Rossa - Takdir Cinta

Wednesday 22 June 2011

Bab 26


Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Dewan yang megah dengan prestijnya sendiri. Ada suatu perasaan bangga yang terbit dalam hati Musliha sebaik menjejak ke dalam dewan tersebut. Kali pertama dijejak adalah empat tahun dahulu, ketika manjalani minggu pengenalan pelajar. Kini, Musliha melangkah masuk ke dalam dewan tersebut sebagai seorang graduan mahasiswi. Segala jerih perihnya selama ini akhirnya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan setiap pelajar.
Jubah berwarna coklat muda itu dipakainya penuh dengan rasa bangga. Senyuman Puan Husna mengiringi langkahnya di pentas itu. Gulungan ijazah itu digenggam seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Sebaik kembali ke tempat duduknya, Musliha tersenyum sendiri sambil gulungan yang diterimanya tadi digenggam kemas penuh kasih. Kasih akan kejayaannya mencapai cita-cita dirinya sendiri dan sahabatnya yang lain.
Cita-cita Daniel Zafran untuk menjadi seorang jurutera mekanikal, Umi Rasyidah untuk menjadi seorang jurutera kimia, Yusuf Hazim untuk menjadi seorang jurutera awam dan Nor Hafizah untuk menjadi seorang jurutera elektronik seolah-olah tercapai dengan ijazah yang diterimanya itu. Hafizah yang turut sama hadir ke majlis konvokesyen itu menambahkan lagi seri di raut wajah Musliha. Dari awal lagi, Hafizah memang sudah menunjukkan rasa terujanya untuk menumpang kegembiraan Musliha. Walau cita-citanya untuk membawa pulang segulung ijazah kejuruteraan kepada keluarga tidak tercapai, namun kejayaan Musliha sudah mampu memuaskan hatinya.
“Mus!” Hafizah melambai-lambai Musliha yang sedang menapak keluar dari perut dewan bersama graduan-graduan yang lain. Keceriaan Hafizah jelas terpancar di raut wajahnya. Musliha yang segera menoleh berlari anak ke arah Hafizah sambil bibirnya mengukir senyuman yang cukup lebar.
“Tahniah, Mus!” mereka saling berpelukan. Sambil terlonjak-lonjak kecil. Sebaik pelukan dileraikan, jemari mereka bertaup rapat. Hanya senyuman dan tawa yang kedengaran.
“Dah lama ke awak sampai?”
“Boleh tahan. Tadi kite nampak Alif and Amir kat sana. Berbual dengan diorang kejap. Adik awak dah handsome la sekarang. Nak satu?” mereka berjalan seiringan sambil kedua-dua lengan bertaut mesra persisi pasangan kekasih yang sedang berbulan madu.
“Amboi..tak nak lah adik ipar sama umur,” Hafizah dikerling Musliha. Kerlingan itu sekali lagi memecahkan deraian tawa mereka berdua.
“Tak lama lagi, engineer lah awak ek?” duga Hafizah. Raut wajah Hafizah ceria tetapi Musliha masih dapat membaca ada sedikit kekecewaan yang terselit di raut itu.
“Fiza, awak pun sepatutnya bangga sebab dah berjaya gapai impian ayah awak untuk tengok anaknya menjadi seorang graduan pengurusan bisnes. Graduan luar negara pulak tu. Bukan calang-calang. Seriously, kite bangga dengan awak sebab awak sanggup menepikan cita-cita awak demi ayah awak,” ujar Musliha sambil bahu Hafizah dipeluk kemas. Sebaik sampai di khemah tempat ahli keluarga lain menunggu, Musliha mendapati kedua adik lelakinya yang masih setia menunggu.
“Kak Mus, senyum sikit,” Alif sudah bersedia dengan kamera digital pemberian Abang Eid atas kejayaan mereka berdua dalam peperiksaan PMR pada tahun lepas. Mereka bergambar bersama. Gambar-gambar diambil dengan pelbagai gaya dan cara. Sedang asyik bergambar bersama, bahu Musliha dicuit seseorang.
“Kak Fira pergi mana? Mus cari Kak Fira dengan ibu kat dalam dewan tadi. Tiba-tiba terjumpa Fiza, Mus terus lah datang sini.” Suara Musliha dikuatkan sedikit, melawan riuh yang melanda di luar dewan tersebut.
“Akak dengan ibu cari Mus jugak. At last, akak datang je lah sini terus.”
“Abang Eid mana?” Musliha hairan melihatkan kakaknya hanya bersama ibunya manakala suaminya entah ke mana. Musfira kelihatan berseri-seri pada hari ini. Mungkin juga seri pengantinnya yang belum hilang. Walaupun majlis pernikahannya sudah berlalu selama seminggu, namun seri di wajah ayu itu masih kekal.
Pemergian Pak Lang membawa hikmah yang besar. Di kala hati Musfira sedang terluka dengan cintanya yang terputus dek perbuatan Safuan, takdir menemukan Musfira dan Eidhar semula pada hari kematian Pak Lang. Eidhar, cinta lamanya di universiti akhirnya menjadi raja di hati Musfira seraya bergelar suami.
“Kejap lagi datang lah tu,”
“Apa kak?” jawapan Musfira tidak tercapai di pendengaran Musliha ditambah pula dengan lamunannya tadi.
“Kejap lagi datang lah. Dia ke tandas agaknya kot,” seusai Musfira menjawab, Abang Eid sudahpun kelihatan di tengah sesakan orang ramai di dalam khemah tersebut. Jambangan bunga di tangan Abang Eid mencuri tumpuan Hafizah dan Musliha.
“Wah, romantik nya Abang Eid. Sampai kat sini pun nak bagi bunga kat isteri tersayang lagi,” usik Hafizah ditambah dengan senyuman sakat di bibir Musliha.
“Tak lah. Ni bunga untuk Mus. Nah, siap ada bear lagi tau,” jawab Abang Eid pula.
“Untuk Mus?” Musliha menyambut jambangan bunga yang didalamnya terselit patung mainan Winnie The Pooh lengkap bertopi dan sedang memegang segulung ijazah.
Thanks Abang Eid. Kak Fira jangan jealous ya,” Musliha cuba mengusik Musfira yang langsung tidak menunjukkan riak cemburu di wajah. Musfira tahu, Eidhar menghadiahkan jambangan tersebut sebagai tanda kebanggaannya kepada Musliha.
“Takkan jealous punya Kak Fira ni Mus. Agaknya dia dah jemu sebab dah banyak sangat bunga yang Eid bagi kat dia dulu.” Tambah Puan Husna pula. Pipi Musfira kemerahan diusik begitu. Abang Eid pula tersenyum bahagia di sisi isteri tersayang. Alif yang masih setia memegang kameranya pantas menangkap gambar kandid Abang Eid dan Musfira. Senyuman dan lirikan mereka tampak sungguh bahagia.
“Mus, jom bergambar sama-sama dengan diorang. Cepat, diorang dah tunggu tu,” Ain yang agak jauh dari Musliha ketika itu mengajak Musliha ke arah lobi utama dewan tersebut. Setelah meminta diri ke lobi utama, Musliha bergegas mengikut langkah Ain.
“Mus, berdiri sebelah Fik?” Syafik meminta Musliha mendekatinya. Musliha terpaku sebentar. Dia tidak selesa begitu kerana rakannya yang lain sedang memberikan tumpuan kepada mereka berdua.
“Seganlah,” Musliha pantas sahaja mendekati Nurul dan menjadikan Nurul berdiri bersebelahan dengan Syafik.
“Eh, kenapa pulak awak tolak saya ni?” Nurul juga tidak selesa berdiri di sebelah lelaki itu.
“Dah ke belum?” jurugambar sudah mula bertanya kerana sudah lama menunggu di situ. Musliha membiarkan soalan Nurul tidak berjawab. Walaupun tidak dapat berdiri di sebelah Musliha, namun keseganan Musliha mencuit hatinya. Barangkali Musliha sudah mula menerima perasaan kasih Syafik yang tidak putus-putus dicurahkan kepada Musliha. Biarpun tempoh empat tahun menanti tidak memberi apa-apa kesan buat Musliha, Syafik tetap setia berdiri di atas penantiannya.
Selesai bergambar, Syafik merapati Musliha yang pada ketika itu sedang bergambar berdua dengan Nurul.
“Mus, Fik nak cakap sekejap dengan Mus?” pinta Syafik. Musliha akur dan berlalu sedikit dari Nurul, mencari privasi.
“Apa dia?” Musliha sudah bersedia untuk mendengar.
“Lepas ni, mungkin kita akan jarang berjumpa tapi Fik nak Mus tahu Fik akan setia tunggu Mus. Kalau Fik call Mus, Mus jangan tak angkat pulak tau?”
“Okay. Mus pun nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Fik sebab dah banyak tolong bagi semangat pada Mus selama kita belajar. Mus tak akan lupakan Fik.” Senyuman penuh makna diberikan kepada Syafik.
“Fik, Mus pergi dulu eh. Rasanya keluarga Mus tengah tunggu tu. Lagipun kesian kat Diana. Tengok tu, muncung je berdiri bawah panas matahari macam ni.” Musliha segera beredar meninggalkan Syafik. Syafik mengiringi langkah Musliha dengan renungan redup. Dia akan merindui masa-masa yang pernah diluangkan bersama Musliha. Gadis yang dinanti-nantikannya.
“Angah, cepatlah. Yana nak balik lah. Banyak lagi benda nak buat kat rumah,” Diana menarik tangan Syafik sambil merengek seperti kanak-kanak.
“Kenapa ikut kalau tak suka? Tengok papa tu, tengah syok lagi berbual,” bibirnya dimuncungkan kepada Encik Fuad yang sedang rancak berbual dengan sepasang suami isteri yang tidak pernah dikenalinya. Diana mencebik mendengarkan alasan Syafik. Sebenarnya dia jelek melihat kemesraan abangnya dengan Musliha. Entah mengapa, sejak di bangku sekolah lagi, Musliha bukan seorang yang disenanginya. Apa sahaja tindak-tanduk Musliha semuanya tidak kena di matanya. Tiada sedikitpun rasa hormat buat Musliha yang cuma tua setahun dari umurnya.


Senyuman tidak lekang dari bibir Musliha. Hatinya puas dengan kejayaannya menjadi lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM atau nama terbaru yang diberikan Musliha, Universiti Kebanggaan Musliha. Gambar-gambar yang diambil bersama Hafizah, Nurul dan keluarganya ditatap penuh bahagia. Sayangnya, wajah yang diharap-harapkan bersama di dalam gambar-gambar itu tiada. Yusuf Hazim atau panggilan sebenar Allahyarham Yusuf Hazim. Terasa ada sebutir mutiara jernih meniti di pipi Musliha. Rindunya kepada Yusuf sungguh sarat.
            Musliha tidak dapat membayangkan kesedihan yang ditanggung Datin Fadzila dan Datuk Yunus atas pemergian satu-satunya anak mereka. Manakan tidak, bahkan sehingga kini pasangan itu masih belum pulang ke tanah air. Buktinya, apabila Syila yang selalu menjenguk Vila Nuzila menyatakan rumah banglo mewah itu tidak berhuni selama beberapa tahun ini. Barangkali kejadian itu terlalu berat untuk ditampung mereka. Kenangan yang dilakarkan bersama anak tunggal mereka belum terusir kiranya diri menapak ke rumah itu lagi.
Tanpa siapa pun tahu, Musliha masih setia menghantar e-mel kepada Yusuf walaupun hatinya sudah lama menerima pemergian itu. Komputer ribanya dibuka lantas peti simpanan masuk diteliti. Sememangnya tiada satu pun antara pesanan-pesanan itu merupakan pesanan balas dari Yusuf. Satu lagi e-mel dikarangnya. Beberapa gambar Musliha dan Hafizah ketika di majlis konvokesyen diabadikan bersama.

-   Mus..busy ke?

Hafizah menegur Musliha di alam maya sebaik mendapati nama Musliha aktif di YM.

+ Tak pun. Kenapa?
-   Awak dah dapat kerja? Banyak tak resume yang awak hantar?
+ Belum. Banyak jugak resume yang kite hantar tapi tak ada satu pun syarikat yang call kite. Agaknya sebab kite baru hantar tiga hari kot. Awak?
-   Kite pun belum lagi. Tapi papa nak kite kerja dengan dia di pejabatnya kat Damansara.
+ Laa..apa lagi? Terima aje lah, Fiza. Susah tau nak dapat peluang kerja sekarang ni.
-   Awak hantar lah resume kat papa.
+ Kite mana ada ijazah bisnes. Awak ni..

Musliha terseyum sendiri. Walaupun berusia 23 tahun, Hafizah masih berfikir seperti budak-budak. Apa yang dimahukannya langsung tidak mengikut logika.

-   Apa pulak? Syarikat papa cuma menumpang di bangunan tu. Kiranya macam syarikat papa ni kerja untuk jaga perakaunan syarikat besar tu. Kebetulan, syarikat yang besar tu, IA Development memerlukan engineer sekarang.
+ IA Development tu syarikat apa?
-  Syarikat yang buat pembangunan jugak. Diorang banyak pegang tender yang link dengan kerajaan. So, why don’t you try it?

Musliha dapat merasakan ada satu peluang yang sedang menjengahnya.

+ I would like to. Nanti kite surf and search pasal syarikat tu dulu. Then, kite akan hantar resume.
-  Friend..you don’t need to surf and search if your purpose is just to sent up a resume to them. This is an offer from my father. He knows you. He knows your qualification. Papa kenal sangat dengan pengurus bahagian HR di company tu. They are searching for civil engineers. Dah dekat sebulan mencari, but still tak jumpa yang layak. Your pointer was excellent kan? So now, papa nak recommend kan awak untuk kerja kat situ. What say you?

Matanya bersinar membaca setiap bait-bait perkataan yang terpapar di skrin. Inilah peluang keemasan baginya. Apa yang lebih menggembirakan Musliha adalah kiranya dia berjaya mendapatkan kerja itu, bermakna dirinya akan lebih dekat dengan Hafizah.

+ Sounds great! Okay..okay..nanti kite bagi resume tu via e-mel. Then, awak tolong bagi kat papa awak ek. So, siapa yang jaga pejabat papa awak di New Zealand?
-  Abang kite kan ada. Papa dah serahkan tanggungjawab tu pada abang. Lagipun, abang dah macam tak nak tinggalkan New Zealand.
+ Wow..tak sabar pulak rasanya..
-   Me too, friend. Okay, till text again. Kite nak tengok CSI. Dah start dah ni. Bye!
+ Bye. Thanks ya!
-   Welcome.

Musliha sungguh gembira dengan pelawaan bapa Hafizah itu. Itulah yang dinamakan rezeki. Musliha memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kini, dia tidak lagi rasa ketinggalan berbanding Nurul dan Syafik yang sudahpun ditawarkan pekerjaan di bawah naungan yang sama.
Sebaik mengemas komputer ribanya, Musliha segera mendapatkan ibunya di ruang tamu. Dia menyatakan apa yang baru sahaja dibualkan bersama Hafizah. Ternyata Puan Husna sungguh gembira dengan berita tersebut. Musliha juga menyatakan hasratnya untuk membantu Musfira dan Abang Eid membayar sewa beli bulanan rumah itu. Namun kasih seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kejayaan anaknya tidak ingin Musliha jadikan bayaran sewa beli rumah itu sebagai keutamaannya.
Walau apa pun nasihat yang diberikan Puan Husna, Musliha tetap berkeras dengan hajatnya kerana itulah yang menjadi pemangkin kejayaan Musliha memiliki segulung ijazah. Dia tidak mahu menyusahkan Musfira dan Abang Eid walaupun mereka berdua tidak pernah merungut sedikit pun. Mereka ikhlas buat ibu dan adik-adik tersayang. Alif dan Amir yang kini mendewasa juga banyak memerlukan perbelanjaan biarpun mereka tidak pernah meminta-minta. Melihat kesempurnaan Alif dan Amir membesar juga mendorong semangat Musliha dalam membantu keluarganya.
Mujurlah Alif dan Amir mengerti akan kesusahan hidup mereka. Kejayaan mereka mendapat 8A dalam peperiksaan PMR pada tahun lepas turut mengukir senyuman dan menitiskan airmata Puan Husna. Musliha nekad. Dia tidak akan benarkan keluarganya kembali ke zaman kesusahan itu sama sekali. Itulah janjinya pada diri sendiri.







No comments:

Post a Comment