Rossa - Takdir Cinta

Wednesday 8 June 2011

Bab 13


Yusuf bersiul-siul ceria sambil keretanya dipandu laju. Sesekali tangannya dicium. Masih terasa-rasa kelembutan jari-jemari Musliha di dalam genggamannya tadi. Sebaik keretanya dihenti akur kepada arahan lampu merah, matanya terpejam saat dia cuba mengingatkan kembali haruman rambut gadis itu. Alangkah bahagianya hidupku jika kau sudi menerimaku di hatimu. Akan ku selalu nikmati haruman semula jadimu. Alia Musliha..hanya kau yang aku ingin miliki. Benarkanlah segenap hatimu itu dibelai olehku.
“Hoi, kalau nak tidur, tidurlah kat rumah! Orang lain pun nak jalan juga!” Yusuf tersentak daripada lamunannya. Dia mengangkat tangannya tanda maaf kepada pemandu-pemandu yang membunyikan hon kereta dek kelalaiannya kepada arahan lampu hijau. Yusuf meneruskan perjalanannya seperti biasa menuju ke rumahnya. Dia tersenyum sendiri tatkala mengingatkan lamunannya tadi. Alia..Alia..apa lah yang kau dah lakukan padaku ini? Angaukah aku? Ya, memang aku cintakanmu. Lantas radio dipasangnya bagi meredakan perasaan itu. Kedengaran lagu `Yang Terindah’ nyanyian Dak Mi. Yusuf menghayati lagu itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedari aku izinkan

Kau..yang bernama cinta
Kau..yang memberi rasa
Kau..yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa kasih
Disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau..yang bernama cinta
Kau..yang memberi rasa
Kau..yang ilhamkan bahagia
Hingga aku rasa indah

Kau yang bernama cinta...hingga aku rasa indah

“Kau yang bernama Alia...hingga aku rasa indah,” Yusuf bernyanyi sendiri. Bahagia.


Musfira mencari mata Musliha melalui cermin kereta. Musliha kelihatan biasa sahaja. Musfira berasa hairan. Tidak ceriakah Musliha dengan kehadiran dan layanan Yusuf tadi? Atau Musliha memang tidak punya perasaan?
“Mus, happy tak?”
Happy lah. Kenapa kak Fira tanya Mus? Bukankah sepatutnya soalan tu ditanyakan pada Alif dan Amir?” Musliha bingung dengan soalan Musfira. “Korang dua happy tak?” tanyanya kepada Alif dan Amir. Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan yang sangat bersungguh daripada mereka berdua.
“Takda lah, Alif dengan Amir tu, akak tak payah tanya pun takpa. Riak muka diorang jelas nampak betapa gembiranya hati tu. Lain lah Mus tu, nak kata seronok, macam biasa saja. Kalau nak kata tak seronok, macam seronok juga. Sebab tu lah akak tanya. Tapi kalau dah jawapannya happy, akak pun lega lah.”
“Isy kak Fira ni, tentu lah Mus seronok hari ni,”
“Tambah-tambah lagi sebab ada Abang Yusuf kan?” Amir mencelah.
“Jangan pandai-pandai menambah ya. Amir bayangkan kalau Amir ada sahabat yang baik sangat dengan Amir. Hmm..contohnya Alif lah. Alif masuk asrama di Kedah, Amir pula di Pahang. Dua minggu sekali baru boleh balik. Tu pun tak tentu, kalau ada aktiviti sekolah, tak dibenarkan balik. Satu hari, bila tiba cuti sekolah, Kak Mus bawa Amir dengan Alif jumpa balik, pergi makan sedap-sedap, main ice-skate, mesti lah seronok kan?”
“Seronok! Jadi betullah kak Mus seronok tadi sebab adanya Abang Yusuf kan?” Alif cuba menyakat kakaknya lagi. Muka Musliha merah padam.
“Suka hati korang lah nak kata apa pun,” Musliha memalingkan mukanya ke tingkap sisi. Dia terasa panas di pipinya lalu disembunyikan wajah yang berubah merah itu.
Ya, aku akui, aku sungguh gembira tika bersama dengan Yusuf tadi. Manakan tidak, sudah lama aku tidak bertemu dengan sahabat yang banyak membantu ku itu. Bisik hati Musliha.



Kain skirt labuh berwarna putih dipadankan dengan blaus feminin berwarna ungu direnung Musliha. Dia menyusun kain labuh dan blaus itu di atas katil. Direnungnya berkali-kali padanan itu sambil jari telunjuknya diletakkan ke dagu. Selang beberapa saat, pintu kamarnya diketuk lembut. Lantas dia membuka pintu itu. Puan Husna terjengul di balik pintu.
“Dah siap ke belum? Yusuf dah sampai,”
“Alamak! Dah sampai? Mus belum siap lagi ni, bu.”
“Siap lah cepat sikit, ibu panggil Yusuf masuk dulu ya.”
“Bagus juga tu,”
“Cepat sikit, jangan buat orang tunggu pulak,”
“Ye lah, bu.”

