Rossa - Takdir Cinta

Wednesday 8 June 2011

Bab 14


Restoran Chop & Grill, sebuah restoran berkonsep makanan barat yang direka dengan suasana marin cukup mempesonakan sesiapa sahaja yang singgah ke situ. Arca kapal yang dijadikan sebagai kaunter pembayaran diperhatikan Musliha. Seorang pekerja restoran itu menunjukkan arah meja yang telah ditempah Yusuf. Musliha terpana dengan keindahan hiasan sekeliling meja itu. Ditambah dengan kolam ikan yang berada bersebelahan dengan meja tersebut, Musliha tersenyum.
“Duduklah, nak kite tarikkan kerusi ke?”
Musliha menggeleng perlahan. Sungguh tidak dia sangka makan malamnya bersama Yusuf sungguh indah.
“Bos, nak hidang terus, atau nak air dulu?” tanya pelayan restoran tersebut.
“Hmm..takpa, air dulu,”
Selang beberapa minit, dua jus tembikai dihidangkan. Musliha teruja melihatkan warna jus yang sungguh merah itu. Jelas terlihat kesegarannya.
“Nampak sedaplah, Yusuf. Pandai awak pilih tempat,”
“Rasalah dulu,” Musliha menghirup jus tembikai kegemarannya.
“Sedap gila!” Musliha seakan-akan terjerit kecil.
“Yang sedap tu jus, yang gila tu awak, kan?” Tak! Yang gila tu aku, gilakan kau, Alia.
“Amboi, sedap hati dia je kata kite gila ya? Tahulah pakaian kite ni tak sesuai kan?” Musliha menarik muka.
“Kenapa pula tak sesuai? Kite cakap terus-terang kat awak ya. Sebenarnya awak nampak cantik sangat pakai macam ni. Serius, tak tipu. Kite hampir pengsan tau tadi,”
“Tipu. Kalau cantik, kenapa dalam kereta tadi awak senyap je. Sepatah pun tak cakap,”
“Sebab nak pengsan tu lah,”
“Ada-ada je awak ni. Agak-agak bila kita nak mula makan ni? Ibu pesan, jangan balik lambat tadi. Takut nanti apa pula jiran-jiran kata,”
“Awak dah lapar ke?”
“Kalau ikut rasa lapar tu, rasanya tak lagi tapi ye lah, tujuan kite keluar ni kan, nak makan?”
“Hmm..kalau kite kata kite ada tujuan lain, macam mana?”
“Awak jangan nak buat benda bukan-bukan pulak. Kite percayakan awak tau. Awak sahabat baik kite, ingat tu,” Musliha mula berfikiran negatif.
“Ke situ pulak fikirnya. Bukan benda tak eloklah, Mus”
“Habis tu? Apa?”
“Nak tunaikan janji lama tu lah,” Yusuf masih belum mengumpul kekuatannya untuk memberitahu perkara sebenar.
“Oh, ingatkan apa, buat suspen je. Kalau kite tanya satu soalan, awak jawab jujur ya,”
“Pernahkah kite tak jujur dengan awak?”
“Manalah kite tahu kalau awak tipu pun kan?”
“Awak kata tadi, awak percayakan kite, kite ni sahabat baik awak, tapi sekarang macam tak percaya pulak,” Yusuf bernada rajuk.
“Yusuf..kite gurau je. Kenapa awak sensitif sangat ni?”
Sorry..sorry..bukan sensitif pun, mungkin nada kite yang buat awak rasa kite ni sensitif kot,”
“Tak, bukan kali ni je. Dalam ym pun sama. Dalam telefon pun sama. Ada je yang tak kena. Kenapa? Mulut kite celupar ke dengan awak?”
Maaf Alia. Mungkin kerana perasaan yang terpendam ini yang membuatkan aku cepat terasa hati. Terkadang, aku hanya ingin bermanja denganmu. Desis hati Yusuf dengan pandangannya tertumpu ke mata Musliha, sayu.
“Takda lah. Mungkin ada sebab lain. Jiwa kacau sikit,”
“Awak ada masalah? Tak nak kongsi dengan kite?”
“Takda masalah pun. Buat masalah je,” Yusuf memberi senyuman kepada Musliha.
