, nak. Maklumlah, pak cik datang setiap Sabtu dengan Selasa je. Lama atau tidak tu, pak cik pun tak pasti.”
“Habis tu, siapa yang jaga rumah ni, pak cik?” 
Guard kan ada. Diorang lah yang jaga,” sambil mulutnya dimuncungkan ke arah pondok jaga di sudut tepi Vila itu.
“Pak cik ada nombor telefon Datuk atau Datin?”
“Ada, tapi katanya nombor ni tak digunanya di sana.”
“Tak apa, bagi je. Saya akan cuba contact,” pekebun tersebut hanya menurut dengan menunjukkan nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya kepada Musliha. “Terima kasih ya, pak cik.”
“Sama-sama,” mereka berbalas senyuman sebelum Musliha beredar dan memasuki kereta.
“Nurul, nanti, bila nampak ada satu hotel besar, berhenti di situ ya. Saya nak cuba tanya kawan-kawan kerja saya. Mungkin diorang tahu. Who knows?” bagaikan pemandu, Nurul sekadar mengangguk. Nombor telefon yang diperoleh daripada pekebun itu tadi cuba dihubungi. Namun, Musliha hampa kerana kedua-dua nombor itu hanya dijawab oleh suara yang sama sepertimana di dalam panggilan kepada Yusuf.
“Dapat tak?” Nurul bertanya sebaik melihat Musliha yang seakan tertekan.
“Tak. Balik-balik, operator jugak yang jawab. The number you have dial, is not in service,” Musliha mengajuk suara dan nada operator yang kerap didengarinya sejak kebelakangan ini.
“Awak ni, sempat lagi melawak,” Nurul tertawa denagn gelagat Musliha. Musliha membiarkan sahaja tawa itu sambil tangannya masih ligat mencuba untuk menghubungi nombor-nombor tadi.
“Hotel ni ke, Mus?”
“Haah. Awak parking kat luar je. Saya turun kejap,” lantas kereta itu diparkir berdekatan dengan tempat perhentian bas. “Tunggu tau, saya pergi sekejap je,” kata Musliha sambil menolak pintu kereta. Nurul hanya mengangguk sahaja.
Setibanya Musliha di pintu masuk lobi Hotel Seri Kayangan, Syamil yang masih setia menjadi penyambut tetamu terkejut melihat kehadiran Musliha.
“Mus! Puan Haiza kata kau dah berhenti. Nak sambung balik ke?”
“Tak lah. Aku nak tanya kau ni. Kau ada jumpa Yusuf?”
“Yusuf? Mana lah ada. Dia kan dah lama tak kerja sini. Apsal? Ni mesti kes gaduh ni,” sambil jari telunjuknya digerak-gerakkan.
“Ada-ada je lah kau ni,” langkahnya pantas menuju ke arah kaunter penerimaan.
“Eh, Mus. Apakah gerangannya yang membawa kau ke sini, Musliha?” Syila menyambut kehadiran Musliha, ceria.
“Kau ni kenapa? Bermadah pujangga pulak. Aku nak tanya, kau ada jumpa Yusuf kebelakangan ni?” laju saja soalannya diaju.
“Yusuf? Tak ada pulak. Kenapa?” Syila mula hairan.
“Saja aku tanya,” Musliha tidak mahu memberitahu perkara sebesar ini sekarang kerana dia tidak ingin menambah kerunsingan orang lain.
“Ada, tapi yang aku bagitau kau tu lah. Masa kau balik kampung hari tu,”
“Selain tu?”
“Tu kali terakhir aku jumpa dia setakat ni. Kenapa, Mus?” Syila masih tidak berpuas hati.
“Tak ada apa-apa cuma aku dah lama tak dengar khabar dia. Puan Haiza ada?”
“Ada,” pantas sahaja Musliha menapak ke pejabat Puan Haiza tanpa berlengah lagi.Pintu pejabat Puan Haiza diketuk perlahan.
“Siapa?” suara Puan haiza kedengaran sayup dari luar.
“Mus,”
“Masuk,” pintu pejabat itu dikuak perlahan. “Ya, Mus. Mak Su memang tengah nak contact Mus.” Raut wajah Puan Haiza tampak ceria namun masih ada keresahan yang disirat.
“Nak contact Mus? Kenapa Mak Su?” Musliha jadi penasaran.
“Sebelum tu. Mus datang ni kenapa?” Puan Haiza tidak tahu bagaimana harus dia beritahu perkara penting itu kepada Musliha.
“Oh..hmm..nak tanya kalau Yusuf ada datang sini jumpa Mak Su,” Musliha meringkaskan jawapannya kerana jantungnya sudah mula berdegup kencang apabila melihat raut wajah Puan Haiza yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu yang penting.
“Apa yang Mak Su nak bagitau ni pun tentang Yusuf juga, Mus,” Puan Haiza berkata perlahan-lahan demi mengawal emosi yang mungkin berlaku.
“Kenapa dengan Yusuf, Mak Su?” Musliha cuba mengawal debarannya apabila dapat merasakan ianya adalah sesuatu yang buruk. Puan Haiza terdiam. Surat di tangannya digenggam kemas. Berat hatinya untuk menyerahkan surat tersebut kepada Musliha. Meskipun surat itu adalah amanahnya untuk Musliha, namun ianya seakan suatu beban untuk diserahkan. Ditanggung berat, diserah juga berat.
“Mak Su, bagitau lah. Kenapa?” Musliha semakin cemas.
“Mus sabar ya,” sambil surat ditangannya dihulurkan kepada Musliha dengan perasaan yang sungguh resah.
Surat yang beralamatkan pejabat Pengurus Hal Ehwal Tetamu Hotel Seri Kayangan itu ditatap Musliha. Perlahan-lahan, isinya dikeluarkan.