Tanpa berfikir lebih panjang, Musliha terus menyarung pakaian yang direnungnya tadi itu. Sebenarnya dia tidak berasa begitu selesa dengan blaus pendek itu. Biasanya baju yang dipakai Musliha pasti melepasi paras punggung tetapi blaus itu hanya di takat pinggangnya sahaja. Namun, penampilannya masih tampak sopan kerana skirt labuh yang dipakainya bukanlah berpotongan lurus. Ditambah pula material nilon pada skirt itu, menyebabkan skirt itu tidaklah melekat pada tubuhnya. Lengan baju pada paras siku memberi keselesaan kepada Musliha. Seperti biasa, rambutnya dilepaskan dan hanya klip rambut yang terhias di kepalanya.
Tombol pintu kamarnya dipulas perlahan-lahan. Kedengaran suara Yusuf yang sedang berbual kosong dengan ibunya. Aduh! Entah-entah aku overdress. Detik hatinya.
“Mus! Cepat sikit, Yusuf dah tunggu ni,” Musliha membetul-betulkan bajunya apabila terdengar laungan suara Puan Husna.
“Ya, bu. Dah siap dah,”
Pintu kamarnya lantas dibuka lalu Musliha menapakkan diri keluar dari kamarnya dengan muka selamba, menyorok perasaan gundah gulana yang dirasakan di hatinya. Yusuf terpesona dengan penampilan Musliha. Matanya tidak lepas dari memandang Musliha hingga membuat Musliha tidak keruan. Puan Husna juga terkejut melihat penampilan anaknya. Cantik!
“Kenapa pandang kite macam tu? Tak cantik ke? Kite pergi tukar pakaian kejap lah,”
“Eh, nanti Mus, okay dah tu. Tak payah lah tukar. Jom, nanti terlambat pulak,” Yusuf cuba menyembunyikan rasa terpesonanya terhadap penampilan Musliha. Ayu sungguh! Detik hatinya. “Makcik, kami pergi dulu, ya.” Yusuf bersalam dengan Puan Husna, dituruti Musliha pula.
“Pergi dulu, bu.”
“Ye lah. Hati-hati pandu kereta tu ya Yusuf,”
“Baiklah makcik. Al-maklumlah bawa anak dara orang kan?” mereka hanya tertawa mendengar senda Yusuf itu. Yusuf hendak menolong Musliha membuka pintu kereta di sebelah penumpang, namun Musliha menolak.
“Tak payah lah sampai macam tu sekali, kite tahu lah nak buka pintu ni macam mana,” sebenarnya Musliha segan dilayan begitu. Mereka bukan pasangan kekasih, hanya sahabat, tidak lebih dari itu.
“Saja nak jadi  gentleman tak boleh ke? ” Yusuf termalu sendiri dengan caranya yang janggal di mata Musliha itu.
“Seganlah Yusuf,” Yusuf sudah dapat mengagaknya. Dia langsung ke tempat pemandu dan dihidupkan enjin kereta Perodua MyVi pemberian Datuk Yunus itu.
Kenapa Yusuf ni senyap je ya? Adakah dia tak suka tengok aku berpakaian begini? Padaku, dia sungguh kacak pada malam ini. Tak sangka pilihan warna kami sama pula. Warna putih. Kemeja putih yang dipakai santai begitu membuatkan dia tampak lebih kemas daripada biasanya tapi dia meniru gayaku. Lengan bajunya disising ke siku persis bajuku. Takpa..takpa..aku maafkan dia kerana dia tampak kacak berpakaian macam tu. Bertuah sungguh rasanya dapat sahabat sekacak ini. Sekali tengok, macam penyanyi barat. Ya, senyumannya persis Enrique Iglesias.
Cantiknya awak malam ni, Musliha. Kalaulah kite dapat tarik awak dalam dakapan kite, dah lama dah kite tarik awak tau. Alia..tunggu lah, akan ku luahkan perasaan yang kian menggamit sanubariku. Aku tidak sedar, sejak bila aku dilamun cinta kepadamu. Namun yang pasti, aku sememangnya mencintaimu. Di dalam fikiranku hanya ada dikau, Aliaku. Ya, aku pasti hanya aku yang kau benarkan untuk memanggilmu dengan panggilan itu.
Kesepian beraja di antara mereka. Masing-masing dengan lamunan yang tiada henti. Nafas Yusuf kian sesak dengan perasaan yang dipendam di dada. Kalau diikutkan hati, sekarang juga ingin diluahkan perasaan itu. Entah mengapa, kekuatan yang dikumpulnya selama ini hilang. Berbagai ayat yang telah direkanya untuk luahan perasaan itu nanti. Di dalam diarinya penuh dengan kata-kata cinta buat Musliha. Latihan di depan cermin juga nampaknya tidak dapat memberi kekuatan sepenuhnya buat Yusuf.
Sebaik kereta diparkir, mereka saling berpandangan. Yusuf terpana seketika dengan pandangan mata itu. Segera dialihkan pandangannya ke luar.
“Jom, nak kite bukakan pintu ke?”
“Eh, tak payah mengada. Cuma kite tak tahu macam mana nak keluar kalau pokok besar ada kat sebelah ni,”
“Alamak, sorry  tak perasan, sayang,”
Terbeliak mata Musliha terdengar perkataan itu.
“Sayang?”
“Hah? Oh..maksud kite, sayanglah kereta ni terkena ranting-ranting tu, takut calar,” pantas sahaja Yusuf menyembunyikan maksud sebenarnya. Aduh, terlepas lagi! 

No comments:

Post a Comment