“Apa awak maksudkan ni? Kite tak faham,”
“Kite pun tak tahu apa yang kite merepek. Abaikan je lah. Satu hal yang awak perlu tahu, awak tak celupar pun. Maaf kalau cara kite buat awak berkecil hati, tapi sebenarnya kite tak terniat pun nak buat awak kecil hati. Okay? Ingat tu,”
“Hmm..syukurlah kalau macam tu. Kite tak nak kehilangan sahabat kite lagi,”
“Tak..tak mungkin awak akan kehilangan kite. Kite akan sentiasa ada untuk awak. Berbalik kepada topik asal, awak nak tanya apa tadi?”
“Oh..hmm..kite tertanya-tanya lah kenapa awak ikut kite keluar dengan keluarga kite pagi tadi?”
“Awak tak senang ke dengan adanya kite tadi?”
“Eh, takdalah sampai ke situ, tapi kite cuma tertanya-tanya,”
“Sebab bosan. Kalau balik rumah pun, bukan ada apa-apa nak buat. Lebih baik kalau kite habiskan masa dengan keluarga awak kan?”
“Tapi, kite pasti, mak awak mesti rindukan awak. Luangkanlah masa tu dengan mak awak. Esok, dah nak bertolak ke sana.”
“Mak kite sibuk lah Mus. Sekarang ni kan musim orang nak kahwin, banyak tempahan makanan yang dia terima,”
“Tempahan kek?” Musliha teringat akan kek coklat resepi Datin Fadzila yang ingin dihadiahkan kepada Syafik suatu ketika dahulu.
“Tak lah, sekarang ni mak kite dah tambah catering service pulak. Tu yang sibuk memanjang. Pekerja pun belum cukup lagi,”
“Alhamdulillah. Murah rezeki mak awak ya? Lupa pulak. Nanti balik, awak kirim salam pada dia ya...uncle sekali,”
“Insyaallah,” Yusuf menarik nafas semahu-mahunya. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan, meredakan debaran yang dirasakan sedari tadi.
“Yusuf, awak okay?” Musliha risau melihatkan Yusuf yang seakan-akan sesak nafas.
Don’t worry, I’m allright. Sebenarnya, kite ada hal penting nak beritahu awak,” nafasnya tersekat-sekat.
“Nanti dulu. Are you sure you’re allright? Awak nampak semput semacam je. Penat agaknya, tak cukup rehat hari ni kan?” Musliha berkerut dahi, bimbang.
Rest room,” jari Yusuf dituding ke arah tandas berdekatan. Musliha sekadar mengangguk. Dia sungguh risau dengan keadaan Yusuf. Setahunya, Yusuf tidak pernah ada penyakit lelah. Ya Allah, janganlah kau tarik seorang lagi sahabatku. Cukuplah bagiku, tuhan. Aku mohon padamu, izinkanlah aku untuk bersama dengan orang-orang yang aku sayangi.
Yusuf meraup mukanya berkali-kali. Ditenung wajahnya di cermin tandas, semuanya kelihatan baik. Tiada keresahan. Namun, dia tiada jawapan jika ditanya mengapa jantungnya berdegup kencang saat berdepan dengan Musliha. Lalu air diambil dan dibasuh wajah itu. Dia cuba meredakan debaran yang meragut kekuatannya.
Actually, I love you, Alia.” Yusuf cuba mengatur ayat di hadapan cermin. Ayat yang seterusnya terpaksa disimpan sebaik bahunya ditepuk-tepuk seorang lelaki di sebelahnya. Yusuf termalu sendiri.
Don’t get too nervous,bro. She will definitely accept you.” Lelaki itu memberikan senyuman manis kepada Yusuf sebelum berlalu. Yusuf membalas senyuman itu lantas dia membetul-betulkan bajunya, dirapikan lagi gaya rambutnya lalu ditarik nafas sedalam-dalam hingga dia terasa betul-betul yakin. Sebaik langkahnya menapak ke luar, lelaki itu masih berada di luar tandas.
“Dah okay?” Yusuf sekadar tersenyum dengan soalan itu.
You buat saya malu pulak,”
“Jangan ada rasa malu kalau nak meluahkan perasaan kepada seseorang yang istimewa kerana perasaan itu milik kita dan kita patut merasa bangga dianugerahkan perasaan macam tu. I experienced it once. Memang berdebar, tapi kalau kita betul-betul yakin dengan perasaan itu, kita tak perlu malu lagi.” Kata-kata lelaki itu seolah-olah umurnya lebih tua daripada Yusuf walaupun kelihatan sebaya.
“Masa you luahkan tu, you malu tak?”
“Malu juga tapi tak lah malu sangat-sangat. Biasa saja. Okay, good luck,” mereka bersalaman dan lelaki itu berlalu ke mejanya. Sungguh ramai kawan-kawannya. Barangkali ada sambutan istimewa. Desis hati Yusuf. Langkahnya disusun menuju mejanya. Musliha masih menanti dengan hidangan yang belum terjamah dia atas meja itu. Ya, aku tidak harus ada rasa malu akan perasaanku. Hati Yusuf berbisik sambil tangannya digenggam kemas.
“Makanan baru sampai ke?” Yusuf melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.
“Hah! Yusuf, kenapa lama? Awak okay tak? Kite risau tau. Ingat awak pengsan ke apa kat dalam tu,” Musliha menanti jawapan Yusuf yang pada ketika itu sedang meletakkan kain napkin ke atas ribanya.
“Mus..Mus..sayang juga awak pada kite ya?” senyuman manis diberikannya buat Musliha.
“Yusuf, kite serius ni, bukan main-main. Awak okay ke tak?” Musliha masih menunjukkan rasa prihatinnya terhadap sahabat yang disayanginya itu. Musliha tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada Yusuf.
Don’t worry, Alia. I’m totally fine,”
“Habis tu, kenapa lama sangat kat dalam tandas tu? Buat apa?” Musliha masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas yang diberikan Yusuf itu.
“Nak suruh kite bagitau ke? Depan makanan ni, Mus.” Yusuf cuba berseloroh.
“Isy, dia ni kan! Main-main lah. Orang tanya betul-betul, dia jawab macam tu pulak.” Suara Musliha sedikit tinggi. Geram sungguh apabila pertanyaan seriusnya dibuat senda.
Yusuf ketawa terbahak-bahak. Hatinya tercuit akan gelagat Musliha.
“Berbalik kepada soalan asal, makanan ni dah lama sampai?”
“Baru je,” jawapan Musliha ringkas sambil mukanya langsung tidak dihadapkan ke Yusuf. Tangannya sudah mula memegang garfu dan pisau yang tersedia. “Jomlah makan, nanti lewat pulak sampai ke rumah,” nadanya masih tegang. Raut wajahnya masam mencuka.
“Awak marah ke?”
“Kenapa pulak nak marah?” Musliha mengangkat wajahnya yang masih mencuka.
“Ye lah, mana tahu kalau awak betul-betul nak tahu apa yang kita buat kat dalam..” belum sempat Yusuf meneruskan ayatnya, dia tersedar Musliha sedang merenung matanya, tajam. Yusuf terdiam.
“Yusuf!”
Sekali lagi Yusuf tergelak.
“Mus..Mus..okay...okay..kite tak cakap dah, makan ya.”
Musliha meneruskan suapannya tanpa menghiraukan Yusuf lagi. Tiba-tiba, ada suara yang dia kenali memanggil-manggil namanya. Dia pasti panggilan `Mus’ itu ditujukan kepadanya. Suara itu makin dekat di pendengaran. Tentu saja si pemanggil itu sedang menuju ke arahnya. Musliha tidak berani menunjukkan muka. Aduh! Takkan lah mereka pun makan di sini? Detik hati Musliha.



No comments:

Post a Comment