Assalamualaikum Haiza,
Pertama sekali saya nak amanahkan surat ini kepada Musliha. Maaf kiranya surat ini mengganggu Haiza tetapi saya tak tahu bagaimana lagi untuk beri khabar penting ini.

Assalamualaikum Musliha,
Auntie minta maaf kalau selama ini, Auntie menyusahkan Musliha. Buat pengetahuan Musliha, Yusuf sudah pun menamatkan pelajaran di universiti atas sebab terlibat dalam kemalangan pada Ahad lepas. Auntie dengan Uncle buat keputusan untuk menangguhkan pelajaran Yusuf di universiti sebaik mengetahui bahawa Yusuf akan berada dalam keadaan koma yang agak lama.
Pada pagi Isnin lepas, doktor telah mengesahkan otak Yusuf mengalami pendarahan yang teruk akibat hentakan yang terlalu kuat. Yusuf tidak mungkin pulih seperti biasa lagi. Pada belah tengahari, Yusuf telah menghembuskan nafas terakhir di sisi Auntie dan telah dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Kini, saat Musliha baca surat ini, tentunya Auntie sudah jauh dari Malaysia. Kami terpaksa meninggalkan Malaysia buat seketika untuk meredakan kesedihan. Kalau tak, bayangan Yusuf sentiasa datang dalam hidup Auntie sehari-hari. Auntie seakan-akan tak redha dengan pemergian Yusuf. Auntie tak nak rohnya jadi tak tenang hanya kerana cara penerimaan Auntie terhadap kematian ini.
Semoga Musliha dapat menerima ketiadaan Yusuf. Sedekahkanlah ayat-ayat suci baginya. Doakanlah semoga rohnya tenang di sana. Amin.

Salam sayang,
-Auntie Ila-

Musliha tidak berkelip memandang Puan Haiza. Nafasnya seakan sesak. Dia tidak percaya akan apa yang baru sahaja dibacanya.
“Sabar, Mus,” Puan Haiza yang sudah menitiskan airmata cuba meredakan Musliha. Walaupun Musliha tidak menitiskan airmata, namun kesedihan itu dapat dirasakan Puan Haiza.
“Tak mungkin, Mak Su. Tak mungkin! Yusuf masih hidup, Mak Su,” Musliha mula teresak-esak namun airmatanya tetap tidak menitis.
“Mus, bawak mengucap. Semua tu kerja Allah. Kita tak boleh nak menidaknya,” jari-jemari Musliha diusap dan digenggam kemas.
“Mus balik dulu, Mak Su,” tangan Puan Haiza dikucupnya lalu langkahnya dibuka untuk meninggalkan pejabat itu.
“Mus nak pergi mana ni?”
“Mus nak balik kampus. Ada hal penting. Surat ni, Mus simpan ya?” pintu pejabat itu sudahpun dibukanya.
“Baiklah. Hati-hati ya Mus,” Puan Haiza agak bingung dengan cara Musliha. Apakah Musliha menerima pemergian Yusuf?
Musliha laju melangkah ke tempat Nurul memarkirkan keretanya. Syila yang sedang berbicara dengan seorang tetamu hotel di kaunter penerimaan hairan melihat Musliha yang kelihatan sugul.
“Mus!” Syamil cuba memanggil Musliha yang sedang melangkah laju keluar pintu. Namun, apabila Musliha tidak menghiraukan panggilan itu, Syamil jadi terpinga-pinga.
“Jom, Nurul,” kata Musliha sebaik masuk ke dalam kereta.
“Apa cerita?” Nurul cuba merungkai persoalannya dahulu sebelum menghidupkan enjin kereta.
“Yusuf tak ada kat sini,” jawabnya ringkas. Musliha masih tidak dapat menerima isi kandungan surat itu. Musliha yakin, Yusuf masih hidup. “Jom lah gerak,” gesanya lagi kepada Nurul yang masih membatu.
“Mus..awak okay tak ni? Kenapa saya nampak awak ni semacam je,” Nurul dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada Musliha. Nafas Musliha yang naik turun sedari tadi menambahkan kemusykilan Nurul.
“Saya okay..saya okay..saya okay, Nurul! Yusuf masih hidup! Awak tak payah risau, kita gerak jelah!” suara Musliha mula meninggi.
“Mus..saya tak akan bergerak selagi awak macam ni. Bersabarlah Mus. Cuba beritahu saya apa yang dah jadi. Bawak mengucap, Mus. Kita orang Islam, ingat tu,” Nurul sudah mula menangkap apa yang sebenarnya bermain di fikiran Musliha. Musliha menghulurkan surat tersebut kepada Nurul. Musliha memejamkan matanya. Nafasnya ditarik sedalam mungkin.
Ya Allah, apakah aku tidak dapat menerima qada’ dan qadhar Mu? Jahilkan aku kiranya aku tidak dapat menerima berita kematian ini? Ampunkan aku Ya Allah. Yusuf, kenapa awak tinggalkan kite, Yusuf? Kenapa?! Batinnya menjerit.
“Mus...sabar. Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi tentunya semua ni ada hikmah. Terimalah takdir ni, Mus. Yang pergi tetap pergi dan kita yang hidup mesti teruskan hidup.” Ujar Nurul sebaik isi surat tersebut dibacanya habis. Musliha masih membisu. Lalu enjin kereta dihidupkan dan kampus menjadi destinasi mereka. Sungguh perit bagi Musliha untuk menerima kematian ketiga daripada sahabatnya. Hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kepada Musliha. 

1 comment: