Rossa - Takdir Cinta

Friday 10 June 2011

Bab 15


Yusuf hairan dengan kegelisahan Musliha. Di fikiran Yusuf,kemungkinan Musliha berasa tidak selesa jika rakannya ternampak mereka berdua-duaan di meja makan itu.
“Mus, kawan awak kot,” Yusuf mengerling ke arah gadis bersuara serak basah itu.
“Mus! Tak dengar ke saya panggil awak dari tadi? Saya ingat, saya yang salah orang,” sapa Nurul sebaik dia berdiri sebelah meja makan Musliha.
“Eh, Nurul. Maaf, tak perasan tadi.” Musliha mula berasa janggal. “Kenalkan, ni Yusuf. Yusuf, ni Nurul. Kawan kuliah kite,”
Yusuf dan Nurul saling berbalas senyuman.
“Oh, ni ke kawan yang Syafik kata tu?” Nurul mengerling ke arah Yusuf yang pada ketika itu kelihatan kekok dengan kehadirannya. Kacak! Pandai Mus pilih. Detik hati kecil Nurul.
“Hah? Syafik? Bila dia kata tu?” Musliha tidak mahu Syafik tahu `Fiza’ yang dikatakan sebenarnya adalah Yusuf.
“Tadi, kami beritahu dia, awak tak dapat datang. Katanya, dia dah tahu. Sebab awak dah beritahu dia, dah janji dengan kawan yang nak berangkat ke Australia.” Jawapan Nurul membuatkan Musliha bertambah gelisah manakala Yusuf hanya memandang Musliha dengan perasaan keliru. “So, awak ni belajar di Australia lah ya?” soalan Nurul kini dituju kepada Yusuf pula.
“Hmm..ya,” Yusuf jawab dengan teragak-agak.
Course? Seronok tak belajar kat sana? Mesti best kan?” Yusuf masih keliru. Dia tidak tahu jawapan apa yang sepatutnya diberikan.
“Err..” belum sempat Yusuf menjawab, Musliha bersuara terlebih dahulu.
“Korang dah lama ke sampai sini?” Musliha hanya berbahasa basi.
“Dah lama dah tapi baru je potong kek. Belum makan makanan yang dipesan lagi. Sambil tunggu makanan tadi, kami bual-bual kosong je. Tiba-tiba je ternampak awak kat sini, tu yang datang tegur awak. Mus, awak tak nak kenalkan boyfriend..eh silap..kawan awak ni pada kami semua ke?”
Musliha dan Yusuf saling berpandangan. Masing-masing dengan fikiran yang sarat.
“Kejap, saya panggilkan diorang ya,” Musliha sempat memegang tangan Nurul yang sudah mahu berlalu dari meja itu. “Kenapa?”
“Nurul, tak payah lah. Saya tak selesa lah,”
“Okay. Nanti saya bawakan kek Syafik untuk awak ya. Syafik suruh kami simpan tadi,” kali ini Musliha tidak sempat menghalang Nurul.
“Syafik? Yang lain ke yang dulu?” Yusuf bertanya seraya mereka kembali berdua.
“Kite bukan nak sorok dari awak, tapi kite terlupa nak beritahu awak, lagipun, bagi kite, tu semua tak penting. Kite harap awak tak berkecil hati dengan apa yang kite dah buat,” Musliha dihimpit rasa bersalah. Yusuf hanya tersenyum hambar.
“Buat apa kite nak berkecil hati? Lagipun awak tak buat apa-apa. Rahsia awak, hak awak. Awak tak perlu kongsikan pada kite kalau awak rasa tak perlu,” Yusuf berkata-kata dalam nada lembut.
“Mus! Nah, birthday boy yang bawakan untuk awak,” Nurul tiba tidak semena-mena. Yusuf berkerut apabila `birthday boy’ yang dimaksudkan itu seperti baru dikenalinya. Ya, dialah lelaki yang memberi kata-kata semangat buatku sebentar tadi. Musliha berpaling, dia kaget melihat Syafik yang tercegat membawa sepiring kek buatnya.
So, Fiza?” Syafik bersuara sambil jari telunjuknya ditudung ke arah lelaki yang duduk berhadapan dengan Musliha. “Sorry, Fik ingat Hafizah, rupanya Hafiz,” rasa bersalah Musliha makin kuat apabila mendengar kata-kata sinis Syafik. “Hai, rasanya kita kenal each other  kan? Anyway, I’m Syafik,” tangan kanannya dihulur.
“Yusuf,” huluran tangan itu disambutnya. Kening lebat Syafik berkerut saat mendengarkan nama itu. Tangan Yusuf seakan tidak mahu dilepaskan. Malah, genggamannya bertambah ketat. Yusuf menggerak-gerakkan tangannya yang digenggam Syafik, lalu tangannya dilepaskan.
“Fik, Mus bukan nak tipu Fik, tapi Mus dah lama janji dengan Yusuf. Mus tak tergamak untuk memungkiri janji Mus pada Yusuf.” Musliha cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Syafik yang merenungnya bagi meminta penjelasan. Piring kek yang dipegangnya dari tadi, diletakkan di atas meja eksklusif itu.
it’s okay, Fik faham. I mean buat-buat faham. Enjoy your meal, together with the desert,” sambil tangannya menunjukkan ke arah kek yang dibawanya tadi. “Congrats, bro. You chose the right person to be with,” senyumannya diberikan kepada Yusuf.
“Fik jangan salah faham, Mus dengan Yusuf cuma sahabat. Tak lebih dari itu,” Musliha yakin, Syafik sudah mula terfikir akan keintiman dirinya dengan Yusuf.
“Syafik, she’s right. Kami takda apa-apa. Tadi tu, untuk orang lain.” Musliha tidak faham dengan apa yang diperkatakan Yusuf kepada Syafik.
“Okay, Fik balik dulu, Mus. Jumpa di fakulti. Bye” Syafik membuka langkahnya untuk meninggalkan mereka berdua. Perasaan kecewa jelas terpancar di raut wajahnya.
“Syafik, nanti.” Musliha cuba menghentikan langkah Syafik, namun gagal. Syafik tidak mengendahkan panggilan Musliha. Nurul bungkam. Dia tidak faham akan apa yang sedang terjadi lalu dia juga berlalu meninggalkan Musliha dan Yusuf.
Niat sebenar Yusuf untuk meluahkan perasaan kepada Musliha terbatal apabila melihat keadaan Musliha.
“Mus, kite pergi bayar bil, awak tunggu dulu ya, kita balik,” suaranya lembut sambil perasaan hampanya disembunyikan. Musliha hanya mengangguk lalu terduduk di kerusinya tadi. Dia benar-benar buntu dengan apa yang baru sahaja terjadi. Walau seteruk mana pun luka yang pernah dirasai ketika diherdik Syafik suatu ketika dahulu, Musliha tidak mahu melukai hati Syafik. Dia tidak mahu Syafik kecewa dan terluka dengan perbuatannya. Tangannya diletakkan di dahi. Musliha menyesal dengan apa yang telah dilakukannya kepada Syafik.
“Musliha, jom.” Yusuf seakan berbisik kepada Musliha. Musliha hanya menurut langkah Yusuf. Walau hati Yusuf kini hampa, dia tidak mahu melihat Musliha selemah itu. Jika dia ada kekuasaan untuk memulihkan perasaan Musliha, sudah lama digunakan kuasanya itu.
Sekali lagi kesepian beraja antara mereka tika di perjalanan. Walau zahirnya sepi, batinnya hingar. Pelbagai persoalan bermain di benak masing-masing. Jika dalam perjalanan tadi, fikiran mereka asyik melayani lamunan, kini, persoalan yang bermain seolah-olah tumbuhan menjalar yang kian menyemak dan mengusutkan segalanya. Pandangan mereka kosong. Musliha dihimpit rasa bersalah kepada kedua-dua lelaki yang bermakna dalam hidupnya. Satu kerana bohong, dan satu lagi kerana sikapnya yang tidak berterus-terang.
Apakah aku bersalah kerana membohongi Syafik? Mengapa aku harus menyalahkan diri sendiri kiranya hati itu terguris? Bukankah dia pernah menyakitkan hatiku lebih dari itu? Menyesalkah aku kerana memilih untuk bersama Yusuf malam ini? Ya, aku menyesal. Sepatutnya aku menyambut harijadi Syafik kerana telah banyak masaku diluangkan bersama Yusuf pada hari ini. Apakah Yusuf tidak akan mempercayaiku lagi? Apakah yang bermain di fikiran Yusuf tentang aku? Musliha, tegarnya engkau merosakkan kepercayaan Yusuf terhadapmu! Mengapa kau tergamak menyembunyikan perkara itu daripada sahabat terbaikmu? Engkau hanya seorang yang menghargai sahabatmu tika dalam kesedihan! Kau tak layak bertemankan seorang sahabat sebaik Yusuf! Tak layak!
“Mus, kite nak isi minyak kejap. Awak nak apa-apa kat kedai?” suara Yusuf menghentikan lamunan Musliha. Mata sayu sahabatnya itu direnung dengan penuh rasa bersalah.
“Mus?” Yusuf masih menanti respon Musliha. Dia tahu, Musliha sedang banyak berfikir. Musliha hanya menggelengkan kepalanya. Lantas pintu kereta ditutup dan Yusuf pun berlalu ke kaunter bayaran. Langkah Yusuf lebih longlai di penglihatannya. Musliha sendiri keliru. Dia tidak tahu samaada itu hanya gambaran yang terkesan daripada perasaannya waktu itu, atau Yusuf benar-benar lemah semangat selepas mengetahui dirinya tidak diutamakan dalam hal Syafik.
Sebaik perjalanan diteruskan, suasana di dalam kereta masih tidak berubah. Sunyi, muram. Yusuf juga tidak mampu bersuara. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memulihkan perasaan Musliha yang kini terluka dek perbuatan Syafik. Sesekali wajah sugul Musliha dikerling. Sebenarnya dia memerlukan penjelasan akan apa yang baru sahaja terjadi tetapi Yusuf mengerti, sahabatnya memerlukan masa untuk memberi penjelasan itu. Apa yang diyakini, Syafik dan Musliha kini berhubung kembali tetapi dia tidak pasti sejak bila mereka berhubung.
Mungkinkah `experience’ yang dikatakan oleh Syafik ketika mereka mula-mula bertemu tadi ditujukan kepada pengalamannya meluahkan perasaan kepada Musliha? Mengapa dia tidak ada perasaan malu seperti yang ku rasakan tika ingin mengeluarkan kata-kata itu? Apakah dia mencintai Musliha lebih daripada cintaku buat Musliha? Atau apakah kasih sayang yang aku curahkan kepada Musliha selama ini hanya sekadar kasih seorang sahabat? Apakah aku dipermainkan oleh perasaanku sendiri? Mengapa aku tidak seyakin Syafik dalam meluahkan perasaan sebenar kepada gadis yang aku cintai? Inikah yang dikatakan cinta? Atau cinta itu lebih dari apa yang ku rasa kini? Jika benar perasaanku terhadap Musliha tulus, mengapa harus aku berputus asa? Mengapa kehadiran Syafik tadi membuat aku rasa kalah?
Kereta MyVi berwarna hitam itu diparkirkan di hadapan pagar rumah kediaman keluarga Musliha. Musliha masih diam, tidak bergerak seakan tidak ingin keluar dari isi perut kereta itu. Pelbagai kata-kata maaf yang ingin disampaikan kepada Yusuf namun segalanya tidak terungkap. Kata-kata itu seperti tersekat di dalam kerongkong.
“Mus, dah sampai ni. Kite bukan nak halau, tapi takut nanti apa pulak jiran-jiran awak cakap kalau mereka nampak kita macam ni kan? Lagipun jam dah utamakan nombor sepuluh ni,” Yusuf bernada lembut bagi meredakan Musliha.
“Yusuf, maafkan kite ya?” Musliha memandang Yusuf dengan perasaan yang berbagai.
“Maaf? Kenapa?”
“Sebab tak beritahu awak pasal Syafik. Kite rasa bersalah sangat pada awak. Kite tak patut sembunyikan perkara ni dari pengetahuan awak..” Musliha tidak sempat menghabiskan ayatnya sebaik jari telunjuk Yusuf hinggap di bibirnya.
“Mus, kite tak salahkan awak. Langsung tak. Itu hak awak. Kite tak nak awak rasa terikat dengan persahabatan yang terjalin antara kita. Kite sentiasa ada di samping awak kiranya ada sesuatu yang awak nak kongsikan tapi kite tak paksa awak beritahu segala-galanya. Masing-masing ada hal peribadi masing-masing di mana kita ada hak untuk menyimpannya tidak kira sampai bila pun. Sekali lagi kite beritahu awak, kite tak terasa sikit pun dari apa yang terjadi di restoran tadi. Okay?” Musliha terharu mendengarkan kata-kata Yusuf. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Yusuf begitu matang menguruskan hubungan persahabatan itu.
“Kenapa awak baik sangat? Sedangkan kite...” Musliha tidak tahu bagaimana untuk menyambung ayatnya. “Kite tak layak untuk ada sahabat sebaik awak, Yusuf. Awak terlalu baik,”
“Hey, apa ni?” Yusuf menundukkan kepalanya mendapatkan wajah Musliha yang sedikit tersorok dari penglihatannya. “Kalau awak tak layak untuk ada sahabat macam kite, maknanya kite takkan ada sahabat macam awak sedangkan hidup kite tak bermakna kalau tak kenal awak. Kite bukanlah sebaik yang awak sangka. Kite cuma insan biasa yang sangat menyayangi sahabatnya yang bernama Alia Musliha.” Kata-kata itu sungguh mengharukan hati Musliha. Setitis air matanya terkeluar jua. Perasaan sebaknya tidak dapat ditanggung lagi. Yusuf mengusap airmata itu perlahan.
“Ni yang kite tak suka tentang awak,”
“Tak suka? Apa?”
“Awak selalu ceroboh perasaan sedih kite. Kenapa kite tak kebal bila dengan awak? Kite tak pernah menangis depan orang lain tau. Even dengar pun tak pernah tau tapi awak...”
“Shh..shh..dahlah..makin banyak awak cakap, makin banyak menangis nanti. Lepas tu mulalah, tak suka kite sebab tak kebal lah apa lah. Alia kite mana boleh menangis. Alia kite kan kebal?”
“Yusuf, tak nak lah. Janganlah guna nama tu,” suara Musliha kedengaran lemah dalam tangisan. Yusuf hanya tersenyum.
“Kite masuk dulu, ya. Esok balik Johor kan? Hati-hati tau.” Musliha membuka pintu kereta itu. Bibirnya sudah boleh tersenyum.
“Okay. Esok awak kerja ke? Public holiday, mesti ramai guest kan?”
“Esok kite kerja sampai tengahari je. Petang, terus balik kampus. Anyway, sebenarnya Syafik sekuliah dengan kite,”
“Oh..kalau ada peluang, kirim salam kat dia. Bye” Yusuf berlagak tenang.
“Insyaallah. Bye
Musliha menutup pagar rumahnya dengan seyuman yang masih bersisa. Sementara Yusuf pulang dengan hati yang masih kecewa. Kecewa kerana tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Musliha. Kecewa kerana dia sedar, hati Musliha masih menjadi milik Syafik.

No comments:

Post a Comment